Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 10 November 2011

Peranan Media Baru Diiktiraf Pemimpin BN Mempengaruhi PRU13

PETALING JAYA: Media perlu menjadi pemangkin dalam melakukan pembaharuan menerusi proses demokrasi dan memperkukuhkan institusi demokrasi.

Semasa membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, berkata perubahan politik dan transformasi bagi demokrasi sedang merebak dengan cepat di kebanyakan bahagian dunia.

Ini, menurutnya adalah berpunca daripada penyertaan rakyat hasil daripada pendedahan media.
Salang berkata, di negara-negara yang mengamalkan demokrasi, masyarakat, kumpulan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) mendapati media sosial adalah wadah yang efektif untuk menyebarkan pendapat dan buah fikiran mereka.

"Berita penyiasataan yang dalam sesetengah kes, membawa kepada penggulingan presiden dan kejatuhan kerajaan yang mengamalkan rasuah.

"Media menjadi mata dan telinga yang efektif dan berwibawa dan berjaya meningkatkan kredibilitinya di mata masyarakat," katanya semasa melancarkan Forum Peranan Media dalam Memperkukuhkan Demokrasi, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, masyarakat juga perlu menilai sama ada media menjadi ejen perubahan yang efektif dalam memperkukuhkan demokrasi demi faedah generasi akan datang, katanya.

"Hakikatnya ialah peranan media dalam demokrasi yang baru dan dipulihkan adalah tidak seperti dijangkakan. Mereka (media) mungkin dikekang oleh undang-undang ketat, monopoli hak milik dan kadang kala ancaman daripada kuasa kejam," katanya.

Salang juga berharap media di Malaysia akan mendapatkan kemahiran profesional diperlukan bagi membolehkannya menganalisis, mengkritik dan melaporkan secara objekif demi faedah masyarakat dan negara.

Kerajaan Malaysia bersikap jujur dalam membincangkan peranan media untuk memperkukuhkan demokrasi dan bersedia bekerjasama dengan media ke arah transformasi politik demi kebaikan rakyat, katanya.

Lebih 150 peserta termasuk diplomat, pengamal media, pemimpin politik, ahli akademik dan wakil NGO dan persatuan mengambil bahagian dalam forum itu yang diadakan sempena Hari Pembangunan Penerangan Dunia tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers