Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label CCAM. Show all posts
Showing posts with label CCAM. Show all posts

Wednesday, 26 February 2014

Kenapa Peniaga Melayu Sukar Maju Berbanding Kaum Lain??? #JihadEkonomi


NAH BACA.. Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....

Kisah 1:

Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan. Bagi duit mesti tak nak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina ,"Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar ….

Kepada peniaga-peniaga melayu di luar sana yang masih tak sedar diri.

Hentikanlah mengalibabakan perniagaan kamu kepada BUKAN BUMIPUTERA!. Toksah berniaga kalau perniagaan kamu cuma bermatlamat nak untung segera!.


Berikut adalah laman-laman web yang cenderung ke arah anti Islam. Kepada korang semua elakkan laman-laman web ini. Semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t dari dugaan dan godaan syaitan serta musuh-musuh Islam!.

Sumber : Islamunity.org

1. http://www.islamreview.com/
2. http://www.faithfreedom.org/
3 http://www.answering-islam.org/
(4) http:// www. muslimhope .com/
(5) http:// www. islameyat. com/
(6) http:// www. islamreview. com
(7) http:// www. muhammadanism. com/
(8) http:// thespiritofislam. com/index. html
(9) http:// www. abrahamic-faith. com/
(10) http:// www. gnfcw. com/
(11) http:// www. knowislam. info/drupal/mno
(12) http:// www. homa. org/
(13) http:// www. thequran. com
(14) http:// www. Allahassurance. com
(15) http:// www. mosque. com
(16) http:// www. newislam. org/
(17) http:// www. islam-exposed. org/
(18) http:// answering-islam. org. uk/
(19) http:// www. answeringinfidels. com
(20) http:// www. islamundressed. com/
(21) http:// www. studytoanswer. net/myths_ch1. html
(22) http:// www. challenging-islam. org/submissions/shariah. htm
(23) www. answering-islam. org
(24) http:// www. Islamundressed. com
(25) http:// www. exmuslim. com/
(26) http:// www. answeringinfidels. com
(27) http:// www. gnfcw. com/
(28) http:// www. dhimmi. com/
(29) http:// www. chick. com/information/religions/islam/
(30) http:// www. acage. org/
(31) http:// www. apostatesofislam. com/
(32) http:// www. secularislam. org/
(33) http:// www. muslim-refusenik. com/
(34) http:// www. icapi. org/
(35) http:// www. hesetsfree. org/
(36) http:// www. letusreason. org/Islamdir. htm
(37) http:// www. kafirnation. com/
(38) http:// www. jihadwatch. org
(39) http:// www. anti-cair-net. org/
(40) http:// apostatesofislam. com/

Jihad ekonomi!!!.

#BUYMALAYFIRST!

sahabat2 semuslim sekalian... wlp kita berlainan ideologi politik sama ada saudara penyokong kerajaan atau pembangkang... marilah kita ramai2 LIKE page Kuasa Pembeli & Pengguna Melayu Islam - KPPMi dan add friend... semoga Allah sahajalah yang akan memberi pahala di atas jasa baik anda sebagai muslim... jazakallahu khairan kathira...





Sunday, 16 February 2014

Umat Islam Malaysia WAJIB Bantu Ekonomi Peniaga Melayu!!! #JihadEkonomi


"ORANG Melayu masih lemah dari sudut ekonomi. Orang Melayu masih jauh ketinggalan." Ini adalah ungkapan yang sering kita dengar. Barangkali ungkapan ini sudah sampai ke tahap menjemukan.

Kita tidak boleh menafikan bahawa masalah penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu yang lemah adalah kerana mereka lebih cenderung makan gaji daripada berniaga. Tidak ada lain untuk menguasai ekonomi selain membabitkan diri dalam keusahawanan. Walaupun sebahagian besar orang Melayu menguasai Kabinet dalam kerajaan dan jawatan dalam sektor awam, ia bukan dikira penguasaan dalam ekonomi.

Mungkin kerana persekitaran budaya dan sosial orang Melayu, keusahawanan masih dilihat sebagai sesuatu yang asing. Masyarakat Cina sangat memandang tinggi mereka yang berniaga. Orang berniaga dianggap lebih matang daripada yang makan gaji. Kerja makan gaji dianggap sebagai sesuatu yang dilakukan untuk mendapat pengalaman sementara menunggu masa sesuai memulakan perniagaan.



Berlainan dengan situasi masyarakat Melayu menganggap berniaga sebagai sesuatu yang dilakukan untuk menyara hidup sementara mendapat kerja makan gaji. Sudah pastilah matlamat terakhir adalah untuk bekerja dengan kerajaan. Oleh itu, kita biasa melihat jika ada mahasiswa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan selepas tamat pengajian, orang akan kata 'Tak apa, berniagalah dulu sementara belum dapat kerja.'

Pernahkah kita tertanya bagaimana orang Cina yang sebahagian besarnya datang ke Tanah Melayu sebelum Merdeka boleh berjaya menjadi usahawan kaya raya dan menguasai dunia perniagaan di negara ini sedangkan mereka datang sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang harta?

Apakah ada keajaiban membuatkan mereka berjaya? Mereka juga ada dua kaki dan dua tangan seperti kita. Pada hal, al-Quran mengajar kita bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri. Kita tidak boleh menafikan bahawa mereka berjaya kerana mereka bekerja keras dan sanggup mengambil risiko membabitkan diri dalam dunia perniagaan.

Senarai peniaga-peniaga Melayu Islam dan produk keluaran mereka boleh diperolehi melalui laman Facebook - Kuasa Pembeli Pengguna Melayu Islam



JOM LAYAN VIDEO NIE DULU

Sunday, 18 November 2012

#1MOCC : Satu Penyelesaian Atau Mengundang Kebencian Rakyat Kepada Kerajaan????... @NajibRazak @AliHamsa55


Pusat Panggilan 1Malaysia atau nama lainnya 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) telah dilancarkan oleh PM, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan mendapat liputan meluas media perdana. 1MOCC ini dilancarkan dengan bertujuan untuk mempusatkan panggilan orang ramai kepada satu pusat panggilan sahaja yang ingin berurusan dengan hampir 38 agensi kerajaan yang terlibat di bawah 1MOCC ini.

1MOCC ini boleh dihubungi melalui talian 03-80008000 dan beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun. Ini bermakna orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan ini setiap masa. Selain itu 1MOCC ini juga boleh diakses menggunakan saluran  fax 03-80008001 (fax), email 80008000@1mocc.gov.my, website : www.malaysia.gov.my, dan Facebook : facebook.com/myGovernment atau Twitter (twitter.com/myGovPortal).

Cuma yang menjadi persoalan sekarang adalah dua isu utama. 

Pertama, kenapa talian 1MOCC menggunakan no talian biasa 03-XXXXXXXX yang sudah pasti operatornya adalah TM sebagai rakan strategik kepada sistem baru ini. Kenapa 1MOCC tidak menggunakan saja talian bebas tol 1-800 XXXXX yang sudah pasti tidak mengenakan cas bayaran panggilan seperti mana yang digunakan oleh banyak syarikat swasta lain berbanding dengan menggunakan perkhidmatan talian biasa 03-XXXXXXXX. Jika benar 1MOCC ingin membantu memudahkan pihak orang ramai berurusan dengan agensi kerajaan berkaitan, adalah lebih baik pihak 1MOCC memberi perkhidmatan secara percuma seperti lazimnya peranan agensi kerajaan. Sudah pasti orang ramai yang membuat panggilan dari luar Lembah Kelang yang menghubungi talian ini akan dikenakan kadar cas yang berbeza mengikut zon dan kesan yang lebih ketara jika panggilan ini dibuat menggunakan telefon bimbit.

Rasanya pembaca sendiri boleh membuat perkiraan berapa bayaran yang dikenakan oleh pihak pengendali operator talian telefon bimbit atau talian tetap di rumah jika kita menghubungi talian 1MOCC  ini selama 10 minit sekurang-kurangnya. Walaupun ada yang akan berkata ; "berapa sen sangat la kena cas..." tapi hakikatnya bagi yang berkemampuan itu benda kecil sahaja tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan pasti ini membebankan. Itu jika sepuluh minit, kalo setengah jam pula bagi penjelasan yang panjang. "Lu pikir la sendiri..."

Kedua, adakah dengan menghubungi 1MOCC mampu untuk menyelesaikan masalah dengan kadar segera atau "On The Spot". Talian 1MOCC  boleh dihubungi setiap masa yang beroperasi 24 jam tetapi dengan hanya 36 pegawai khidmat pelanggan yang akan mengendalikan talian ini dalam satu-satu masa. Bagaimana jika terdapat 50 atau 100 panggilan masuk secara serentak dari seluruh pelusuk negara. Dapatkah sistem 1MOCC ini mengendalikannya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers