Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 29 July 2013

Apa Ada Dengan @Armand_PJU??? #Armand4Exco @NajibRazak @TengkuAdnanReal @tunfaisal


APA ADA DENGAN ARMAND????

Dah macam filem Indonesia plak "Apa Ada Dengan Cinta". Siapa si Armand nie? Apa jasa mamat nie dengan agenda melayu? Apa sumbangan beliau pada agama? Gua rasa nanti-nanti la gua kupas pasal sumbangan, jasa atau peranan beliau.

Kali pertama gua jumpa dia nie 3 tahun lepas masa Perhimpunan Agung UMNO 2010 kat PWTC. Lepas tu bersambung ke beberapa program Pemuda. Mula-mula jumpa, mula-mula kenal memang ada satu rasa mamat nie muka garang semacam dah macam geng 3 line Pekida. Kalo dia sembang dah macam kat kampung dia. Tapi lama kelamaan gua kenal dia, rupa tak melambangkan perangai.

Banyak pemimpin UMNO yang gua jumpa, banyak pemimpin Pemuda terutama EXCO pemuda yang gua kenal muka depa tapi belum tentu depa kenal gua la. Tak ramai yang ada berperwatakan macam Armand, "humble" merendah diri. Tiap kali berjumpa pasti dengan gua, belum sempat gua nak hulurkan tangan dia dah hulur dulu siap peluk lagi. Cium jer xda haah! Ini bukan Anwar Al-Juburi tau.

Mungkin juga kerana Armand ni asal dari Perak dan gua pun asal dari Perak yang menggunakan dialek loghat bahasa yang sama menyebabkan gua selesa berkomunikasi dengan beliau. Aje nyer yer yop!!! Sebab tu tiap kali lepak ngan dia nie pasti pecah perut dibuatnya dengan lawak loghat Perak beliau.

Itulah Armand yang gua kenali walaupun beliau pegang pelbagai jawatan dalam dan luar Pemuda tapi bila gua dengar beliau "declare" nak bertanding jawatan Exco Pemuda Malaysia, gua rasa beliau seorang calon yang sesuai untuk mengisi 20 tempat Exco yang ada. Elok sangat la jawatan tu diisi oleh spesis macam Armand nie daripada diserahkan kepada ntah sapa-sapa. Cuba korang bagi tau gua, daripada berpuluh Exco Pemuda penggal lepas berapa ramai yang aktif.

Kepada perwakilan dan mereka yang mempunyai kuasa untuk mengundi dalam pemilihan yang akan datang Disember ini, bagi la peluang kepada mereka yang betul-betul berkelayakkan dan mahu berkhidmat bukan kepada mereka yang hanya mengejar jawatan demi kepentingan diri sendiri.

p/s : vote #Armand4exco...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers