Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 21 September 2013

Serena Chef Wan Nak Bertanding Jawatan Puteri UMNO ker???

Gambar Serena Chef Wan ni sempat gua rakamkan di PWTC hari ini sewaktu hari penghantaran borang pencalonan untuk jawatan Majlis Tertinggi, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung.

Gua tak pasti sama ada kehadiran Serena ini untuk menghantar borang pencalonan atau sekadar hadir bagi memberi sokongan kepada calon-calon Puteri yang mahu bertanding.

Namun apa yang menarik perhatian orang ramai yang hadir bila ada selebriti yang hadir sama sewaktu hari penghantaran borang. Tentulah bila ada artis majlis tu nampak meriah skit kan.

p/s : kalo sapa-sapa tau apa tujuan dan sebab Serena hadir ke PWTC hari ni sama ada hadir untuk menghantar borang pencalonan atau sekadar menjadi penyokong calon boleh la syer ngan pembaca lain. Tolong syer kat ruangan komen ye.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@AzwanBro Daftar 14 Ribu Pengundi Muda Baru!!! Orang Lain Ada!!! #OneBro4NKP @KhairyKJ

Pada siri yang lalu, YPS menceritakan langkah pertama Azwan setelah dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak (klik). Seterusnya YPS ingin menceritakan langkah kedua Azwan setelah berjaya mendaftarkan lebih dari 14,000.00 pengundi muda di Negeri Perak.

Selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak, Azwan sedar tugas berat yang beliau galas. Mengambil kira hakikat yang Perak pernah tewas pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, beliau memulakan langkah mempersiapkan Jentera Pemuda Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 13.

Untuk itu, beliau bersama pimpinan pemuda BN Negeri Perak mengadakan program kajian sikap pengundi muda. Kajian yang mengambil kira pelbagai aspek melibatkan kehendak dan aspirasi anak-anak muda masa kini. Ianya merupakan satu lagi tugas mencabar kerana mengikut rekod PRU ke 12 yang lalu, saluran undi golongan muda berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Yang pasti, demi mengembalikan undi anak-anak muda yang juga dikenali dengan Generasi Y (Gen-Y), UMNO dan Barisan Nasional harus menepati kehendak golongan ini. Ianya melibatkan aspek ekonomi, masa depan dan agama. Apabila kesemua elemen ini dipenuhi, sokongan anak muda pasti kembali kepada BN.

Umumnya begitulah tugas-tugas kajian sikap pengundi dan menjadi standard operating procedure (SOP) setiap kali pilihan raya. Kedinamikan perkembangan maklumat mengakibatkan pendekatan dahulu yang mungkin berkesan dengan sekelip mata telah menjadi lapuk pada hari ini.

Pendekatan kajian sikap seharusnya berjalan berterusan dan kajiannya harus mendalam. Parti pembangkang telah mengimport pendekatan-pendekatan liberalisasi, hak kemanusiaan dan menanam berbagai-bagai persepsi untuk mencorak sikap pengundi.

Mereka cuba mewujudkan 'branding' atau penjenamaan terhadap BN dan UMNO. Pengundi khususnya pengundi muda diasak dengan persepsi UMNO adalah parti elitis, kerakusan kuasa dan penuh birokrasi. Sebagai contoh, pengikut-pengikut Pas telah diwayangkan dengan momokan takut kepada UMNO melebihi takutnya kepada DAP.

Baca selanjutnya di sini : Yob Pasir Salak

Friday, 20 September 2013

[18SX] Jangan Baca : Profesor Penganut Syiah Adakan Seks Dalam Pejabat Selepas Kahwin Mutaah????

KUALA LUMPUR – Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

Kahwin sementara

"Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

Mukhriz Bakal Menguburkan Karier Politiknya Dengan Bertanding Naib Presiden??? #MM4VP

Baru-baru ni dunia pemilihan UMNO dikejutkan dengan tindakan Menteri Besar Kedah yang baru dilantik Mukhriz Mahathir mengumumkan hasratnya mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO yang bakal dilihat bertanding enam penjuru.

Hasrat Mukhriz mahu bertanding kononnya atas desakan akar umbi terutama dari Negeri Jelapang Padi, Kedah. Mungkin kerana naik "sheikh" bila dijolok oleh ketua-ketua bahagian dalam negeri Kedah menyebabkan dia melompat kegirangan mahu bertanding.

Walaupun dia anak mantan Perdana Menteri, Tun M yang terkenal dengan kehandalan dalam dunia politik tapi Mukhriz ni belumlah sampai ke tahap itu. Mungkin ini percaturan politik yang dirancang oleh Tun M yang mahu melihat anaknya menjadi PM.

Seperti tajuk yang dinyatakan di atas kenapa dengan tindakan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bakal menguburkan karier politik beliau yang baru setahun jagung mengetuai negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang. Ada banyak sebab kenapa ia bakal berlaku cuma yang mahu dihuraikan di sini hanyalah sebahagian dahulu. Yang selebihnya bakal kita kongsikan di masa akan datang.

Antara sebab kesilapan tindakan dia nia bila bertanding ialah beliau baru memegang jawatan Menteri Besar Kedah, sebuah negeri yang berjaya dirampas dari pembangkang Pas. Sudah pasti banyak perkara yang mahu diperbetulkan kembali untuk mengambil hati rakyat Kedah.

Apa yg akan berlaku jika dia menang jawatan tu nanti. Sudah tentu dia terpaksa membahagikan masa antara kerja dan tugas di negeri dengan pusat. Sudah tentu masa pun terpaksa di bahagi dua seperti terpaksa hadir ke pusat untuk menghadiri mesyuarat pengurusan. Sedangkan masa tersebut lebih elok dia gunakan untuk kerja-kerja di negeri sahaja. Lebihkan tumpuan pada Kedah sahaja dengan menguatkan bahagian serta rakyat kedah diberi perhatian.

Sebenarnya ada beberapa faktor lagi yang akan menyebabkan karier politik Mukhriz ni bakal terkubur kesan dari tindakan dangkal MB Kedah ni dan kita akan kongsikan di lain masa. Buat masa ini cukuplah yang ini saja dulu.

p/s : lepas ni sapa plak melompat kijang.... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers