Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 1 September 2012

Bila Hadi Awang Mula Berdolak-dalik....


Pas yang menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam bukan sahaja gagal menyatakan pendirian tegas mengenai isu hudud sebaliknya terus berdolak-dalik dalam usaha yang dilihat mahu menjaga hati DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh.

Meskipun dihina Pengerusi DAP dalam isu hudud, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi tetap berkata, Pas tidak pelik dengan penentangan Karpal dan beliau memberi alasan DAP hanya sebuah parti pembangkang bukan kerajaan yang memerintah.

Beliau juga secara berterusan cuba berdalih mengenai kegagalan Pas menjawab kritikan pedas Karpal dan sebagaimana yang lepas-lepas, Abdul Hadi menyalahkan UMNO dan BN pula.

Hadi juga langsung tidak berani menyentuh mengenai penolakan Anwar Ibrahim terhadap hasrat Pas apabila Ketua Pembangkang itu menegaskan hudud tiada dalam agenda pembangkang dan hanya dilaksanakan jika mendapat persetujuan DAP.

Kalau dulu Karpal kata langkah mayat dia dulu, sekarang ini tak kata lagi dah. Dia cuma kata dia menentang dan tidak setuju. Itu hak dia, itulah demokrasi dan Pas menyokong demokrasi."
Karpal bukan sahaja menempelak Pas tetapi mengulangi pendirian keras menentang hudud dan menyifatkan undang-undang Islam itu mustahil dipraktikkan di Malaysia malah menyatakan hudud tidak mampu membantu membasmi jenayah di negara ini.


Pas yang dilihat tidak bermaya dan tunduk kepada Karpal dalam pergeseran berkenaan kemudian dikejutkan pula dengan pendirian Anwar serta PKR yang berpihak kepada DAP sehingga menjadikan parti itu terkontang-kanting sendirian.

Ditanya adakah Pas akan mentarbiah Karpal selepas ini agar selari dengan tujuan kerjasama parti itu dengan DAP sebagaimana sering didakwa pemimpin mereka, Abdul Hadi sekadar berkata, Ahli Parlimen Bukit Gelugur tersebut bukan ahli Pas.
Mengenai tindakan Pas sebelum ini melarang pemimpin parti itu daripada berterusan mengeluarkan kenyataan menyanggah Karpal, beliau enggan mengulas lanjut tetapi berkata, walaupun berbeza pendapat tetapi pemimpin Pas mempunyai noktah yang sama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers