Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 16 April 2014

Malaysia Dah Tak Beli Beras Dari Negara Luar??? @IsmailSabri60 #DSIS


Benarkah Malaysia mampu menampung permintaan beras dalam negara hanya dengan tanaman sendiri? Mampukah kita menampung jumlah permintaan yang semakin meningkat berikutan penambahan jumlah penduduk Malaysia?

Kita dengar apa kata menteri yang berkaitan,
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan optimis sasaran untuk meningkatkan pengeluaran beras negara mampu dicapai dengan pelaksanaan beberapa program penanaman padi.
Pada masa ini sebanyak 30 peratus keperluan beras negara masih ditampung menerusi import, dan Vietnam merupakan negara pengeksport beras terbesar ke Malaysia, iaitu sebanyak 658,120 tan metrik beras dengan nilai RM812 juta pada tahun lepas, katanya.
Beliau berkata demikian kepada kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat selepas menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam bidang pertanian dan industri asas tani dengan rakan sejawatnya, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam, Cao Duc Phat.
Majlis menandatangani itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam selama tiga hari sejak Khamis, serta Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung.
Memorandum itu membabitkan kerjasama secara menyeluruh dalam bidang pertanian merangkumi sektor perikanan dan penternakan selain pertukaran teknologi dan teknik pertanian serta pembangunan sumber manusia antara Malaysia dan Vietnam.
Ismail Sabri berkata Malaysia berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran beras negara bagi menghapuskan kebergantungan negara kepada import menjelang tahun 2020.
"Walaupun kita ke arah sara diri (mengeluarkan beras untuk kegunaan sendiri sepenuhnya) tetapi dari segi import beras tidak menunjukkan pengurangan, misalnya pada 2012 jumlah import beras kita adalah 983,000 metrik tan tetapi pada 2013 meningkat kepada 1.1 juta metrik tan.
"Ini satu trend yang tidak memberangsangkan kerana sepatutnya jika kita ke arah sara diri kita mesti ada penurunan setiap tahun dari segi import beras ini," katanya .
Beliau berkata walau bagaimanapun dengan pelaksanaan program berkaitan penanaman padi, selain menggalakkan petani menjalankan penanaman secara efisen diharapkan dapat mengurangkan pengimportan beras dari luar negara.
Katanya, selain itu kementerian itu telah memperkenalkan benih padi yang lebih bermutu tinggi untuk diusahakan petani, serta mencari kaedah mengurangkan kerugian petani selepas penuaian.
Kadang-kadang kerjasama bukan hanya import eksport, tetapi ia juga dari segi kajian dan teknologi asas tani. Mungkin Vietnam ada baja atau cara untuk mempercepatkan penanaman padi dan kuantiti dari jumlah padi tu juga menjadi lebih banyak.
Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk membantu petani dan pesawah menjadi lebih maju supaya pengeluaran sentiasa bertambah. Bila pengeluaran bertambah, sudah tentu ekonomi kendiri pesawah juga meningkat. Dengan penyelarasan harga beras diseluruh negara rm1200 setan ia banyak membantu pesawah dari dibuli orang tengah.
Sumber : KedahKeKL

Hanoi, 6 April – Lawatan rasmi sulung YAB Perdana Menteri DS Najib ke Vietnam telah melakar satu persetujuan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian. Ini adalah untuk meluaskan industri pertanian dan kerjasama bagi mengembangkan pasaran ke peringkat global. Pertukaran memorandom persefahaman telah di wakili oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, DS Ismail Sabri untuk Malaysia. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa DS Mustapha Mohamed dan Dato Anifah Aman selaku duta Malaysia ke Vietnam.

Lawatan rasmi sulung tiga hari itu juga turut melakar kedua dua negara bersetuju untuk mengembangkan pelaburan dan perdagangan serta menyasarkan nilai dagangan sebanyak US$11 bilion menjelang 2015, berbanding nilai semasa iaitu sekitar US$9 bilion.

Dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya semalam, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Vietnam di atas bantuan yang dihulurkan negara itu dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370. Vietnam juga menyokong pencalonan Malaysia bagi kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi penggal 2015-2016.

Sumber : GerbangPost

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers