Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 13 February 2014

Puaka Niring : Misteri Terowong JDT Bakal Terungkai...

FAM



Kelana Jaya – Misteri insiden pergaduhan dalam terowong antara tiga kes membabitkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang akan dibawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Jawatankuasa Tatatertib dalam masa terdekat ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa surat pertuduhan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan sama ada pertuduhan itu membabitkan pegawai atasan pasukan dari selatan tanah air itu.

“Kita hampir nak menyelesaikan (kes) ini di peringkat akhir, saya minta semua pihak bersabar. Kita akan mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat ini. Kategori pertuduhan ada banyak jadi bila sampai masanya saya akan umumkan.

“Selain daripada insiden (terowong) di Stadium Larkin, kami juga akan membuat pertuduhan perlawanan antara Johor DT dengan Perak yang mana insiden kereta pengurus Perak dipecahkan.

“Kami juga akan membawa kes kejadian (pergaduhan penyokong) di parkir (Stadium Darul Makmur) selepas perlawanan antara Pahang dengan Johor DT,” katanya kepada pemberita pada sidang media, semalam. – myMetro Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers