Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 4 September 2014

Ayuh Datang Beramai2 : PM @NajibRazak Sendiri Akan Bagi Penerangan #GST!!!


Sapa yang tak paham pasal, Apa itu GST? Bagaimana GST berfungsi? Apa kebaikkan jika GST dilaksanakan? atau saja buat-buat tak tau terutama kepada mereka yang skeptikal seperti penyokong pembangkang dan kepada rakyat biasa. Anda dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Penerangan Perdana GST yang akan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tarikh : 10 September 2014 (Rabu)
Masa : 2 - 6 petang
Tempat : Dewan Merdeka PWTC

Rakyat yang masih belum memahami apa itu GST sebenar amatlah dialu-alukan untuk hadir agar apa yang terbuku dan terpendam dalam kotak pemikiran tu dapat dirungkaikan. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat menutup mulut mereka-kereka yang hanya tahu bercakap tapi tak tau apa yang dia cakapkan tu betul atau tidak.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Friday, 29 August 2014

Impak #MH370: Murid Gelar Najib "Bapa Kapal Terbang"??? @NajibRazak


Tragedi melibatkan pesawat MH370 dan MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berlaku pada tahun ini membawa impak yang amat besar terhadap negara.

Sudah pasti, insiden mengejutkan lagi luar biasa ini telah terpahat dalam sejarah sebagai peristiwa pahit untuk dikenang.

Begitu pun sepanjang proses menangani kedua-dua insiden tak terjangka ini terutama MH370 yang masih belum selesai sampai sekarang, individu paling terkesan tentulah Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan hakikat ini dimaklumi semua rakyat.


Selain itu, insiden pesawat ini nampaknya turut mempengaruhi pemikiran seorang murid sekolah rendah.

Bayangkan ketika menjawab soalan diberikan guru dalam buku latihannya berkaitan gelaran PM Malaysia; murid tersebut menjawab dengan betul bahawa Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan), Tun Hussein Onn (Bapa Perpaduan), Tun Dr Mahathir (Bapa Pemodenan) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan).

Namun bila sampai part PM sekarang, dia menjawab Najib adalah Bapa Kapal Terbang / Bapa MH 370!

Terang-terangan jawapan murid ini salah tapi jelaslah, insiden ‘kapal terbang’ adalah satu peristiwa besar yang akan sentiasa dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib apabila bercakap tentang sumbangannya ketika bergelar PM Malaysia baik sekarang mahu pun pada masa depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers