Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 7 November 2012

MAZA Menyokong Kenyataan Izzah Mengenai Kebebasan Murtad???...


Agak pelik bin ajaib bila membaca kenyataan MAZA yang seolah-olah menyokong dan mengiakan kenyataan gila Nurul Izzah mengenai isu kebebasan bagi seseorang untuk beragama. Seperti ada sesuatu disebalik kenyataan MAZA yang seakan bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa mufti negeri mengenai isu ini.

Memang ramai sudah maklum mengetahui beberapa fatwa atau kenyataan MAZA mengenai hukum yang agak mengelirukan umat Islam di negara ini. Bahkan sehingga satu tahap beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi apabila kenyataan yang beliau keluarkan agak berbeza dengan Ahlul Sunnah.

Di bawah ini adalah kenyataan beliau yang dipetik daripada Sinar Harian mengenai sokongan MAZA ke atas kenyataan sesat Nurul Izzah.


SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

"Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya kepada wartawan Sinar Harian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. apa yang nurul izzah nyatakan ialah1
    1. kebebasan beragama.
    2. ianya terpakai kepada semua orang.
    3. penghayatan diri terhadap islam.
    di sini tiada pun dia cakap sokongan beliau terhadap murtad... cuba tengok balik video beliau

    ReplyDelete
  2. u tak paham english kot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers