Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 15 September 2013

Inti Pati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera!!!


SHAH ALAM – Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi MARA hari ini.

 MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

* Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran
* Mempergiatkan program latihan semula (reskilling)
* Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil
* Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan
* Memperluaskan  Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)
MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT
* Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham
* Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS)
MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA
* Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia
* Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawasan Nasional Bhd (Punb) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
* Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri
* Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah
* Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera
MEMPERHEBATKAN KEUSAHAWAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA
* Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB
* Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta
* Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta
* Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor (VDP)
* Memastikan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank
* Melonjakkan program VDP di bawah Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM)
* Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan bumiputera sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
* Program VDP Petronas RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk bumiputera
* GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) menerajui usaha mewujudkan konsortium syarikat bumiputera dalam sektor rangkaian pembekalan
* Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan kerajaan secara terpilih
* Memperluaskan dasar 'carve-out' untuk projek-projek besar di bawah kementerian, GLC dan GLIC. (Dasar 'carve-out' berjaya dilakukan dalam projek MRT dimana sebanyak 47 peratus atau RM9 bilion dianugerahkan kepada syarikat bumiputera terpilih secara meritokrasi)
* Membina satu komuniti baru 'entrepreneur' bumiputera
* Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)
MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
* Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstruktif
* Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian
* Meningkatkan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada 250,000 menjelang 2020
* Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM
* Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion
* Membestarikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
* Meletakkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SUPERB di bawah TERAJU

* Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. – BERNAMA 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers