Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 16 January 2014

Dongeng Moden : Kura-Kura Tewaskan Arnab Dalam Pertandingan Ski???


Seekor kura-kura dilaporkan berjaya menewaskan arnab dalam pertandingan ski yang dianjurkan untuk haiwan peliharaan di utara China.

Pelbagai jenis haiwan seperti kucing, anjing, ayam jantan dan itik saling bersaing ke garisan penamat di cerun bersalji di Hunan, lapor akhbar China News Service.

Seramai 40 pemilik haiwan dibenar meletakkan haiwan peliharaan mereka di atas peralatan ski atau luncuran salji.

Dalam keputusan yang tidak dijangka menyerupai kisah dongeng Greek, seekor kura-kura mengalahkan arnab dengan haiwan reptilia itu mendapat tempat ketiga secara keseluruhan.

Akhbar melaporkan arnab tewas kerana ia suka melompat dan tidak mematuhi arahan pemiliknya.

"Keadaan itu membolehkan arnab dipintas kura-kura," lapornya.

Kura-kura yang biasanya dijangka berhibernasi ketika musim sejuk dilihat bergerak di atas peralatan ski pemiliknya.

Akhbar itu turut menyiarkan gambar seekor itik kuning memakai tali leher merah yang diberi sijil penghargaan kerana berjaya menamatkan perlumbaan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers