Silat merupakan warisan orang melayu sejak turun-temurun. Silat juga datangnya dari pelbagai rumpun melayu sama ada bermula dari tanah Indonesia mahupun yang lahir dari Tanah Melayu sendiri. Sudah menjadi kebiasaan dalam ilmu persilatan perbezaan pencak dan seninya. Sudah menjadi kebiasaan dalam ilmu persilatan wujud apa yang dikatakan sebagai "perbezaan" dari pelbagai segi. Begitu juga tidak asing lagi perbezaan ideologi ahli, pengikut mahu pun mahaguru ilmu persilatan ini. Tidak terkecuali ini juga berlaku di bumi Sungai Besar apabila "perbezaan" ideologi politik yang dibawa oleh mahaguru-mahaguru di sini.
Namun, perbezaan ideologi ini ditangani secara "halus" oleh YB Senator Datuk Hj Megat Zulkarnain TanSri Omardin, Setiausaha Agung Pesaka Malaysia yang hadir di Majlis Iftar dan menyampaikan sumbangan kepada guru-guru silat di seluruh Parlimen Sungai Besar yang melibatkan 24 jenis perguruan. Turut hadir bersama dalam majlis ini YB Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, selaku Presiden Pesaka Malaysia pada 12/06/2016 bertempat di Mutiara Tom Yam Sg. Besar.
Apa yang menarik ketika majlis ini berlangsung tidak ada satu pun bendera parti bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar sama ada dari Barisan Nasional, PAS atau PAN yang digantung walaupun dikalangan mahaguru-mahaguru ini ada yang berfahaman BN, PAS dan PAN. Kadangkala kaedah ini dilihat lebih berkesan berbanding dengan beberapa kaedah atau program yang dijalankan ketika musim kempen pilihanraya kerana berdasarkan pemerhatian kebanyakkan program biasa yang dijalankan hanya dihadiri oleh kelompok sendiri sahaja. Agak sukar mahu melihat sesuatu program dihadiri oleh pengikut atau ahli parti politik yang berbeza bendera.
Kadangkala jentera parti harus berfikir "di luar kotak" jangan terlalu terikut-ikut cara tradisi yang diwarisi secara turun temurun sejak dahulu lagi dalam berkempen di alaf baru nie.....
Sah!!! Sahih!!! Benar!!! Betul!!! Nelayan di Selangor terutama di Sekinchan dan Sungai Besar di WAJIB kan membayar "ufti" berupa wang ringgit sebanyak RM600 setahun kepada kerajaan negeri Selangor jika mahu "parking" boat, sampan atau jentera seumpamanya di setiap jeti berdaftar di kawasan terlibat.
Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali dari PKR atas desakkan "partner in crime" DAP telah mengeluarkan satu peraturan "GILA" dan "MENINDAS" rakyat terutama nelayan kecil yang mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan dengan memaksa nelayan terutama nelayan melayu membayar "ufti" berupa CUKAI SAMPAN sebanyak RM600 setahun atau RM50 sebulan. Sepatutnya kerajaan negeri membantu rakyat dengan memberi seberapa banyak bantuan dan peruntukan bagi mengurangkan bebanan rakyat terutama nelayan. Ini tidak, kerajaan pusat bersusah payah membantu mengurangkan bebanan hidup dengan memberi pelbagai subsidi seperti subsidi minyak dan bantuan bot dan enjin kepada nelayan dia pulak menekan nelayan dengan cukai yang tak masuk akal.
"Tapi apa pula bantuan dari kerajaan negeri yang sentiasa mengatakan kos sara hidup membebankan rakyat? Dengan mengenakan cukai sampan sebanyak RM 600 setahun? Memang betul, exco kerajaan Selangor mengatakan bahawa hanya RM 50 sebulan, Sangkakala ulangi HANYA RM 50 SEBULAN yang dikenakan kepada para nelayan.
Walaupun RM 50, ianya tetap adalah duit dan kita semua sedia maklum bahawa bukan mudah bagi seorang nelayan untuk memperolehi rezeki di tengah lautan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Apakah kerajaan negeri tidak boleh memikirkan bagaimana untuk membantu para nelayan supaya kehidupan mereka lebih selesa?"
"Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas, Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib mengesahkan perkara tersebut dalam ceramahnya di hadapan penyokong PAS.
Beliau berkata, Caj tersebut hanya akan dikenakan ke atas pengerusan Jeti Nelayan sebanyak RM600 setahun dan jika dibahagikan keapda 12 bulan hanya RM50 sahaja caj yang akan dikenakan.
Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani banyak membantu nelayan seperti pemberian elaun bulanan, bantuan peralatan, enjin dan bot selain latihan kemahiran dan membina jeti demi untuk membela nasib mereka.
Pendek kata, Kerajaan Persekutuan keluarkan jutaan ringgit untuk membantu nelayan mengurangkan kos sara hidup dan keluar daripada kepompong kemiskinan tetapi kini setelah berkuasa, Kerajaan Selangor pula hendak menindas nelayan dengan mengenakan cukai.
Persoalan dikenakan kepada pihak pengurusan atau pihak nelayan tidak timbul dalam perakara ini, yang jelas nelayan yang pendapatan mereka tidak menentu harus dibantu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Tindakan yang dilakukan itu juga jelas bertentangan dengan slogan Kerajaan PKR Selangor yang dicanangkan kepada rakyat kononnya sebagai kerajaan berkebajikan."
Yang masuk bertanding seorang jer. Yang pengundi nak dengar ucapan calon. Yang pengundi nak tahu apa manifesto atau perancangan calon. Tapi yang jadi heran bila berderet orang lain sibuk nak bercakap jugak. Inilah yang kita dapat lihat dalam semua sesi ceramah kempen pembangkang terutama kempen calon PAN. Sepatutnya pemimpin PAN sendiri yang memberi ceramah kempen untuk calon partinya sendiri tapi ini tidak berlaku. Banyak ceramah calon PAN akan didominasi oleh pemimpin DAP yang akan hadir memberi ucapan dalam ceramah. Apa sudah tiada lagi pemimpin dalam PAN yang boleh berucap atau berkempen. Apa sudah tiada lagi pemimpin PAN yang boleh bercakap bagi mewakili calon dari parti sendiri hingga terpaksa menyerahkan mikrofon kepad pemimpin DAP untuk berucap.
"Sudah terang lagi bersuluh", sudah jelas dan terang permainan DAP memperkudakan PAn sebagai "kuda tunggangan politik" mereka selepas mereka gagal mengekalkan PAS sebagai "kuda tunggangan" DAP.
Sejak 5 Jun selepas Penamaan Calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, DAP tiba-tiba membisu terhadap isu RUU 355 yang dibentangkan Presiden Pas pada Persidangan Dewan Rakyat yang lalu.
Mulai 5 Jun, DAP menukar taktik serangan sejajar dengan mood kempen PRK yang akan berakhir pada 17 Jun nanti. Walaupun agresif membangkitkan kemarahan masyarakat bukan Islam sejak usul RUU dibentang secara persendirian oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 27 Mei lalu, Dap tiba-tiba senyap dan menyepi terhadap isu RUU 355 sebaik kempen PRK bermula.
Malah, di Sungai Besar terutama di Sekinchan, DUN paling ramai pengundi Cina untuk parlimen Sungai Besar, Dap tiba-tiba membangkitkan isu perkauman dengan memasang poster anti Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos.
Poster besar dipasangkan pada papan tanda dengan sengaja menyemarakkan api anti Umno dengan tulisan menyebut Jamal pernah berkata: “Cina Babi!”
48 jam selepas sepanduk besar itu dinaikkan, dalam sidang media bersama, PAN selaku sekutu Dap memaklumkan poster tersebut akan diturunkan. Malah, Setiausaha Publisiti Tony Pua hadir sama dalam sidang media itu.
Kita menjangkakan isu RUU 355 akan dijadikan bom saraf yang akan digugurkan pada saat akhir, terutama melalui gerila media baharu DAP yang dikenali sebagai Red Bean Army. Ini memandangkan, sentimen RUU 355 boleh membangkitkan rasa takut pengundi Cina dan seterusnya menyebabkan mereka keluar mengundi calon PAN, sebagai tanda protes terhadap kerjasama Pas dan Umno dalam pembentangan usul RUU 355.
Namun, pada 10 Jun, di pentas kempen Sungai Besar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka ketika berucap – menyalakan api pertama menjadikan RUU 355 sebagai bahan kempen PRK. Kit Siang menyifatkan, RUU 355 sebagai bukan undang-undang Islam. Malah, RUU 355 sebagai undang-undang ciptaan Hadi Awang.
Kit Siang menganggap, mengundi Pas dalam PRK kali ini satu pembaziran. Walaupun secara relatif, Umno memberi lampu hijau pada Pas untuk membawa usul RUU 355 ke Parlimen, Penasihat DAP itu lebih bias terhadap Pas.
Ini serangan pertama menggunakan isu RUU 355 dalam kempen PRK. Sebabnya mudah. 30 peratus pengundi Cina di Sungai Besar dan 20 peratus lagi di Kuala Kangsar menampakkan tanda-tanda tidak berminat untuk keluar mengundi. Sentimen ini sama seperti PRK Teluk Intan. Pengundi Cina cenderung untuk tidak membabitkan diri dalam PRK sekali pun di kawasan kubu kuat DAP.
Untuk membantu sekutunya PAN, DAP perlu melakukan sesuatu yang tragik. Kempennya mesti mampu menyeret pengundi Cina keluar menyokong PAN yang jelas gagal mendapat perhatian pengundi Melayu di kedua-dua kawasan.
Ini percubaan pertama PAN dalam pilihanraya di Semenanjung. Apa lagi di Selangor, DAP mengharapkan PAN mampu merampas 15 kerusi DUN yang sebelum ini dimenangi Pas.
PAN sejak ditubuhkan selepas krisis pemimpin-pemimpin moderat liberal disingkirkan dalam pemilihan Muktamar Pas pada 5 Jun 2015, belum menikmati apa-apa kejayaan di peringkat pilihanraya. Malah percubaan parti itu di PRN Sarawak berakhir dengan keputusan yang memalukan kerana hilang banyak wang pertaruhan di 11 kerusi yang ditandingi.
Apabila Kit Siang bermain dengan isu RUU 355, ia sudah boleh dijangka bahawa senjata terakhir terpaksa digunakan seminggu lebih awal kerana respon negatif pengundi Melayu terhadap PAN terlalu jelas. Untuk membantu PAN, RUU 355 ialah kad joker tunggal yang dimiliki Dap, dalam perjudian mendapatkan sokongan pengundi Cina.
Kad ini pula dilihat sesuai memandangkan respon dan analisis awal mendapati majoriti penduduk Cina di kedua-dua kawasan masih tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai RUU 355. Malah dalam kaji selidik portal berita pro pembangkang mendapati, ramai responden pengundi Cina beranggapan, RUU 355 ialah Hukum Hudud yang akan mengenakan hukuman potong tangan bagi kes-kes mencuri.
DAP jelas terdesak. Jentera BN terutama MCA dan Gerakan harus segera bertindak sebelum terlewat. Pengundi Cina harus dimaklumkan: RUU 355 tiada kaitan dengan Hukum Hudud!
SUNGAI BESAR – Seramai 286 orang anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka terlibat dalam pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, di Selangor pada Selasa esok.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata jumlah itu meliputi 286 orang adalah pengundi dalam kawasan Parlimen Sungai Besar.
SPR akan membuka di Sungai Besar, dua pusat mengundi yang terdiri daripada dua tempat mengundi akan dibuka iaitu di Bilik Cawangan Latihan/Sukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sabak Bernam dan Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD 1, Sabak Bernam.
“Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan petugas SPR dan dakwat pilihan raya akan digunakan dalam proses itu,” katanya.
Mohd Hashim berkata proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian pilihan raya berkenaan.
“Di samping itu, Pemerhati Tempatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR juga boleh memerhati proses tersebut dengan kebenaran masuk ke pusat-pusat pengundian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
Proses pengundian yang bermula 8 pagi akan ditutup sepenuhnya pada 5 petang. Kertas-kertas undi akan disimpan di lokap-lokap polis dan hanya akan dikira pada 18 Jun ini, katanya.
Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian anggota Parlimen Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar, manakala Kuala Kangsar merekodkan 32,949 pengundi.