Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 6 October 2011

Malaysia Akan Ada 3 PM 5 TPM...

 
 
China press
Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat?
Dalam negeri m/s A15
4 Oktober 2011

Lim Kit Siang, Hadi Awang Dan Anwar Ibrahim Adalah Perdana Menteri Bayangan: Fong Kui Lun

3hb Kuala Lumpur, Bendahari DAP Fong Kui Lun berkata, pemimpin DAP di Parlimen Lim Kit Siang, pengerusi Parti Islam Datuk Seri Hadi Awang dan Pemimpin Umum PKR adalah “perdana menteri bayangan”.

Beliau berkata jika pada PRU akan datang Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat, siapakah yang akan jadi perdana menteri, ia akan ditentukan kelak.

Fong Kui Lun juga ahli parllimen Bukit Bintang hari ini semasa di ruang legar Dewan Rakyat berkata demikian kepada pemberita, memberitahu Pakatan Rakyat secara keseluruhannya telah mempunyai barisan “perdana menteri bayangan”, ketiga-tiga parti akan mengawasi satu kementerian bersama.

Kabinet Bayangan Sudah Lama Wujud

Beliau berkata setiap ahli parlimen parti seperti DAP, Parti Islam dan PKR telah mempunyai organisasi kumpulan kecil untuk mengawasi jabatan kebinet, selepas ini jika dapat memerintah kerajaan pusat, menteri akan dipilih salah satu daripada 3 calon-calon ahli parlimen dalam parti.

Fong Kui Lun memberi contoh, gandingan beliau dengan ahli parlimen parti Islam Kota Bahru Dato Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah dan ahli parlimen PKR Manikavasagam a/l Sundaram bertanggungjawab di bahagian kementerian pelancongan dalam bayangan kebinet Pakatan Rakyat.

Apabila timbul tentang isu pelancongan kami bertiga akan diutamakan untuk bersuara, setakat ini kabinet bayangan PKR telah pun wujud.

Selain dari itu ahli parlimen Beruas Ngeh Koo Ham merangkap pengerusi DAP negeri Perak menegaskan, kabinet bayangan Pakatan Rakyat sudah lama wujud, hanya tidak diumumkan pada pihak luar.

Ngeh Koo Ham berkata, beliau sendiri telah dilantik untuk tangani isu-isu di kementerian Jabatan Perdana Menteri, dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee sebagai kabinet “bayangan” menteri pengajian tinggi.
 
Kulaan : habis ler Malaysia kena jual kalo inilah bakal pemimpin negara kita... tapi kalau mereka-mereka ini yang tetap kita nak pilih maka bersedia la terima apa saja akibat yang berlaku... jangan salahkan orang lain bila perkara ini berlaku tetapi salahkanlah diri sendiri sebab kesilapan kita memilih pemimpin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers