Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 19 July 2014

Apa Yang Merapu Memfitnah Rosmah Hubungi Putin Ni!!! @NajibRazak


Entah apalah motif Malaysiakini menyiarkan artikel yang CUKUP MERAPU dan memfitnah Datin Seri Rosmah Masor ni.

Dalam artikel terbaru mereka, Malaysiakini mendakwa Rosmah telah berpesan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin supaya menghubungi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tragedi MH17.

Menurut Malaysiakini, laporan ringkas melalui portal Sin Chew Daily menyebut bahawa Rosmah menyampaikan pesanan itu menerusi seseorang yang rapat dengan Putin.

Laporan itu turut menyebut Rosmah berharap Putin akan menelefon Najib untuk menjelaskan isu berkenaan bagi menenangkan rakyat Malaysia yang berang dengan insiden itu.

Bagaimanapun, laporan Sin Chew itu tidak menyebut tempat kenyataan Rosmah itu dibuat.

Ternyata, baik Malaysiakini, baik Sin Chew, mereka telah melakukan satu PEMBOHONGAN BESAR dalam usaha mereka untuk menarik pembaca.

Perkara ini adalah berkaitan dengan hubungan negara-kepada-negara, justeru bukanlah tugas Rosmah untuk berbuat demikian kerana kapasiti Najib sebagai ketua negara saja sudah cukup bagi membolehkannya menghubungi mana-mana Perdana Menteri atau Presiden secara terus, tanpa melalui orang tengah, apatah lagi menggunakan isteri sendiri.

Seperti yang kita tahu, Najib cukup dikenali ramai pemimpin dunia kerana ketokohannya dan hubungan baik beliau dengan ramai pemimpin serta tokoh politik antarabangsa.

Jadi berita-berita sebegini sebenarnya lebih untuk memperlihatkan yang Rosmah lebih berkuasa sedangkan hakikatnya ia tidak seperti mana yang mereka gambarkan!

Ternyata berita ini merupakan satu lawak bodoh yang menjengkelkan.

Nampak seperti satu usaha terdesak Malaysiakini dan ‘sekutunya’ untuk meyerang Najib dengan pelbagai cara, walaupun ia sesuatu yang tidak logik dan tak pernah terduga oleh kita.

Nak menipu tu gak-agaklah... kalo dah memang kaki kencing tu memang hancing ler...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers