Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 17 April 2013

Panas!!! Mislina Muak Dengan Golongan Yang Benci LGBT



Jika disebut nama Mislina Mustaffa, pelakon dan juga pengarah ini sememangnya seorang yang mempunyai kelebihan dan bakatnya yang tersendiri. Karya-karya yang pernah dibawanya juga ada yang menimbulkan kontroversi.

Dan terbaru, dia telah mengarahkan serta turut berlakon sama di dalam sebuah pementasan teater berjudul "M.Butterfly" yang turut dibarisi oleh pelakon Benjy.

Karya ini sememangnya karya yang sangat kontroversi dan di Malaysia sendiri ia adalah isu sensitif kerana mempunyai unsur-unsur cinta dan seks sama jenis.

Mislina ketika ditemubual menjelaskan antara tujuan dia memilih "M.Butterfly" sebagai naskhah untuk tontonan umum adalah untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya seseorang itu mempunyai perasaan untuk mengorek ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.

"M.Butterfly adalah satu karya kontroversi, kerana ia ada cinta dan seks sama jenis. Saya dah muak terhadap kebencian orang terhadap LGBT, dan saya yang berpelajaran ada tanggungjawab untuk korek kenapa perkara itu berlaku.

"Saya sedar, jika anda sentiasa korek pengetahuan, takkan ada peluang untuk anda menjadi seorang yang 'judgemental'," tambahnya lagi.

Bagi yang tidak tahu, "M.Butterfly" merupakan sebuah karya yang memaparkan watak utama, Rene Gallimard, seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard kemudiannya jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. inila pnyokong tegar PR dan bang non. PAS xmo ckp pape ke? diammm je psl pmpn nih? diam sb sokong Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender jgk ker? PAS yg mngaku lebih ISLAM daripada org lain skong LGBT? PAS oh PAS harap mampus la pd PRU-13!

    ReplyDelete
  2. Aku pulak muak tengok dia , walau macamana pun aku dia cepat sedarkan diri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers