Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 16 November 2013

Wanita Minta Maaf Sebar Fitnah Kat Nasi Ganja Vanggey!!!


Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida menyatakan permintaan maaf secara terbuka, setelah didakwa menyebarkan fitnah melalui laman sosial Facebook terhadap Restoran Nasi Vanggey, Greentown.

Ze Aida, 24 akui tidak berniat untuk menghina atau memburuk-burukkan restoran tersebut.

Dalam status Facebooknya, Ze Aida menyebut bahawa pihak polis menemui najis manusia dalam peti simpanan makanan restoran tersebut.

"Saya tiada niat untuk menghina restoran ini dan kontroversi itu berlaku apabila saya menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran itu.

"Status Facebook saya hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu sahaja tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah 'print screen' status saya itu lalu menyebar luaskan," katanya.

Menurut Ze Aida, laporan polis sudah dibuat Khamis lalu di Balai Polis Sungai Senam.

Sementara, Ahmad Fazli berharap penjelasan dan pengakuan Ze Aida itu akan dapat mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap restoran mereka.

Restoran itu diarah tutup selama dua minggu sehingga 28 November ini kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Joemar Rakan Pembunuh Ambank Selamba ‘Update’ Status Facebook??? @PDRMsia




Selepas perompak dan pembunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Loade Ardina Loade Rasila berjaya diberkas kini seorang lagi rakannya,  Joemar Omar sedang dicari polis.

Seperti Loade Ardina yang mempunyai akaun Facebook, akaun laman sosial Joemar juga berjaya dibongkar.

Namun mungkin menyedari Facebook miliknya sudah diketahui ramai, akaun ini ditutup sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi akaun Facebook dipercayai turut dimiliki penjenayah yang masih menyimpan wang rompakan RM428,200 ini.

Menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino, gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun ini saling tak tumpah dan hampir pasti memang Joemar.

Tapi kalaulah benar, maka pihak berkuasa negara perlu melakukan sesuatu kerana daripada status yang dimuatnaik, Joemar membayangkan dia kini sudah berada di Dumai, Indonesia sejak 27 Oktober lalu.

Dan setelah berhenti memuatnaik status sejak tarikh berkenaan, dia nampaknya selamba memuatnaik satu status pagi semalam!

Apakah ini ada kena mengena dengan tindakannya menghentikan akaun lagi satu? Maklumlah orang kalau dah biasa ber-Facebook memang susah untuk meninggalkannya.

Sama ada Joemar atau siapa pun namanya, diharapkan dia akan segera diberkas bagi mendapatkan keadilan atas jenayah yang telah dilakukan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Biar Betul!!! Penduduk PPR Di Kencing Kerajaan Negeri Selangor???


Biar betul cerita ni pasal harga sewa rumah PPR yang dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Apa yang selama ini umum sudah mengetahui tujuan pembinaannya adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah mampu untuk menyewa tempat kediaman dengar kadar mampu bayar terutama bagi mereka yang tinggal dalam kawasan bandar-bandar besar seperti di Lembah Kelang dan Selangor. 

Bila jer Pakatan dapat terus memerintah Selangor buat penggal yang kedua selepas PRU13, kerajaan negeri Selangor diketuai oleh PKR terus menekan golongan rendah dan bawahan dengan menaikkan sewa dari hanya RM124 sebulan kepada RM250 sebulan kepada pemohon baru yang berpendapatan rendah. Sewa RM124 hanya diberikan keistimewaan kepada penghuni yang terlibat dengan proses perpindahan dari kawasan setinggan.

Jika penyewa enggan membayar dengan kadar RM250 sebulan, pihak anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang diberi amanah menguruskan perumahan PRR seluruh Selangor ini akan menampalkan nama-nama mereka ini di papan noris untuk ditunjukkan kepada penghuni lain. Apa tujuan sebenarnya tindakan ini dilakukan oleh kerajaan Selangor.

Asal pembinaan rumah PPR adalah untuk membantu golongan rendah dan miskin terutama kepada orang-orang melayu. Tetapi kerajaan Selangor cuba menekan orang-orang melayu yang susah dengan cara halus supaya mereka ini tidak mampu membayar lantas keluar dari PPR. Inikah balasan kepada pengundi Selangor yang memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Tahniah rakyat Selangor.

Inilah watak sebenar Pakatan Rakyat yang menaburkan pelbagai janji-janji manis kepada pengundi Selangor sebelum PRU13 tetapi berbeza dengan segala bentuk tindakan yang dibuat selepas kembali memerintah Selangor. Adalah diharapkan agar rakyat Selangor kembali sedar dengan perangai buruk pemimpin PR yang hanya gilakan kuasa pemerintahan.

Friday, 15 November 2013

Puaka Niring : Benda-Benda Aneh Ditemui Dalam Bra Wanita???









Hampir setiap wanita memaki coli atau bra untuk menjaga bentuk buah dada masing-masing.

Bahagian itu adalah sensitif dengan maruah dan harga diri wanita menyebabkan bukan sebarang orang atau pihak boleh menyentuhnya.

Disebabkan itu, sebahagian wanita terutama yang menceburkan diri dalam dunia penyeludupan mengambil kesempatan menggunakan bra mereka sebagai tempat untuk menyembunyikan pelbagai macam benda.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Taukeh Nasi Ganja Vanggey Ipoh Berang Isu Najis Dalam Peti Sejuk Dijadikan Pelaris!!!


Kerana popularnya restoran Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak; berita penutupan restoran tersebut yang menggunakan nama Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah sejak dua hari lepas sekejap saja sudah diketahui umum.

Restoran tersebut diarah tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 28 November kerana didapati kotor setelah Pejabat Kesihatan Daerah Kinta datang menjalankan pemeriksaan kesihatan di premis tersebut.

Penutupan ini sudah tentu memeningkan kepala taukeh Nasi Ganja.

Tapi belum habis pening, timbul satu lagi isu yang membuatkan taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom naik berang apabila seseorang mengepos di Facebook mendakwa punca penutupan disebabkan pemeriksa kesihatan menemui najis dalam peti sejuk restoran.

Dakwa pihak yang memuatnaik status, najis itu dipercayai digunakan untuk disalut pada periuk bagi dijadikan pelaris atau penunduk hingga membuatkan ramai pelanggan mengunjungi Nasi Ganja setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers