Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 17 September 2014

Puaka Niring : Misteri Penduduk Kuantan Terkejut Lihat ‘Puting Beliung’???


Penduduk Kuantan yang berada di Pantai Teluk Cempedak dikejutkan apabila melihat air laut kelihatan bergulung dan berpusar bersama angin kencang.

Hal ini menimbulkan ketakutan kerana ia seakan-akan puting beliung yang sedang melanda.

Bagaimanapun, fenomena ini sebenarnya digelar ‘waterspout’ atau belalai air yang biasa berlaku di lautan.

Penghujung tahun lalu, fenomena waterspout turut dirakamkan berlaku di Pantai Lido, Johor dan menimbulkan ketakutan orang ramai kerana menyangka ia puting beliung.

Belalai air tidak perlu dibimbangi kerana ia tidak menyebabkan angin kencang dan akan lenyap begitu sahaja tidak seperti puting beliung.

Tegar Budak 8 Tahun Dari Menyanyi Di Youtube Kini Dah Jadi Artis...



gua pernah keluarkan video budak cilik dari Indonesia yang mempunyai bakat besar tetapi hanya menyanyi di kaki lima hinggalah video klip dia meletup dan menjadi viral di indonesia... KLIK SINI

kini dia dah jadi artis beb... kisah hidup si Tegar nie lebih kurang macam Najwa Latiff la yang mula dikenali di Youtube dan terus jadi retis...

Tuesday, 16 September 2014

Lama Dah Nak Cakap Benda ni, Tapi Simpan Dalam Hati Je Sebab Masanya Tak Sesuai Nak Cakap


Assalammualaikum.... semua....

Saya dah lama nak cakap benda ni, tapi saya simpan dalam hati je sebab masanya tak sesuai nak cakap.... Mungkin ada yang akan berasa hati dengan apa yang saya nak luahkan ni.... Tapi, saya perlu cakap juga demi kebenaran.... Dan masanya dah sesuai untuk saya luahkan....

Sebenarnya...... Saya nak cakap Selamat Hari Malaysia ! Hari ni kan 16 September.... Sesuai la kan..... Hiihaa..... jangan maraaaah....... Hahahahahahahaha.....

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, 15 September 2014

FireFly Tak Sensitif Lambang Islam Letak Kat Kaki!!! #SelawatPerdana #SaluteMalaysia


Sambil-sambil "drive" sambil-sambil ushar tengok apa cerita menarik kat facebook, tetiba terpandang catatan teguran Page Selawat Perdana kepada syarikat penerbangan domistik negara FireFly pasal sekeping gambar pramugari berskirt pendek dan lambang bulan sabit dan bintang di bawah tapak kaki pramugari tersebut.

Jika diperhatikan betul-betul memang ada kebenarannya teguran daripada Page Selawat Perdana ni sebab umum semua mengetahui apa maksud lambang bintang dan bulan terutama pada bendera Malaysia. Bintang berbucu 13 melambangkan gabungan 13 negeri yang membentuk negara Malaysia manakala bulan sabit melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.


Apakah pihak yang berkaitan dalam penerbitan gambar tersebut terutama pihak pengurusan syarikat penerbangan FireFly mengambil mudah perkara-perkara sensitif sebegini atau memang sengaja dilakukan dengan niat "ada udang disebalik mee".

Yang menghairankan bukan main banyak lagi logo dan lambang yang boleh digunakan. Kenapa tak letak jer lambang FireFly sendiri kat tapak kaki tu. Kan elok letak logo dan lambang sendiri daripada letak lambang orang lain. Kenapa? Marah? Tau pun marah kalo letak lambang FireFly kat kaki tu. Habis tu yang letak lambang Islam tu orang lain tak marah kot.

Lain kali kalo tak mau orang lain marah jangan sesuka hati mak bapak korang jer pasang lambang orang lain. Pakai lambang sendiri logo FireFly tu takda sapa nak marah punya. Letak ler kat kaki ker kat bontot ker takda sapa nak heran la.

p/s : ooooooooooooooooooooo bila kena tang batang hidung sendiri tak boleh plak, kalo buat kat orang boleh.....

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers