Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 22 October 2012

Pencacai Pas Marah Bila Kata Bahasa Arab Bukan Bahasa Syurga????...


Bidaah yang cuba di bawa oleh Penganut PAS.

Tidak ada nas dari Al-Quran dan hadith Nabi saw mengenai bahasa yang digunakan di hari Kiamat atau pun di syurga. Cuma terdapat didalam satu riwayat hadith yg dhaif (lemah) dari Al-Tabarani didalam Al-Kabir Al-Ausath :-

أحبوا العرب لثلاث لأني عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي

“Mereka menyukai bangsa Arab kerana tiga perkara, kerana sesungguhnya aku seorang Arab, Al-Quran di dalam bahasa Arab dan perbicaraan ahli syurga di dalam bahasa Arab”

Al-Tabarani juga telah meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah bahawa :-

أنا عربي والقرآن عربي وكلام أهل الجنة عربي

“Aku seorang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan perbicaraan Ahli Syurga ialah bahasa Arab

Al-Haithimi mengatakan bahawa hadith ini lebih da’if dari hadith Ibn Abbas. Kesimpulannya Hadith-hadith yang membicarakan mengenai bahasa di hari Kiamat dan di Syurga merupakan hadith-hadith yang lemah yang tidak boleh dijadikan dalil.

Mari kita dengar apa pula komen dari Al-Imam Ibnu Taimiyah rahimahullahu taala tentang hadith ini :

“Berkatanya Al-Hafiz As-Salafi : bahawa hadith ini hasan,dan tidaklah aku tahu samada beliau bermaksud hasan dari segi sanadnya yang mengikut kefahaman para ahli hadith atau pun ianya bermaksud hasan dari segi matanya (teksnya) yang mengikut isthilah ilmu hadith yang umum,dan Ibnu Al-Jauzi telah meletakkan hadith ini di dalam Al-Maudhu’aatnya dan telah berkata : Berkatanya Ats-Tsa’labi : hadith ini tiada asalnya,dan berkata pula Ibnu Hibban : di dalam hadith ini seorang perawi yang bernama Yahya Bin Zaid telah meriwayatkan hadith ini secara terbalik,maka terbatallah hadith ini untuk dijadikan sebagai hujjah,wallahu a’lam” (rujuk : Iqtidho’us Siratil Mustaqim juz : 1,m/s : 158)





Dan beliau menambah lagi di dalam sebuah kitabnya yang lain :

“Beliau telah ditanya tentang bahasa apakah yang akan dipertuturkan oleh manusia di hari kiamat kelak? Apakah mereka akan bertutur di dalam bahasa arab? Dan apakah benar ada yang mengatakan bahawa bahasa ahli neraka adalah bahasa parsi dan bahasa ahli syurga pula ialah bahasa arab??

Beliau menjawab : Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,sesungguhnya tidaklah dapat diketahui tentang bahasa apakah yang akan dipertuturkan oleh manusia pada hari itu,dan juga tiadanya sebarang bahasa yang boleh didengari oleh manusia daripada utusan Allah kelak,kerana Allah tidak menyatakan langsung tentang perkara sedemikian kepada kita,begitu juga baginda nabi tidak memberitahu kita tentang perkara tersebut,dan tidaklah benar bahawa bahasa ahli neraka kelak ialah bahasa parsi begitu juga bahasa arab merupakan bahasa ahli syurga yang abadi,bahkan kita tidak mengetahui pun terdapatnya khabar tentang percanggahan para sahabat tentang hal itu,bahkan mereka tidak mencampuri pun urusan tersebut,tetapi telah terjadinya khilaf (percanggahan pendapat) di kalangan para ulama’ zaman ini,ada yang berkata mereka akan bercakap bahasa arab kecuali ahli neraka kerana mereka akan bercakap di dalam bahasa parsi,ada juga yang berkata bahawa mereka akan bercakap dengan bahasa Suryaani kerana ianya bahasa Nabi Adam alaihis salam dan kesemua bahasa yang wujud pada hari ini adalah bersumberkan daripada bahasa tersebut,ketahuilah bahawa kesemua pendapat ini adalah tidak boleh dijadikan hujjah langsung kerana ianya tidak bersumber daripada jalan naqal (Al-Quran dan As-Sunnah) juga jalan aqal bahkan kesemuanya ini tidak didasari langsung dengann dalil-dalil daripada Allah Subhanahu Wa Taala,wallahu a’lam” (rujuk : Majmu’ul Fatawa,juz : 4,m/s : 299)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers