Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 1 August 2013

Kerusi Ketua Pemuda UMNO??? @KhairyKJ vs Khir Toyo???


Clash of the Titans!!!

Semalam ketika gua menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan penyerahan sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal anjuran Pemuda UMNO yang diadakan di Masjid KLCC, gua ada dengar sembang-sembang dikalangan member-member ahli Pemuda dok sembang sakan pasal pemilihan yang bakal berlangsung bulan Oktober nanti.

Teka-teki calon bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO sudah terjawab dengan pertandingan 6 penjuru. Cuma jawatan peling tinggi iaitu Ketua Pemuda UMNO saja yang masih menjadi teka-teki. Adakah penyandangnya yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan terus mempertahankan kerusi tersebut atau meninggalkannya untuk jawatan yang lebih tinggi seperti jawatan MT mungkin.

Atau beliau mempertahankan jawatan tersebut kerana semua ketua sayap adalah secara automatik dilantik menjadi ahli MT secara lantikan. Ada gua dengar sok sek sok sek kengkawan semalam ada menyatakan bahawa bekas menteri besar Selangor, DS Khir Toyo menunjukkan minat untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda.

Dan jika Khairy masih berminat mempertahankan jawatannya, maka jika benarlah khabar yang di bawa angin ni Khir Toyo juga mengintai nasib mahu bertanding kita pasti melihat pertandingan dua penjuru yang sengit. Jika semasa pemilihan 2009 lepas kita lihat pertarungan 3 penjuru antara KJ, Khir Toyo dan Mukhriz tapi kali ini kita mungkin lihat pertandingan satu lawan satu.

Apa pun sehingga kini KhairyKJ masih membisu 1001 bahasa dan tidak menyatakan sama ada beliau mahu mempertahankan jawatannya atau mahu bertanding jawatan yang lebih tinggi seperti jawatan MT atau Naib Presiden. Mungkin kali ini KJ lebih berhati-hati mencongak percaturan agar beliau tidak kecundang pulak selepas pemilihan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. ckp jelah.nungkin dh diberitahu.mungkin perlu di ulang semula

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers