Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 30 August 2012

"Suria Perkasa Baja Hitam" Pun Tweet #Merdeka55 Esok Malam... @NajibRazak


Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)



RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

Wednesday, 29 August 2012

Betul Ker Pas Parti Perjuangkan Islam???


Satu parti dikatakan PEJUANG ISLAM. Perjuangan ingin memartabatkan Islam sekaligus menjadikan negara sebagai NEGARA ISLAM BERDAULAT. Sanggup mati demi Islam

Satu parti bersifat sekular. Menyokong sosialisme dan sangat radikal dalam menolak Islam sebagai agama rasmi negara malahan sering menyatakan bahawa perjuangan mereka adalah untuk menghasilkan konsep samarata dan sekular

Keduanya bersifat berlawanan. Tapi akhirnya bergabung demi kuasa politik. Si pejuang Islam kata TAHALUF SIYASI, dakwah dan mengajar si sekular memahami Islam TAPI yang sering kita nampak si sekular pula yang mendakwah fahaman dia kepada si pejuang Islam hingga gugur NEGARA ISLAM, sokong LGBT, sokong ketua umum mereka menyokong Israel, sokong pluralisme dan banyak lagi

Pelikkan?

Tuesday, 28 August 2012

Puaka Niring : Video Hantu Siam Macam Sial...

[Video] : Siapa Kata Ustaz Kazim Tak Tegur Rosmah Bertudung... @NajibRazak



Video nie gua dedikasikan khas buat pemimpin-pemimpin PR dan cai-cai Pakatan yang dok meroyan pasai Rosmah tak bertudung terutama pengikut fanatik Pas...

Lain kali jangan dok nak mengata orang sangat. Tengok diri sendiri dulu. Mengata memang senang tapi nak buat tu payah. Menghukum memang senang tapi berdakwah itu sukar...

Tahniah PR Janji-janji Yang Telah Ditunaikan Bikin BN Pening Kepala...


Senarai janji Pakatan Rakyat pada 2008 yang masih belum dilaksanakan malahan berdolak dalik bila disoal :

1. Pihak PKR dan Pas telah berjanji untuk menurunkan cukai kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% - Dah turun ke? Belum! Malahan dinaikkan lagi!

2. KESIHATAN RAKYAT - Memberi wanita berkerja 90 hari cuti bersalin / Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin.

3. Mewujudkan Pusat Khidmat Sehenti bagi menangani kes- kes jenayah dan keganasan terhadap Wanita.

4. KESELAMATAN RAKYAT - Menguatkuasa syarat-syarat perlindungan Alam Sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir.

5. Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers