Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 3 April 2013

Penduduk Lahad Datu Lega Bila "Zabri" Dok Meronda-ronda Di Kawasan Perang???...


Kereta perisai polis Zabri terus melakukan rondaan ke kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu bagi memberi keyakinan terhadap keselamatan kepada penduduk-penduduk kampung yang kini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dari pusat pemindahan sementara.

Tahukah anda mengapa Ferret Scout Car milik PDRM ini diberi nama Zabri?

Perkataan 'Zabri' pada kenderaan perisai tersebut adalah sebagai memperingati jasa dan perjuangan ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid , pakar taktikal dan antara perwira yang paling dikenang dalam sejarah 69 Komando.

Beliau merupakan ketua yang sangat disenangi dan dihormati oleh anak-anak buahnya dan pada masa yang sama digeruni oleh pihak musuh sehinggakan setiap kali operasi yang disertai olehnya, pasti akan ada pengganas komunis yang tewas di tangan beliau.


Allahyarham terbunuh selepas terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis ketika menyeberangi Sungai Kenerong, Perak pada 4 September 1975.

Allahyarham yang mengalami kecederaan parah pada kaki menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan dibawa keluar dari kawasan operasi.

"Teruskan perjuanganmu, hancurkan petualang negara, buru…dan hancurkan mereka, biarpun diriku tiada lagi" adalah amanat terakhir Allahyarham yang menjadi azimat selamanya kepada rakan-rakan seperjuangan beliau.

Jasad Allahyarham ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid kemudiannya dibawa pulang dan disemadikan di kampung halaman beliau di Tapah, Perak.

Sehingga ke hari ini, pemergian Allahyarham begitu memberi kesan di hati rakan-rakan seperjuangan dan setiap kali mereka teringat dan bercerita mengenai beliau, pasti air mata akan jatuh tanpa disedari.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama para syuhada. Al-Fatihah.

* Selain kenderaan perisai PDRM, nama Allahyarham ASP Mohd Zabri turut diabadikan pada sebuah kem latihan PDRM di Tasik Banding, Grik, Perak yang dikenali sebagai Kem Zabri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers