Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 14 December 2012

Lee Min Hu Pengadil Bodoh Patut Pencen Jadi Pengadil La!!!!...


Entah apa punya bodoh punya pengadil la dalam perlawanan separuh akhir Thailand menentang Malaysia di Bangkok malam tadi.

Pemain pertahanan, Mohd Fadhli Mohd Shas diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

Tindakan itu telah menjejaskan moral para pemain.

Ini bukan soal tak mahu terima kekalahan atau apa-apa, tapi kita sebagai kumpulan masyarakat yang waras susah semestinya akan menerima keputusan buang padang itu jika ia bersifat adil.

Ini tidak…orang lain main kasar, orang lain pulak yang dikenakan tindakan.


Apakah pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu tak boleh bertanya dan mendapatkan pandangan penjaga garisan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang drastik.

Dengar kata dia adalah seorang bekas guru sekolah, kalau benar, maka mungkin dia patut kembali ke sekolah dan mengajar di mana dia tidak perlu membuat keputusan memberikan sebarang kad kepada sesiapa selain kad keputusan peperiksaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 13 December 2012

Pesanan @Erma_Fatima Yang Bakal Buat Artis Pembangkang Meroyan???...



Kak Erma Fatima yang sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia hiburan tanahair memberi pandangan peribadi beliau serta nasihat yang amat berguna kepada semua penggiat seni termasuk artis dan pelakon bagaimana cara untuk mengharungi dunia hiburan yang penuh pelbagai rintangan dan pancaroba...

Jika ada artis-artis, pelakon-pelakon atau penggiat seni yang menonton video ini diharapkan dapat mengambil sedikit sebanyak nasihat Kak Erma nie buat panduan dalam dunia hiburan yang penuh dengan liku-liku...

Wednesday, 12 December 2012

WOW…Inikah ‘Boyfriend’ Baru Yuna?


Mungkin Murai Batu adalah orang yang terakhir mengetahui tentang cinta hati penyanyi Terukir Di Bintang, Yuna.

Maklum sajalah, gambar kemesraan antara Yuna dan jejaka Mat Saleh bernama Jules Schratter telah pun mendapat perhatian pihak media mahupun blog hiburan yang lain sejak kebelakangan ini.

Banyak juga gambar mereka berdua menjadi bahan tatapan ramai, meskipun setahu Murai Batu jejaka kacak tinggi lampai itu telah dilantik Yuna sebagai jurukamera peribadinya.

Lebih membuatkan Murai Batu tersenyum, apabila Jules Schratter menerusi blog miliknya, 
troughjuleslens.tumblr.com telah berkongsi banyak gambar menarik mengenai penyanyi popular berkenaan termasuk gambarnya bersama beberapa ahli keluarga Yuna sepanjang dia berada di negara ini.

Hanya Kerana Komen BrahimNyior : Takziah Buat Sahabatku Fauzi Atas Pemergian Isteri Tercinta... Al-Fatihah


Nukilan blog ku kali ini memang jauh sekali daripada apa yang biasa ku nukilkan kerana hari ini tanggal 12.12.12 sesuatu yang istimewa berlaku hanya kerana satu komen membuktikan bahawa dunia yang kita hidup ini amat kecil.

Seperti biasa aku biasa meng'update' blog ku daripada BB ku saja jika ada sesuatu peristiwa penting berkaitan politik namun bukan itu yang mahu aku kongsi bersama kalian.

Hanya kerana satu komen daripada pembaca blog ku bernama BrahimNyior yang meninggalkan komen yang panjang tetapi padat dengan informasi menyebabkan aku tertarik untuk mencari penulis komen ini. Ketika jari mencari tuan punya blog ini mata terpandang kepada satu artikel di blognya yang menarik perhatian mataku.

Satu nama yang amat ku kenali tetapi sudah lama tidak ku ketemui kerana mencari haluan hidup masing-masing. "Fauzi Zamhuri" memang tidak asing lagi kerana itulah nama sahabatku ketika sama-sama menuntut di sebuah sekolah agama di Kuala Kangsar, Perak.

Memang sebelum ini seorang sahabat sekolah ku bernama Suffian ada memaklumkan mengenai berita ini tapi sekadar itu sahaja tanpa perincian lagi.

Memang dunia ini kecil rupanya. Seorang sahabat blogger yang tidak ku kenali tapi kami saling mengenali individu yang sama.

Cerita sebenar dari sahabat blogger BrahimNyior yang juga sepupu kepada sahabatku Fauzi Zamhuri.

100 Orang Jer Yang Datang Demo #stateless... Kata 100K...


Pagi nie gua dimaklumkan Pakatan Haram yang diketuai Sivarasa akan berkumpul di JPN Putrajaya bagi membuat demo membantah tindakan kerajaan tidak memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada penduduk berbangsa india.

Dihebahkan kononya 30 bas bakal membawa mereka-mereka yang tidak mempunyai Kad Pengenalan atau ic ini tapi hanya 2 buah bas kelihatan menurunkan pendemo ini.


Hasil temubual sahabat blogger yang ada dilapangan, sebahagian besar yang hadir ada mempunyai IC dan warganegara yang sah. Manakal mereka-mereka yang kononnya tidak mempunyai IC dan kononnya dinafikan hak menjadi warganegara Malaysia adalah anak-anak pekerja estet dan perladangan yang mana salah ibubapa mereka yang tidak mendaftar kelahiran anak-anak dengan mengambil mudah soal pendaftaran surat beranak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers