Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 25 September 2012

Poster Yang Bikin Pro-Menipu Panas Sampai Tak Boleh Tido Malam Kempen #PRKUM!!!...


KN baru dapat info daripada adik KN yang belajar di UM mengenai suasana pilihanraya kampus sesi ini yang menurut beliau antara pilihanraya yang paling sengit di sepanjang penubuhan Universiti Malaya yang merupakan universiti tertua di negara kita.

PRK yang berlangsung pengundiannya hari ini setelah menempuh 5 hari berkempen oleh calon-calon sama ada daripada Penggerak Mahasiswa yang lebih dikenali dengan GERAK atau calon-calon Pro-Mahasiswa yang mula dikenali oleh pelajar-pelajar UM sebagai Pro-Menipu bagi merebut 43 kerusi yang melibatkan 34 fakulti.

Umum telah mengetahui UM merupakan antara kubu kuat Pro-Menipu kerana mereka telah memenanginya banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Apa yang menarik untuk dikupas adalah bagaimana calon-calon Pro-Menipu memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan. Desas-desus cerita daripada adik KN, Pro-Menipu memenangi PRK UM dengan mencipta isu dan kontroversi demi meraih undi simpati pelajar. Namun, khabar-khabar angin kuat bertiup kencang bahawa Pro-Menipu termakan dengan taktik mereka sendiri bila setiap langkah mereka dapat dihidu oleh calon GERAK dengan membuat penafian dan memberi penjelasan yang baik kepada pelajar UM.

Sindiran isu "Calon Tua"
dalam Senyum Kambing

Flyers yang diedarkan oleh Pro-Menipu
 mengenai isu siapa "Calon Tua"...

Isu awalan yang pihak Pro-Menipu cuba kontroversikan adalah mengenai syarat kelayakan pelajar untuk menjadi calon kononnya calon GERAK tidak layak kerana berada di tahun akhir. Mereka ini diberi gelaran "CALON TUA" oleh penyokong dan calon Pro-Menipu. Namun, isu ini lantas dijawab oleh Pengerusi Penggerak Mahasiswa iaitu sdr Marwan Kahar Baharuddin dengan bukti-bukti dalam bentuk dokumen dan video serta beliau mencabar pihak Pro-Menipu untuk tampil membawa bukti. Sila ikuti pendedahan tersebut di bawah ini :



Tapi, yang paling ditakuti oleh pengokong dan calon-calon Pro-Menipu adalalah sebuah poster yang telah "MELONDEHKAN" segala taktik penipuan mereka sejak setahun dua ini dalam cuba memenangi hati pengundi. KN difahamkan oleh adik KN, dek kerana poster ini yang telah bertaburan edarannya yang secara meluas di dalam dan luar kampus kediaman serta fakulti-fakulti menakutkan pihak Pro-Menipu apabila poster tersebut telah mendedahkan taktik penipuan yang sanggup digunakan pihak Pro-Menipu demi untuk memenangi PRK UM. Kesannya, sejak hari Ahad lagi pihak Pro-Menipu terpaksa menubuhkan jentera khas bagi mencari dan menurunkan poster-poster ini daripada ditampal untuk tontonan umum pelajar-pelajar UM. Sehingga semalam jentera khas ini terpaksa bersengkang mata hingga ke pagi bagi memastikan poster ini tidak diedarkan di kolej-kolej kediaman dan fakulti-fakulti pengajian.

Di sini KN lampirkan poster tersebut yang telah KN besarkan untuk pembaca melihat dan menilai sendiri kenapakah poster ini begitu "DIGERUNI" oleh pihak Pro-Menipu...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers