Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Kesian Kat Ustaz Azhar Idrus Dieksploitasi Selepas Dijanjikan RM30,000 Berlakon Filem???



Seperti yang diuar-uarkan filem terbaru terbitan MIG Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bakal menampilkan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Pastinya ramai peminat tegar beliau ternanti-nantikan filem ini adalah lakonan Ustaz Azhar yang pertama walaupun dikhabarkan hanya muncul sebagai cameo.

Kelibat penceramah bebas berstatus 'selebriti' dalam filem tersebut sudah pasti bakal menenggelamkan teraju utama filem ini iaitu Ajak dan Sharol dari kumpulan Shiro Raja Lawak.

Khabarnya Ustaz Azhar bersedia untuk turut berlakon di dalam filem arahan Pierre Andre ini selepas beliau ditawarkan dengan sebanyak RM30 ribu.

Benarkah dek kerana populariti hebat yang ada pada Ustaz Azhar Idrus selaku penceramah bebas sebelum ini membuatkan pihak penerbit sanggup menawarkan bayaran sejumlah itu hanya untuk kemunculan beberapa minit beliau?

Sejak tertirisnya trailer filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang dilaman Youtube baru baru ini pelbagai reaksi diberikan peminat, baik yang positif mahupun negatif.

Tidak kurang juga yang menganggap kemunculan Ustaz Azhar tidak lebih kepada mahu mengeksploitasi populariti yang sedia ada pada dirinya untuk mengaut keuntungan yang maksima disaat sambutan filem melayu semakin layu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 19 August 2013

Gempar!!! Ustaz Azhar Idrus Memandu Secara Merbahaya Sampai Eksiden???


Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara hari tu, banyak pihak menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz popular itu.

Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Malah, ramai pengikutnya di laman Facebook menyatakan Ustaz Azhar sememangnya seorang kaki pecut dan ada yang pernah melihat kereta kepunyaan Ustaz Azhar memecut lebih 200kmj di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Berikutan kemalangan itu, banyak pihak mahu Ustaz Azhar dikenakan hukuman yang setimpal dengan tabiatnya yang gemar memecut laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Buat UAI, lain kali berhati-hatilah di jalan raya, tak salah nak memecut, tapi tengoklah kesesuaian serta jangan sesekali melanggar lampu merah seperti yang dilakukannya sehingga mengakibatkan kemalangan yang tidak melibatkan sebarangan kemalangan jiwa itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 17 August 2013

[Gambar] Kereta VolksWagon Golf Ustaz Azhar Idrus Bersepai Terlampau Laju Sangat???


Kami mendapat maklumat daripada salah seorang followers Oh! Media mengenai satu kemalangan yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus dan isteri.

UAI yang bersama isteri barunya dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu kuliyah tertutup (kerana tidak ada di dalam jadual).

Kemalangan awal pagi tadi yang berlaku di Pengadang Baru, Terengganu yang melibatkan kereta Volkswagen Gti Golf milik penceramah bebas terkenal Ustaz Azhar idrus dan juga sebuah Proton Saga.

Kami diberitahu Ustaz Azhar Idrus hanya luka-luka dan pemandu Proton Saga hanya cedera ringan.

Bagaimanapun isteri Ustaz Azhar Idrus tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk anda semua, berhati-hatilah di jalanraya, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Apapun petang ini Ustaz Azhar Idrus tetap akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan kuliyah seperti biasa. (Ohartis.com)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 13 June 2013

Biar Betul??? Gadis Fitnah Azhar Idrus Ajak Dia Berzina???



Asalnya penulis tidak berminat untuk mengulas mengenai dakwaan seorang gadis bernama Maryam Mazlieynna Mazlee  bahawa penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengajaknya check in ke hotel.

Semalam, hanya satu blog yang penulis jumpa menulis mengenai perkara itu.

Namun, hari ini penulis jumpa blog lain dan link di Facebook ke blog berkenaan yang meletakan print screen mengenai dakwaan gadis itu.

Jadi sekarang isu ni memperlihatkan ia semakin berkembang dan mendapat perhatian.

Secara peribadi, penulis tidak percaya UAI berbuat demikian kerana tidak ada bukti selain dakwaan remaja berkenaan.

Ramai aje budak-budak zaman sekarang yang boleh gebang apa sahaja demi mendapatkan perhatian rakan-rakan yang lain.

Pada hemat penulis, UAI sendiri harus membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan secara rasmi kerana dakwaan ini semakin tersebar di media sosial dan melibatkan imej serta serta maruah beliau.

Jika remaja wanita itu rasa dirinya benar, maka mungkin dia harus tampil membuat aduan.

Membuat dakwaan secara membabi buta yang mana kemudian hal itu tersebar, maka perlu ada tindakan lanjut untuk memperbetulkan keadaan.

-MyNewsHub-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 4 June 2013

VIDEO: Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Mengenai Kelebihan ‘Bermadu’???



USTAZ Azhar Idrus baru-baru seperti yang kita tahu telah melangsungkan pernikahannya untuk kali ketiga.

Seperti yang dijangka, tindakannya itu mengundang kritikan yang bukan sedikit terutama dari golongan wanita.

Bagaimanapun, dalam salah satu siri ceramahnya, Ustaz Azhar ada menyentuh mengenai kelebihan ‘bermadu’.

Katanya, boleh marah suami nak kahwin lagi, tapi janganlah marah hukum syarak.

Jom kita layannnnn……

Wednesday, 29 May 2013

Panas!!! Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Perkahwinan Ketiganya...



Perkahwinan ketiga pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berlangsung baru-baru ini telah menerima kritikan daripada segelintir peminatnya di laman Facebook.

Rata-ratanya dari golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin dengan gadis yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai Izyan itu.

Malah ada yang melontarkan pelbagai 'persoalan' berhubung tindakannya itu.

Dan sekarang ini tengah 'viral' dalam internet mengenai penjelasan Ustaz Azhar berhubung perkara tersebut.

Di atas ini adalah jawapan beliau;

Apa kata anda?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 28 May 2013

Panas!!! Peminat Kritik Ustaz Azhar Idrus Kahwin Tiga Cakap Tak Serupa Bikin???






Perkahwinan ketiga pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berlangsung Ahad lalu telah menerima kritikan daripada segelintir peminatnya di laman Facebook.

Rata-ratanya dari golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin dengan gadis yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai Izyan itu.

(Baca – Soalan Yang Ditanya Kepada Azhar Idrus)

Antara komen negatif yang diterima ialah seperti berikut:

Buat semua, perkahwinan UAI itu tidak salah kerana dalam Islam sendiri membenarkan lelaki untuk berkahwin empat sekiranya si suami mampu berlaku adil terhadap kesemua isterinya.

Yang penting, kita doakan saja kebahagiaan UAI bersama ketiga-tiga isterinya kekal sehingga ke akhir hayat.

Oleh: AUDREY LEE

Sumber rujukan: blog hotlips
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 24 February 2013

Wajah Ustaz Azhar Idrus Masa Muda Persis Hindustan???...

Pernahkah anda melihat wajah penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) semasa muda dan tanpa ada jambang?

Haaaa… Ini dia wajah UAI semasa muda. Ala-ala pelakon Hindustan gitu.

Macam Sanjay Dutt!

Sebenarnya, UAI ini pada awalnya bercita-cita ingin menjadi guru muzik.

Namun, tiba-tiba dia menjadi penceramah bebas dan disukai ramai pula.

Lihat gambar di atas ini. Apa kata anda?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 23 November 2012

Ustaz Azhar Idrus Kantoi Makan Kat McD Tapi Suruh Boikot Israel????...


"one picture can speaks a thousand words"

hanya itulah yang mampu gua perkatakan mengenai "Ustaz Lawak" nie bila gambar beliau seisi keluarga sedang menikmati makanan segera McDonalds tersebar luas di alam maya takkala dunia Islam memboikot produk barangan yang mepunyai kaitan dengan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung...



apa pun hukum yang bakal "Ustaz Lawak" ini akan keluarkan demi mempertahankan tindakan beliau turut menyokong produk barangan yang mempunyai kaitan dengan Israel...

Tuesday, 20 November 2012

Koleksi Gambar-gambar Cantik Yang Diambil Ustaz Azhar Idrus...


Seperti yang kita tahu, Ustaz Azhar Idrus atau UAI adalah seorang ulamak yang terkenal dengan gaya penyampaian kuliah ilmu yang bukan sahaja menarik, malah disampaikan dengan berani dan diselang-seli dengan lawak.

Beliau tidak gentar untuk menegur sesiapa pun termasuk menteri jika dirasakan sesuatu yang dibuat itu tidak tepat.

Dan sebagai seorang yang benar-benar memahami ajaran agama, UAI juga tidak pernahlah mendoakan kehancuran sesama umat Islam.

Kepandaian beliau menggunakan media sosial seperti Youtube menjadikan beliau bukan sahaja terkenal di kalangan golongan tua tetapi turut diminati golongan muda.

Satu yang berbeza dengan UAI berbanding dengan sebahagian ilmuwan Islam yang lain ialah beliau bukan sekadar bercakap mengenai Islam siang dan malam.

Seperti manusia lain, beliau ada minat dan hobi kepada perkara lain.

Satu contoh yang sepatutnya menjadi ikutan ilmuwan yang lain.

Hobi UAI yang paling diketahui ramai ialah minat beliau kepada bidang fotografi.

Kalau melihat kepada gambar yang diambil beliau, kita kena angkat topi tabik ustaz seorang ini yang nyata memiliki ketajaman dalam menentukan fokus dan sudut yang terbaik.

Lihat beberapa keping hasil kerja beliau di bawah :

Sunday, 2 September 2012

Gambar Ustaz Azhar Idrus Bawak Ferrari, Betul Ker Kereta Dia???...


NILAIKAN SENDIRI USTAZ PAS SORANG NI..!!

Hebat, bergaya dan mantop. Itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada artis PAS sorang ni, sebabnya artis lain dan pelakon pun tak dapat nak merasa apa yang dirasai oleh penceramah bini 4 ni. Orang perempuan mesti suka nak tengok Ustaz Glamour ni, mengalahkan Ustaz Akhil..!!!

Hebatkan, mana ada artis ataupun pelakon kahwin sampai 4 bini, sedangkan penceramah yang terlalu diberi kebebasan bersuara dalam masjid ni lantang menghuraikan pendapatnya. Biarlah gambar di atas berbicara tentang kehidupan mewahnya.

Itu sebab penceramah ni sokong PAS, sebab masyuk banyak..!!!

Sunday, 12 February 2012

Ustaz Azhar Idrus : "Saya Bukan Ahli Pas"... Betul Ker???...


“Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus.

“Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Lebih mengejutkan, Az­har kemudian memberitahu: “Saya bukan ahli Pas.”

Tuesday, 3 January 2012

Isu Ustaz Azhar Idrus : "Jangan Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"...


SETENGAH BLOGGER TULIS ARTIKEL NAK PERTAHAN BARISAN NASIONAL TETAPI AKHIRNYA MEMALUKAN BN JUGA AKHIRNYA.

MEREKA SENGAJA MENGUSIK 'SARANG TEBUAN' DAN MENAMPAKKAN UMNO TIDAK MESRA ISLAM.

CUKUPLAH DAN JANGAN PERBODOHKAN ORANG WALAU ANDA MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI.

NAK CARI HITS JANGAN SAMPAI MEMBUAT SESUATU YANG BODOH.

TOLONG ATAU ANDA PUNCA UMNO LAGI NAMPAK HODOH.


BERDAKWAH KENA BERHIKMAH.

JIKA ANDA SUKA UMNO KALAH ANDA BOLEH BUAT APA SAHAJA ANDA SUKA, ASAL DIRI ANDA PUAS.

Pendedahan Eksklusif : Benarkah Ustaz Azhar Idrus Dikatakan Bukan Penceramah Politik????...


Semalam heboh di ruang maya cerita seorang blogger yang menghentam seorang penceramah bebas yang dikatakan 'neutral' dan 'tidak bias' dalam ceramahnya. Ustaz ini dikatakan 'neutral' kerana mengkritik kedua-dua belah pihak sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Ustaz yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Ustaz Azhar Idrus.

Memang Kulaan bukanlah tinggi ilmu agama kerana belajar pondok pun tak lama cuma sekadar 8 tahun sahaja dan ilmu yang ada cukup sekadar untuk kegunaan sendiri sahaja. Tapi, jika ada pandangan yang mengatakan bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak terlibat berpolitik dalam ceramahnya, Kulaan tidak berapa setuju dengan pernyataan tersebut.

Tidak salah jika seorang Ustaz seperti Ustaz Azhar Idrus mengkritik mahu pun menegur kerajaan jika ada kesilapan dan kelemahan tapi sebagai orang yang tinggi ilmu agamanya sudah tentu ada cara dan bahasa yang boleh serta wajar digunakan. Kulaan bukan berkata-kata secara membabi-buta atau tidak menyelidik dahulu, tetapi ini yang Kulaan jumpa dan sudah pasti mereka yang melihat boleh membuat penilaian sendiri.


Bagaimana dengan mereka yang mengundi Pas sehingga Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang sehingga ke hari ini kedai-kedai judi, kedai-kedai menjual arak dan rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan terutama di negeri Pulau Pinang dan Selangor.


Bagaimana dengan undi yang diberikan kepada Pas? Apakah hukumnya memberi undi kepada Pas sehingga berjaya menjadi sebuah kerajaan di negeri-negeri tersebut? Kulaan berharap Ustaz Azhar Idrus dapat memberi pandangan dan menjatuhkan hukum kepada pertanyaan Kulaan yang cetek ilmu agama ini dalam ceramah beliau sebagai rujukan. Siapa sahaja yang bergelar "Orang Islam" atau "Muslim" pasti tidak mahu menanggung dosa hanya kerana SATU UNDI.

"Berkatalah benar sekalipun ianya pahit"
"Yang baik datangnya daripada Allah jua dan yang buruk adalah 
kelemahan diri Kulaan sebagai hambaNya..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers