Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Ustaz Kazim. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Kazim. Show all posts

Thursday, 5 December 2013

Mesti Baca!!! Tiga Alasan Kazim Tolak Tawaran MT!!!


Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

Sunday, 1 December 2013

Ustaz Kazim : MT Umno: “Saya Masih Belum Buat Keputusan” @UstazKazim @_UstazKazim


Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

"Saya mahu jaminan apakah bila menyertai Umno, tugas dakwah saya kepada masyarakat tidak terhalang.

"Saya juga mahu tahu apakah tangan saya akan terikat, mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang saya bebas menegur tanpa apa sekatan. Kalau itu jaminannya maka saya boleh bekerjasama," katanya.

Beliau berharap pertemuan dengan Najib, yang juga Presiden Umno, dapat diadakan pada masa yang sesuai.

Mohammad Kazim berkata Najib sebelum ini telah menelefonnya bagi memaklumkan tentang kedudukannya dalam saf kepimpinan Umno, serta membantu menyebarkan ajaran Islam dalam parti itu serta kepada masyarakat.

Katanya sikap keterbukaan Najib menjemput beliau menyertai barisan kepimpinan Umno itu membuktikan perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.

Saturday, 30 November 2013

Panas!!! Luahan Hati Ustaz Kazim Kerana Dihina Selepas Dilantik Ahli MT Umno!!! @_UstazKazim


Belum pun sampai sehari namanya diumumkan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim telah dilemparkan pelbagai kata tohmahan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ada yang mengelarkan beliau sebagai gila kuasa, gila pangkat, gila harta dan sebagainya.

Selepas menyedari dirinya dihina dan difitnah sedemikian rupa, pantas sahaja Ustaz Kazim memberikan penjelasan kepada pihak-pihak yang busuk hati dengan perlantikannya itu menerusi laman Facebooknya.

Antara lain, Ustaz Kazim menulis, "Subhanallah, saya pun terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki. Saya ni sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus".

"Berhati-hatilah dalama berbicara. Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa dan pangkat? Apa salahnya doakan yang terbaik.

"Bila tiada orang agama, dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk, saya tak faham," luahnya lagi.

Selain itu, dengan pelantikannya itu, ramai yang mula membuat sangkaan bahawa Ustaz Kazim akan terus bersara dari memberikan ceramah agama kepada masyarakat di luar sana.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan dia tidak sesekali akan meninggalkan bidang dakwah yang menjadi darah dagingnya sebaliknya selepas ini, beliau mahu lebih memberikan fokus memberikan dakwah di sekolah-sekolah selain di media-media seperti televisyen dan radio.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 21 November 2013

Ustaz Kazim Sindir Remaja Masuk Villa Nabila???


Nampaknya isu remaja yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas masuk ke 'rumah berhantu' Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru turut mendapat perhatian penceramah terkenal tanahair, Ustaz Kazim Elias.

Biarpun remaja yang 'hilang' itu sudah ditemui bersama teman wanitanya di sebuah flat, ia tetap mengundang persoalan, apa relevannya dia dan lebih 20 rakannya masuk ke dalam banglo terbiar itu?

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa kumpulan remaja ini bertindak sedemikian selepas terpengaruh dengan filem Highland Tower yang baru ditayangkan di pawagam baru-baru ini.

Kononnya, mereka mahu merasai sendiri pengalaman berada di tempat 'keras' secara berkumpulan.

Bagaimanapun, melalui akaun Twitternya, Ustaz Kazim mengemaskini statusnya berkaitan perkara itum

Ini memang baik punya sindir! Iyalah, daripada sibuk mencari keseronokan di tempat yang tak berfaedah, bukankah banyak masjid dan surau yang boleh dikunjungi?

Ini tidak, sengaja menempah masalah. Biarpun bukan Villa Nabila yang punya angkara, tapi akibatnya tetap memalukan remaja itu sendiri. Lebih parah lagi, nama keluarga pun terpalit lumpur sekali.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 30 October 2013

Gempar : Kesian Ustaz Kazim Diugut Baling Telur Di #PRKSgLimau!!! #BeraniHijrah





Semalam bertempat di RTC Simpang 3 Sg. Limau telah berlangsung ceramah Ustaz Kazim yang dihadiri lebih dari 5 ribu penduduk setempat. Ceramah yang berlangsung lebih dari sejam ini menerima sambutan baik dari penduduk Sg. Limau termasuk pengundi dari kedua belah pihak.

Dalam ceramahnya beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik sekadar memenuhi jemputan sahaja dan menjadi sebahagian daripada tanggunggjawab beliau berdakwah dan berceramah sejak 23 tahun lepas. Ustaz Kazim juga melahir rasa kecewanya bila beliau dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang. Menurut beliau lagi, beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai.

Disebabkan ceramah beliau yang tidak mengikut selera penyokong pembangkang maka beliau dicop ustaz BN sehingga menerima pelbagai ugutan, cacian dan fitnah. Inilah sikap buruk penyokong pembangkang terutamanya Pas yang tidak boleh menerima hakikat jika ada ustaz yang memberi hujah dan pandangan yang tidak mengikut selera parti mereka.

Tuesday, 30 April 2013

PAS Ditolak Bukan Kerana Hudud – Ustaz Kazim Elias


Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias menyatakan penolakkan umat Islam terhadap perjuangan parti PAS bukanlah disebabkan isu hudud yang sering dimainkan oleh mereka, sebaliknya kerana mereka bersekongkol dengan puak-puak komunis serta liberalisme dalam mencapai hajat memegang tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.

PAS yang merupakan salah satu parti komponen dalam barisan pembangkang dilihat lebih minoriti dan sekadar mengikut sahaja telunjuk daripada parti-parti lain sehinggakan isu agama sering dijadikan modal oleh mereka untuk menawan hati pengundi-pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

“Orang menolak kamu (PAS) bukan kerana masalah hudud, orang menolak kamu sebab kamu bersekongkol dengan puak-puak komunis dan puak-puak liberalisme,” katanya ketika Forum Isu-Isu Islam dan Umat Islam Menjelang PRU13.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa PAS hanya berani memainkan isu hudud apabila menjelang musim pilihan raya demi kepentingan politik semata-mata.

“Saya merupakan penceramah yang paling konsisten apabila bercakap tentang hukum hudud sejak 23 tahun lalu.

“Hudud akan berkumandang pada tiap-tiap musim pilihan raya di mana hanya untuk memancing orang Islam dan orang Melayu untuk mengundi mereka.

Monday, 3 September 2012

[Video] : Adakah Benar Sokong Parti Islam Adalah Benar???...



Korang dengar elok-elok kemudian fikir dengan berlapang dada...

Sunday, 2 September 2012

[Video] : Ustaz kazim Penjelas Bahaya Murtad Yang Berlaku Sekarang...



Penjelasan Ustaz Kazim tentang isu Murtad yang semakin berleluasa di Malaysia

Tuesday, 28 August 2012

[Video] : Siapa Kata Ustaz Kazim Tak Tegur Rosmah Bertudung... @NajibRazak



Video nie gua dedikasikan khas buat pemimpin-pemimpin PR dan cai-cai Pakatan yang dok meroyan pasai Rosmah tak bertudung terutama pengikut fanatik Pas...

Lain kali jangan dok nak mengata orang sangat. Tengok diri sendiri dulu. Mengata memang senang tapi nak buat tu payah. Menghukum memang senang tapi berdakwah itu sukar...

Tuesday, 27 March 2012

Hukum Menghina Pemerintah???...



Bagi yang kurang faham hukum-hakam dalam Islam lebih baik rujuk dengan orang yang lebih mengetahui kerana jika silap menuntut boleh sesat kita nanti... 

Astagfirrullah hal azim...

Monday, 16 January 2012

[Video] : Tegur Sikit Pecat... Tegur Sikit Pecat... Itulah Budaya Pas Sekarang!!!... Pantang Ditegur...



Itulah budaya Pas sekarang... kalo ulama' Pas tegur parti atau pemimpin parti mesti kena pecat... yang tak boleh kena pecat Nik Aziz jer... yang tak boleh kena pecat Hadi Awang jer...yang tak boleh kena pecat Mak Sabu jer... maksum kot depa tuh... apa nak jadi dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam... puak-puak nie faham sangat ker Islam tuh... 

Wednesday, 2 November 2011

Hudud : Antara Dalil Nurul Izzah vs Ustaz Kazim Elias



HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim) PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman ke atas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman ke atas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku ke atas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman ke atas penzina-penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;

1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Sunday, 9 October 2011

Isu Sultan Dan Raja : Pandangan Ust. Kazim Elias Penceramah Bebas



Kulaan sekali sekala bukak juga youtube mencari klip-klip penceramah agama sambil berblog kerana Kulaan rasa lebih selesa mendengar ceramah agama ketika menulis blog berblog daripada mendengar lagu. Bukan Kulaan mengatakan tidak boleh langsung mendengar lagu-lagu ketika bekerja atau ketika membuat apa pun cuma Kulaan itu cara individu masing-masing. 

Dalam banyak-banyak klip video ceramah yang Kulaan dengan di Youtube tentang banyak isu dan masalah semasa ketika ini terutama hukum hakam berkaitan agama Islam, Kulaan dah dengar ceramah di atas dan Kulaan rasa sudah menjadi tanggungjawab Kulaan untuk berkongsi ilmu yang diberikan oleh Ustaz Kazim Elias yang Kulaan rasa pandangan dan ilmu yang diberikannya adalah adil untuk semua pihak. (Klik Sini)

Inilah Kulaan rasa apa yang dimaksudkan oleh Dr. Hassan Ali mengenai kebenaran memberi tauliah memberi ceramah agama kepada penceramah yang mengajar agama dan hukum hakam dalam Islam tanpa mempunyai maksud politik atau memberi ceramah berunsur pengaruh politik. (Klik Sini)

Kulaan : kalo nak mengajar agama... mengajar agama sudah ler... jangan nak menabur fitnah politik pulak... jangan gunakan surau dan masjid sebagai pentas politik pulak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers