Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 4 August 2014

Datuk Norza Jadi Bendahari Jer Bukan Jurulatih #FAM Pun!!!







Sejak perlantikan Datuk Norza sebagai Bendahari FAM yang baru kecoh kat twitter kononnya beliau tak layak menyandang jawatan tersebut sambil mempertikaikan pengalaman beliau yang agak cetek dalam dunia sukan. Bahkan ramai yang mengkritik apa la sangat "background" beliau dalam bidang persukanan hingga melayakkan beliau boleh diberikan jawatan Bendahari FAM.

Yang hairannya, individu yang dok kritik ngan dok komen tu paham ka perbezaan antara pengurusan ngan kejurulatihan. Nak jadi jurulatih kena la yang pernah jadi ahli sukan baru la dia tau nak latih orang sukan. Sudah tentu orang yang nak menguruskan sesuatu badan mesti ada pengalaman pengurusan dan jawatan Bendahari layak disandang Datuk Norza dengan kelayakan bidang kewangan yang beliau ada sebagai akauntan bertauliah.

Dengan kelayakan beliau sebagai akauntan sudah tentu panel penilai memikirkan bahawa beliau boleh menjaga kewangan FAM sebagai Bendahari disamping boleh mencari penaja untuk menambah pendapatan persatuan. Seperti maksud perkataan "adil" adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya maka FAM telah melakukan sesuatu yang "ADIL" apabila melantik Datuk Norza sebagai Bendahari FAM.

Kat bawah ni dikongsikan skit latarbelakang pengalaman yang dimiliki Datuk Norza buat tatapan mereka-mereka yang dok mengkritik kenapa FAM memilih beliau sebagai Bendahari FAM :

"Sebagai seorang akauntan bertauliah, Dato' Norza memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co., dan telah memegang jawatan di peringkat pengurusan, eksekutif dan pengurusan atasan di Bank Negara Malaysia, Petronas, SPK Sentosa, Mun Loong Berhad dan Gabungan Strategik Sdn Bhd.
Dato' Norza juga merupakan ahli lembaga pengarah kepada beberapa syarikat awam di Malaysia yang berprofil tinggi serta merupakan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Citaglobal Sdn Bhd yang ditubuhkannya pada tahun 2008 yang mempunyai pegangan dalam pelbagai aktiviti perniagaan antaranya bidang kejuruteraan, hospitaliti, pengangkutan dan media teknologi.
Kini, beliau menganggotai Lembaga Pengarah Bintulu Port Holdings Berhad, [4]TH Heavy Engineering Berhad, Pelikan International Corporation Berhad, Bintulu Port Sdn Bhd, THHE Fabricators Sdn Bhd, Berlian McDermott Sdn Bhd dan Samalaju Industrial Port Sdn Bhd. [5]Beliau juga pernah memegang jawatan yang sama dalam Lembaga Urusan Tabung Haji, Institut Terjemahan Negara Malaysia (sekarang Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) dan PT XL Axiata Tbk (yang dahulunya dikenali sebagai PT Excelcomindo Pratama Tbk)."

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network




2 comments:

  1. bintulu port holding byk citer kes rasuah. pernah norza di bicarakan di temerloh kes rasuah. citaglobal, berlian mcdermott THHE.. itu syarikat apa tu? auditor dan financial controller dan finance manager adalah berbeda.
    nama nya dlm politik hancuss, nama nya dlm bisness sgt mencurigkan dan jawatan nya dlm FAM sbg bendahari di benci peminat setia harimau malaya. hello? buta lagi kah FAM?

    ReplyDelete
  2. SETAKAT JADI KOMENTATOR/PENGUSAL SUKAN KAT ASTRO TAK PAYAH LAH NAK TUNJUK BAGUS....

    BRO CERMIN DIRI DULU .......LU SAMA JUGA DENGAN SEORANG LAGI PENGULAS SUKAN ASTRO YANG TUNJUK MACAM BAGUS JE....... BAKAT TAK KEMANA........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers