Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 23 July 2013

Mesti Tengok!!! Gambar Pembangunan Antara Dua Darjat Terengganu Dan Kelantan!!! #N01KualaBesut



Sempadan jalanraya antara Terengganu dan Kelantan cukup menceritakan kerajaan parti mana yang menjaga kebajikan rakyat.

Lihatlah perbezaan yang begitu ketara pembangunan antara dua buah negeri. Jalanraya sebelah Kuala Besut, Terengganu yang diperintah oleh kerajaan BN begitu baik dengan jalanrayanya dengan turapan dan garis jalur pemisah jalan dan jalur tepi jalan yang mengikut spesifikasi keselamatan jalanraya. Manakala jalanraya dalam kawasan Pasir Putih, Kelantan begitu teruk dengan permukaan jalan yang tidak rata, bertampal-tampal dan berlopak-lopak serta tidak mempunyai garisan pemisah yang sudah tentu mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya.

Ini jelas menunjukkan kerajaan Kelantan pimpinan Pas tidak menitikberatkan kepentingan dan keselamatan rakyat dengan mengabaikan perkara asas kepada rakyat seperti jalanraya. Ini jauh berbeza dengan kerajaan Terengganu yang dipimpin BN yang begitu mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya. Jika penduduk terutama pengundi DUN Kuala Besut memilih calon Pas sebagai wakil rakyat esok maka amatlah dikuatiri beliau akan membiarkan Kuala Besut seperti jiran sebelah daerah seperti Pasir Puteh kerana terlalu sibuk menumpukan perhatian dengan perniagaan beliau di Kelantan. Akhirnya penduduk Kuala Besut juga yang rugi dan tercicir daripembangunan.

Maka, pengundi DUN Kuala Besut mestilah memilih calon BN, Tengku Zaihan kerana yakinlah beliau pasti akan menyambung legasi wakil rakyat sebelum ini. Tambahan pula latarbelakang beliau dari bidang profesional kerana beliau bekas jurutera, sudah tentu beliau tahu apa yang terbaik untuk penduduk Kuala Besut dari segi pembangunan infrastruktur dan kebajikan rakyat.

p/s : pesanan buat pengundi DUN Kuala Besut yang bakal keluar mengundi esok hari agar memilih calon wakil rakyat yang tepat yang kemudian harinya tidak akan disesali seperti kata pepatah "menyesal dulu berpendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers