Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 12 June 2016

Calon PAN Terpaksa Mengaku! Kalau Tidak, Hilang Undi Melayu! #SCS93 #PRKSgBesar


Strategi membakar api perkauman untuk menghasut pengundi Cina keluar mengundi pada PRK Sungai Besar 18 Jun ini, akhirnya disedari Pakatan Harapan (PH) sebagai tindakan yang kini ‘memakan diri’.

Menyedari usaha meraih sokongan 30 peratus pengundi Cina telah menimbulkan sentimen kemarahan di kalangan 67 peratus pengundi Melayu, papan tanda menghina Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos, kini segera diturunkan.

Dap salah percaturan. Kempen anti Melayu kini mengakibatkan calon ayam sabung PH melalui sekutunya PAN, akan tersungkur. Dalam pertandingan yang sepatutnya ditunjangi tiga parti Islam Melayu yang meletakkan calon, kempen anti Melayu menyebabkan strategi PAN untuk mencuri undi penyokong Pas dan PKR kini berdepan kesukaran.

Orang Melayu jelas terasa, Dap sekutu PAN jelas parti anti Melayu.

Menyedari perkara ini mengancam kempen ayam sabungnya, jadi tidak hairanlah, Setiausaha Publisiti Dap, Anthony Loke cepat-cepat mengaku papan tanda yang sengaja menghina orang Melayu itu sebenarnya strategi Dap.

Parti majoriti Cina itu, tersedar sentimen perkauman yang diatur itu sebenarnya tersalah langkah.

Dap menyedari perlu melakukan kejutan besar untuk membangkitkan sentimen di kalangan pengundi Cina. Dap menyedari pengundi Cina memandang dingin PRK Sungai Besar kali ini. Justeru, Dap terpaksa mencela Jamal untuk membakar perasaan kaum Cina supaya keluar mengundi calon PAN sebagai langkah menolak calon BN.

Namun, akibatnya sekarang, tindakan itu pasti menjahanamkan peluang PAN.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selaku orang kuat PAN pula, ada sebab untuk menggelabah. Khalid panik apabila menyedari sentimen anti Melayu akan menyebabkan PAN kehilangan undi Melayu terutama di DUN Sungai Panjang kubu kuat Umno yang meletakkan calon bagi BN.

Pada sidang media 9 Jun, Khalid kelam-kabut mengumunkan pengakuan Dap, serta langkah segera untuk menurunkan sepanduk perkauman itu. Sekali pun alasannya PAN dan sekutu PH mahu berkempen secara sihat, namun ‘nasi sudah hangit’ dan baunya menyesakkan hidung.

Panas!!! Video @KhairyKJ Cabar MB Selangor @AzminAli Turun Berkempen Untuk PAN Atau PAS!!! #SCS93 #PRKSgBesar


Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mencabar Menteri Besar Selangor kenapa tidak berani turun berkempen sama ada PAN atau PAS di Sungai Besar???? 


Saturday, 11 June 2016

Pengundi Sungai Besar Tanya Mana MB Selangor @AzminAli Tak Jejak Kaki Di #PRKSgBesar???? #SCS93


Sebelum hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar heboh satu malaya cerita Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkampung di Parlimen Sungai Besar dengan bermacam-macam program dan aktiviti kononnya mahu mengambil hati pengundi Sungai Besar. Tapi keadaan jauh berbeza setelah tarikh 5hb Jun hari penamaan calon yang memperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PAN. Sejak tarikh tersebut Azmin Ali terus ghaib hilang entah ke mana macam kena sembunyi bunian pulak.

Pelbagai spekulasi yang timbul akibat kehilangan Azmin Ali ini antaranya ketidakhadiran Azmin dalam tempoh berkempen adalah Menteri Besar itu tidak mahu dilihat memihak kepada mana-mana calon Pembangkang iaitu PAS dan PAN. Kedua-dua parti ini ibarat "ditelan mati emak diluah mati bapa" kepada Azmin. Manakan tidak kerana kedua-dua parti ini secara terang-terangan berseteru antara satu sama lain tapi kedua-dua ada kepentingan kepada kerajaan Selangor yang memerintah sekarang ini.

Azmin dalam kedudukan yang tersepit antara PAN dan PAS. Pas ketika ini adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR kerana PRK dapat membentuk kerajaan negeri Selangor dengan sokongan DAP dan PAS di bawah jenama Pakatan Rakyat. Namun, dalam masa yang sama PKR dan kerajaan Selangor terpaksa memberi sokongan padu kepada PAN parti serpihan PAN yang kini dilihat cuba mengkucar-kacirkan PAS secara terang-terangan terutama dalam mempengaruhi ahli-ahli dan penyokong PAS masuk ke dalam PAN. Jika dihitung hampir 90% ahli PAN adalah bekas ahli atau penyokong PAS.

Ini antara spekulasi yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dalam isu berkaitan "misteri kehilangan Menteri Besar Selangor"

Tapi ada yang tidak mengetahui satu lagi alasan mengapa MB Selangor tidak tunjuk muka di Sungai Besar adalah kerana Azmin merajuk a.k.a sentap kerana PKR tidak bertanding di Pilihanraya Kecil Sungai Besar kali ini. Azmin berura-ura mahu meletakkan calon PKR bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar dengan menggunakan segala kekuatan beliau sebagai Menteri Besar secara "All Out" bagi menentang Barisan Nasional. Namun DAP lagi cekap apabila menggunakan cara yang halus menghasut PAN bertanding kerana ketika ini PAN adalah "KELDAI" terbaik yang dimiliki DAP setelah kegagalan "mengkeldaikan" PAS.


SUDAH seminggu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkampung di Parlimen Sungai Besar. Ia bukan satu perkara biasa walaupun beliau adalah Menteri Besar Selangor. Jika tidak mengharapkan ‘road tour’ Umno Selangor, mungkin jarang sekali rakyat sekitar Sungai Besar dapat lihat pembesar negeri turun ke kawasan mereka.
Azmin cukup rajin dan beriya-iya melakukan tinjauan, merasmikan majlis dan memberi bantuan (yang sebelum ini tidak pernah terbayang di fikiran penduduk di sana). Kenapa tiba-tiba Azmin berbuat demikian terhadap penduduk di Sungai Besar?
Tidak lain tidak bukan, Azmin mahu memastikan parti pimpinannya, PKR akan berjaya menang di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 18 Jun depan. Walaupun PRK di Sungai Besar berlaku serentak dengan PRK Kuala Kangsar, namun Azmin tidak begitu menghiraukan di sana, kerana negerinya harus menjadi keutamaan.
Semuanya kerana air muka dan maruah. Sebab itu Azmin akan memastikan calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Besar berjaya dikalahkan oleh partinya. Dan itulah juga antara sebab mengapa Azmin naik berang apabila PAS enggan menarik diri dari bertanding di PRK Sungai Besar.
Seperti yang didedahkan sebelum ini, Azmin sekarang sedang berada di pertengahan jalan dan dilema. Mungkin selaku Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Azmin akan bertindak membantu calon PAN. Namun, memandangkan tahaluf siyasi yang masih ada antara PKR Selangor dengan PAS negeri itu, tidakkah Azmin berasa rugi jika beliau tidak menyantuni calon PAS?
Pastinya gerak geri Azmin akan menjadi fokus utama lensa politik tanah air selepas sahaja proses penamaan calon pada 5 Jun ini selesai. Juga harus disoal, dalam seminggu Kerajaan Negeri Selangor berkampung di Sungai Besar ini sebenarnya untuk apa? Mahu bantu PAS yang ada wakil di dalam kerajaannya atau mahu membantu PAN yang merupakan sekutu dalam Pakatan Harapan? SUMBER

Gempar!!! Gambar Ceramah Pas Dihadiri Ribuan Penyokong Sampai Tak Cukup Kerusi!!! #SCS93 #PRKSgBesar


Malam ini bertempat di Bilik Gerakan Dun Sungai Panjang seperti biasa Pas mengadakan ceramah umum dengan menampilkan pemimpin pemimpin besar Pas Pusat. Antara penceramah hebat yang di import jauh hari ini adalah Pesuruhjaya Pas Melaka Kamarudin Sidek. Namun, pemerhatian yang dilakukan melihatkan kebanyakan isi ceramah hanyalah lebih banyak menghentam PAN daripada memberi penjelasan dan penerangan kepada ahli dan penyokong Pas mengenai apa yang akan dilakukan oleh calon Pas Dr. Abdul Rani Osman.



Sepanjang 2 jam ceramah berlangsung tak habis-habis cerita pasal PAN dan pasal kepimpinan PAN yang menurut penceramah golongan mereka yang tidak sedar diri. Apa yang ingin di sampaikan di sini berdasarkan pemerhatian ceramah-ceramah Pas semakin suram dan semakin kurang mendapat sambutan dari ahli dan penyokong Pas sendiri apatah lagi pengundi Sungai Besar. Lihat sajalah pada jumlah kerusi dan kehadiran boleh dikira dengan jari tidak seperti ceramah-ceramah Pas dalam Pilihanraya Kecil sebelum ini. Mungkinkah ini adalah kesan dan akibat daripada separuh ahli dan penyokong Pas telah menyertai PAN dan dalam masa yang sama mereka ini memboikot setiap ceramah Pas.



Friday, 10 June 2016

Kalau Dah Dendam Begitulah Dahsyatnya Politik Melayu PAN & PAS!!! #SCS93 #PRKSgBesar


UMUM tahu keadaan politik di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum Piliharaya Kecil PRK diadakan menjurus pada 50/50 sekiranya BN dan pembangkang bertembung satu lawan satu.

Berdasarkan majoriti kecil kemenangan BN di kedua-dua parlimen itu pada PRU lalu, pertandingan tiga penjuru samalah seperti menyerahkan kerusi kepada BN. Malah PKR yang agresif mahukan calonnya bertanding satu lawan satu menentang BN di Sungai Besar, memberikan laluan pada calon PAN setelah menyedari Pas meletakkan calonnya.

Pas mendakwa dua kawasan parlimen itu kerusi tradisi parti itu berdasarkan sejarah pilihanraya lalu. PKR terpaksa mengundurkan diri, kerana sedar untuk menang amat tipis dalam pertandingan tiga penjuru.

Apa pun, sebagai balasan untuk tidak memberikan laluan mudah pada Pas, dan waktu yang sama menjaga reputasi PKR, Pakatan Harapan (PH) memberikan laluan pada ayam tambatan PAN turun menyabung nyawa.

PAN terpaksa turun sebagai ayam jaguhan kerana kedudukannya sebagai parti pengganti setelah Pas keluar dan Pakatan Rakyat (PR). PAN mendakwa, penyertaannya penting dalam PRK ini demi agenda menjatuhkan BN. Namun, alasan palsu yang dipertaruhkan PAN sebenarnya meletakkan peluang Ummo semakin cerah untuk mempertahankan kedua-dua kerusi itu.

Mengalahkan BN tidak lagi menjadi penting. PAN turun sebagai pemecah undi untuk menghapuskan peluang Pas meraih kemenangan. Bagi PAN, sekiranya dibiarkan Pas menang, ini akan membuktikan kedudukan parti Islam itu semakin kuat setelah meninggalkan PR. Bagi PAN, ini percaturan penting. PAN harus memusnahkan peluang Pas, walaupun akibatnya BN akan kekal menerajui kawasan itu.

Manakala bagi PKR, ada sebab untuk melarikan diri. Tentu memalukan sekiranya calon parti yang menerajui Kerajaan Negeri kalah di Selangor. Manakala di Perak, alang-alang laluan diberikan kepada PAN di Sungai Besar, eloklah risiko kalah dalam pertandingan itu dipikul PAN. Sebagai parti baharu serpihan Pas, PAN ayam tambatan dalam misi memusnahkan peluang Pas.

Inilah politik Melayu, apabila dendam melampaui strategi. “Kalau aku tak dapat, kau pun takkan dapat!”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers