Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Teater. Show all posts
Showing posts with label Teater. Show all posts

Sunday, 11 December 2011

Adakah Teater 1Plastik Hitam Hanya Layak Di Stor DBP???


Malam ini malam terakhir, Kulaan berkesempatan menonton "Teater 1Plastik Hitam" yang dipentaskan di Stor DBP yang telah bermula pementasaannya pada 7hb-11hb Disember 2011.

Teater ini adalah hasil tangan penulis skrip muda, Syahrul Fithri Musa yang kemudian diadun oleh lima orang penggiat teater alternatif berbakat besar menjadikannya satu pementasan yang sangat baik.

SINOPSIS

Apa yang tersembunyi di dalam 1 plastik hitam? Sehingga ia menimbulkan segala kekecohan dan menjadi pertikaian kepada semua orang. Mungkinkah benar ia adalah sebuah bom yang dikhuatiri akan meletop? Atau mungkin juga sesuatu yang sangat berharga.

Wednesday, 2 November 2011

Teater : "Teater Juta-juta ke Putrajaya"



Semalam bertempat di Stor Teater DBP telah berlangsung "Press Conferrence'' teater alternatif genre satira bertajuk "Teater Juta-juta ke Putrajaya" yang akan dipentaskan di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3, Putrajaya bermula 10 hingga 13 November 2011 nanti.

Teater ini yang mula dipentaskan dengan skala kecil di Stor Teater DBP dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) pada 21 hingga 26 September 2011 yang lepas telah menarik minat Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) untuk membawa teater ini ke Putrajaya.

pengenalan para pelakon oleh pengarah teater
sidang media sedang berlangsung dengan Q&A oleh wakil media

Kenapa 'ke Putrajaya'? Selaras dengan hasrat dan impian PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Putrajaya sebagai "Bandar Mesra Belia" maka dengan inisiatif MBKPj dan kerjasaman mantap Perbadanan Putajaya dan Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya, hasrat anak muda yang memperjuangkan seni pementasan teater ini yang juga merupakan graduan Aswara akhirnya tercapai jua.

Kulaan melihat sekali pun dihambat kekangan bajet dan kemudahan tidak sehebat pementasan di Istana Budaya atau Keraton Seni dalam teater ini, teater hasil cetusan idea dan aspirasi golongan muda dan belia ini lebih baik dan malah tak salah kalau Kulaan mengatakan ia lebih menarik daripada pementasan kelas atasan yang Kulaan pernah saksikan.

sneak preview "Teater Juta-juta Ke Putrajaya"

sneak preview "Teater Juta-juta Ke Putrajaya"

sneak preview "Teater Juta-juta Ke Putrajaya"

sneak preview "Teater Juta-juta Ke Putrajaya"

Dengan tiket serendah RM20 sahaja peminat teater berbaloi meluangkan masa 1 jam 15 minit dan wang menonton sebuah karya yang lain dari yang lain berbanding dengan harga yang perlu dibayar untuk menonton di Keraton Seni yang hanya gah pada nama sahaja tetapi hakikatnya seni teater semakin terpinggir di sana yang mutakhir ini dilimpahi dan ditenggelami oleh hiburan seni suara sahaja.
barisan pelakon, tenaga kerja dan
wakil Majlis Belia Kawasan Putrajaya

mereka ini yang akan menggalas tanggungjawab
menjayakan "Teater Juta-juta ke Putrajaya"

hadapan sekali, berkacamata seperti superman adalah
penulis skrip dan pengarah teater

dibelakang  : 3 orang pelakon mantap teater ini
untuk cerita penuh berkenaan tater ini boleh la "klik kat sini"

Kulaan : sekalipun Kulaan meminati muzik "rock kapak" tapi sekali sekala layan teater nie memang best... Bukan sekadar cetusan kreativiti, semangat juang, cabaran realiti kehidupan, ia juga lucu tetapi tajam menikam, ia jujur dan asli, ia ada segalanya...

Tuesday, 25 October 2011

Teater Juta-juta Putrajaya : Dijemput Kepada Penggemar Teater...



[Nota: Teater Juta-Juta Di Putrajaya?!!! Yup, ya, insya-Allah. Kenapa saya menyokong mereka? Kerana mereka anak muda berbakat; kerana mereka mempunyai semangat yang tinggi, setinggi angkasa; kerana mereka mempunyai produk yang bagus; kerana ia sebuah karya yang asli dan jujur. Klise pula bunyinya... Benar, ia bukan suatu karya besar. Ia tidak dibintangi selebriti ternama. Ia sekadar cetusan kreativiti dan semangat juang anak muda tentang realiti semasa dan cabaran yang dihadapi mereka. Ia lucu, tetapi tajam menikam. Ia ada segalanya. Ia kontemporari, tetapi ada bangsawan dan ada muzikal. Ia teater dalam teater. Ush, pelik bunyinya... Memang pelik kerana ia bukan tentang siapa yang penting, tetapi lebih mengenai siapa yang tidak penting di dalam sejarah dan berita. Jelasnya bakat dan karya ini bukan sekadar untuk disorok di dalam Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebaliknya ia mesti menjadi karya PERTAMA yang dipentaskan di PUTRAJAYA. Kenapa? Kerana ia BUKAN karya daripada dan untuk MEREKA di puncak sana, tetapi ia karya daripada ORANG MUDA untuk ORANG MUDA seperti anda dan yang perasan muda seperti saya!]

Like fb page Teater Juta-Juta Di Putrajaya http://www.facebook.com/TeaterJutaJuta?sk=wall
Ikuti #TeaterJutaJutaPUTRAJAYA di twitter


FASYALI FADZY (kiri) bersama Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Ridzuan (duduk).


BIAR tidak ada tempat untuk mementaskan karya seni mereka, itu bukan penghalang kepada kelompok empat anak muda ini untuk terus berkarya. Bagi mereka, asal masih ada lagi khalayak untuk melihat hasil kerja mereka, itu sudah cukup baik.

Tidak pernah mengharapkan pulangan wang berjuta-juta ringgit bila mementaskan teater, mereka tahu tidak semua kelompok masyarakat akan menerimanya.

Wang bukan masalah yang besar asalkan niat untuk memperjuangkan karya seni menjadi kenyataan sudah cukup memuaskan hati masing-masing.

Lantas, peluang yang ada untuk mempersembahkan karya mereka akan dizahirkan melalui teater Juta-Juta yang akan dipersembahkan bermula 21 hingga 25 September ini di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur.

Menariknya, pementasan teater Juta-Juta ini hanya menggunakan tiga orang pelakon yang akan bertukar-tukar watak sepanjang pementasan berlangsung. 12 watak yang akan dipertaruhkan oleh mereka yang mengisahkan tentang penggiat teater tanah air.

Mereka yang terlibat termasuklah Aloy Paradoks, Fazleena Hishamuddin dan Anas Ridzuan yang bakal menentukan hala tuju teater ini.

Melihatkan sinopsis asal teater Juta-Juta ini, ia mengisahkan perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan sebuah teater di panggung Keraton Seni.

Pelbagai perjalanan sukar yang dilalui oleh mereka untuk menarik minat dan sokongan ramai, tapi semua itu tidak semudah yang disangka.

Sedang mereka membuat pembentangan di hadapan Pengarah Keraton Seni, bakal penaja dan pengkritik teater. Lantas kenangan lalu sewaktu mula-mula terlibat dalam bidang ini menggamit memori ketiga-tiga mereka.

Insiden pertikaman lidah, salah menyalah dan bermacam-macam hal lain berlaku sehinggakan memperlihatkan masalah-masalah yang berlaku.

Lantas apa yang bermain di fikiran, apakah benar masalah-masalah yang dipaparkan ini benar-benar terjadi dalam industri teater tanah air kita? Apakah benar untuk hidup sebagai anak panggung itu tidak semudah mana dan memerlukan kesabaran yang cukup tinggi?

Berbicara dengan pengarah teater Juta-Juta baru-baru ini, Fashaly Fadzly tidak menafikan hal tersebut tetapi dalam masa yang sama tidak juga mahu menuduh itu dan ini pada orang-orang dalam industri yang sama-sama menjual bakat yang ada dalam diri masing-masing.

“Kalau nak cakap soal masalah memang sampai bila pun tak habis. Saya hasilkan karya ini bukan kerana nak menyindir mana-mana pihak tetapi anggaplah ia sebagai teater sinikal yang mengisahkan tentang perjalanan seni sekumpulan anak muda sahaja.

“Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau telah mati. Saya buat karya Juta-Juta ini lebih berunsurkan jenaka tetapi bukan lawak sitkom untuk menarik lebih ramai peminat nanti.

“Kalau nak berjaya kita kena berani. Berani bereksperimen dengan watak-watak yang ada, cari di mana kelebihan yang ada untuk dipertontonkan tetapi dalam masa yang sama masih menjaga kualiti karya itu sendiri.

“Saya lebih suka cabar diri untuk tunjuk yang kami juga boleh. Tapi masalahnya apabila untuk menarik orang ramai datang ke panggung. Harus diingat teater bukan untuk orang seni sahaja tetapi untuk semua,” jelas Fasyali lagi.

Nama Fasyali bukan satu nama yang asing dalam industri teater tanah air. Bakat yang ada pada anak muda ini cukup dikagumi bagi golongan muda memandangkan dia sudah berpengalaman mengarahkan beberapa buah teater termasuklah Kotak Hitam, Berani Mati dan Oedipus.

Hampir tujuh tahun bergelumang dalam industri teater tempatan bukan satu tempoh yang panjang jika mahu dibandingkan dengan penggiat yang sudah berusia yang lain.

Namun di sebalik semua itu, dia sudah banyak bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia dan sudah cukup masak dengan perangai segelintir penggiat teater yang cukup ramai itu.

“Pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus teater semakin banyak. Tapi ke mana mereka akhirnya? Itu masalah yang paling besar yang saya lihat.

“Usah tanya apa yang jadi pada mereka selepas habis belajar tetapi tanya adakah mereka mencari peluang sendiri untuk terus menabur bakti dalam industri teater tempatan? Atau ramai yang hanya menunggu peluang sahaja.

“Masalah-masalah ini yang sering berlaku di awal permulaan mereka. Orang teater kena cinta pada bidang ini. Masyarakat kena tonton apa yang dihidangkan. Kalau ini berlaku tidak mustahil dapat menaikkan semula industri ini.

“Berbalik pada teater Juta-Juta ini saya cukup masyarakat akan datang menonton karya ini. Kalau tidak melihat ia sebagai naskah yang besar sekalipun saya akan pastikan yang mereka akan pulang dengan kepuasan,” kata Fasyali tersenyum.

Bagi yang berminat untuk menyaksikan teater ini boleh melayari Facebook/TeaterJutaJuta atau hubungi 012-2789352 untuk maklumat lanjut. Tiket-tiket dijual dengan harga RM20.

Kulaan : sekali-sekala layan teater best gak daripada layan movie kat wayang... cuba ler try tengok... dijamin puas hati sekalipun tidak dipentaskan di Istana Budaya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers