Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label PRK Sungai Limau. Show all posts
Showing posts with label PRK Sungai Limau. Show all posts

Friday, 8 November 2013

Kekalahan BN Di Sg. Limau Kerana Kelemahan NKPUM @AzwanBro??? @NajibRazak @KhairyKJ


Sudah tiga hari berlalu PRK Sg. Limau baru-baru ini dan keputusannya pun satu Malaya dah tahu. Pas masih mengekalkan kerusi DUN yang ditinggalkan oleh penyandang lama arwah Ustaz Azizan. Umum sudah tahu analisis kenapa Pas menang dan kenapa BN kalah.

Cuma kali ini bukan itu yang mahu gua kongsikan. Yang gua mahu kongsikan adalah beberapa kelemahan jentera BN yang gua lihat sendiri depan mata terutama jentera Pemuda Bahagian dan jentera Pemuda Pusat. Dari maklumat yang dikongsikan oleh beberapa orang sahabat, jentera Pemuda Pusat kali ini tidak diketuai oleh Ketua Pemuda, Khairy tetapi oleh Naib Ketua Pemuda (NKPUM) baru iaitu Khairul Azwan a.k.a wanbro bersama Exco Pemuda yang baru memenangi dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

Patut la ramai orang UMNO terutama dari kalangan Pemuda dok kata barisan exco yang ada kali ini agak lemah dan rapuh serta kurang berpengalaman. PRK Sg. Limau adalah medan tempur pertama Exco Pemuda baru untuk menunjukkan kebolehan kepimpinan mereka. Ditambah pula dengan kelemahan ketua jentera Pemuda yang juga NKPUM baru sehinggakan hari mengundi boleh dikira jentera Pemuda UMNO berbanding dengan jentera pemuda Pas.

Sunday, 3 November 2013

Puaka Niring : Misteri Perkuburan Cina Di Bukit Choras... #PRKSgLimau #BeraniHijrah


Jika anda mengunjungi perkampungan melayu Bukit Choras yang terletak dalam DUN Sg. Limau, Yan, Kedah pasti anda akan tertanya-tanya bagaimana sebuah tanah perkuburan cina boleh berada di dalam kawan perkampungan melayu.

Menurut cerita penduduk setempat tanah perkuburan cina itu dibuat kerana ia lokasi paling strategik mengikut feng sui cina iaitu tanah perkuburan mestilah terletak di kaki atau kawasan bukit menghadap matahari terbit. Kawasan perkuburan itu telah ada sejak berpuluh tahun dulu lagi bermula dengan beberapa keluarga cina mendiami kawasan Sg. Limau membuka perniagaan lalu berkembang menjadi pekan kecil seperti di Pekan Simpang Tiga dan Pekan Sungai Limau sendiri.

Menurut cerita penduduk setempat itu sendiri memang kawasan tanah perkuburan cina tersebut ada cerita misterinya yang tersendiri. Menurut cerita penduduk setempat yang pernah melalui kawasan perkuburan cina itu di waktu malam sering terlihat kelibat lembaga hitam bercangkung dekat batu nisan cina.

Namun begitu, perkara-perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan kepada penduduk Bukit Choras malah mereka sudah lali dengan usikan-usikan makhluk halus sebegini.

p/s : jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cikgu Sekolah Kebangsaan Kg Kubur Panjang Kepala Pemuda Pas Dikategorikan Ganas??? @MuhyiddinYassin #PRKSgLimau #BeraniHijrah


Apa nak jadi la dengan cikgu Sekolah Kebangsaan Kg Kubur Panjang, Pendang yang tinggal di Kg Bukit Chorus bila dia pulak jadi kepala samseng kampung dengan mempengaruhi anak muda supaya menyertai Pas. Hasil maklumat risikan individu yang juga sering guru kanan telah dikenalpasti sebagai ketua atau kepala Pemuda Pas.

Bukan setakat dia ni jadi kepala kepada Pemuda Pas kampung, beliau jugak didapati mempengaruhi beberapa orang guru muda yang mengajar di sekolah berhampiran tapi menetap di Bukit Choras untuk menjadi Pemuda Pas sehingga tahap ekstrem. Orang setempat dah kenal sangat perangai "chengei" cikgu ni sampai satu tahap kalo cikgu ni suruh macai-macai Pas ni bertindak ganas pun anak buah dia akan patuh.

Pasti ada yang kata kalo takat sembang deraih tapi takda bukti nak cerita pasa cikgu ni tak guna. Identiti cikgu ni gua rahsiakan dulu cuma biarlah dikenali sebagai "cikgu Z" sudahlah denga no kad pengenalan 65****-02-***1 sudah la. Kepada sapa yang kenal siapa cikgu tu kenal la, pada yang tak kenal tu kena la mai cari gua. Nanti gua bagi semua detail.

Cikgu ni sampai satu tahap orang tempatan mengkategorikan sebagai penyokong kuat Pas yang ganas. Cuba bayangkan macam mana kalo dia dah bertahun-tahun mengajar serta mempengaruhi pelajar-pelajar di sekolah-sekolah kerajaan berhampiran menjadi penyokong tegar Pas. Inilah masalahnya bila guru dan terlalu taksub dengan kepartian seperti Pas.

Jika ada pemimpin kita terutama Menteri Pendidikan atau mereka yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan agar dapat mengambil serius perkara ini dan tindakan yang sewajarnya harus dikenakan kepada guru tersebut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Banner "Black Ops" Pas Mula Meracuni Pengundi #PRKSgLimau!!! #BeraniHijrah


Kain rentang atau banner ini mula dikesan sejak beberapa hari lepas dibeberapa kawasan panas sekeliling DUN Sg. Limau. Sekali imbas tidak ada istimewanya kain rentang ini tetapi jika diperhalusi bait-bait ayat tersebut ia boleh "meracuni" pemikiran pengundi untuk memangkah siapa pada 4hb nanti.

"Politik damai.... BN dah dapat Kedah.... Sungai Limau untuk Pas...." Begitu antara bait-bait ayat yang tertulis pada banner tersebut. Ia seolah-olah memujuk pengundi Sg. Limau agar memangkah Pas kerana tiada gunanya mereka memangkah BN kerana kerajaan negeri sudah berjaya dimenangi BN.

Pengundi Sg. Limau harus sedar taktik halus ini sama sekali tidak akan menguntungkan penduduk setempat kerana pelbagai masalah bakal timbul dek kerana sistem politik itu terputus kerana ahli parlimen diwakili BN dan jika ahli DUN diwakili Pas. Sistem ini bakal berjalan lancar antara kerajaan pusat dan negeri yang diwakili BN jika DUN diwakili BN. Segala permasalah yang timbul kelak dapat dibawa ke atas sama ada di peringkat negeri atau pusat melalui ahli parlimen.

Oleh itu pengundi harus bijak dan berhati ketika memilih dan memangkah kertas undi pada hari Isnin depan 4hb agar tidak membuat kesilapan yang akhirnya terpaksa ditanggung anak cucu di masa depan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 2 November 2013

Gempar!!! Jentera Pas Kedah Bertomoi Dengan Jentera Pas Luar??? #PRKSgLimau #BeraniHijrah


PRK Sg Limau - lokasi : Kg Pulau Emas Sungai Daun.

Jentera Pas Kedah dilaporkan bergaduh dengan jentera Pas luar. Maklumat diperolehi daripada Ketua Pemuda Pas cawangan di Kampung Pulau Emas dimarah dan dicerca oleh jentera Pas luar dalam isu kempen tolak DAP. PAS sama PAS kini di Sg Limau bergaduh akibat jentera Pas dari luar yang cuba mengawal anak tempatan.

Kejadian tersebut juga menyebabkan jentera Pas dari luar telah mengarahkan jentera Pas Kedah mengutip semula risalah yang diedarkan oleh Pas sendiri berkaitan dengan DAP.

Untuk makluman rata-rata ahli Pas di Sg Limau menolak DAP.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! Video Bukti Calon Pas #PRKSgLimau Proksi Phahrolrazi Musuh Ustaz Azizan??? #BeraniHijrah





Sudah terang lagi bersuluh!!! Inilah matlamat sebenar kenapa calon Pas, Mohd Azam beria-ia ingin memenangi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau. Semua ini telah dirancang oleh Phahrolrazi demi untuk mengukuhkan lagi penguasaan beliau dalam Pas Kedah. Semua sedia maklum bagaimana rapatnya hubungan Mohd Azam dengan Phahrolrazi kerana mereka adalah dua sepulu sedangkan dengan arwah Ustaz Azizan beliau hanya bau-bau bachang sahaja.

Dalam video ini jelas menunjukkan bukti perbualan Phahrolrazi seperti mengarahkan kepada seseorang agar mensabotaj Ustaz Azizan semasa PRU13 lalu. Ustaz Azizan memang mahu dijadikan calon Sungai Limau tetapi Pas mahu Ustaz Azizan kalah dan dimalukan agar membolehkan seseorang lain yang juga dalam kem Phahrolrazi menjadi exco.

saksikanlah video di atas sepenuhnya...

@MukhrizMahathir Bidas Taktik Jahat Pas Berkempen Di #PRKSgLimau #BeraniHijrah

Ustaz Kazim Nasihatkan @Abby_Abadi112 Pi Mengaji Dulu Agama Sebelum Jadi Ostajah!!!

Friday, 1 November 2013

Puaka Niring : Misteri Rumah Kosong Di #PRKSGLimau...


Rumah ini gua terjumpa sewaktu gua pusing-pusing round kawasan kat DUN Sg. Limau. Lokasi yang tepat di Kg. Simpang 3 Sg. Limau tak berapa jauh dengan jalan besar Alor Setar - Gurun.

Rumah ini sungguh misteri sebab ia seperti rumah yang belum sempat disiapkan dan terbiar terbengkalai begitu saja. Tidak dapat dipastikan siapakah pemilik rumah ini kerana gua pun tidak sempat bertanyakan kepada jiran tetangga sebelah menyebelah dengan rumah ini. Segan pun ada nak tanya.

Sebab itu ia menjadi misteri kerana 1001 persoalan timbul dalam kepala ini kenapa rumah ini tidak siap dan dibiarkan terbengkalai begitu saja.

Kalo ada sesiapa dikalangan pembaca yang tau perihal rumah ini bolehlah berkongsi di ruangan komen.

p/s : jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring : ADUN Sik Bawak Briged Sukarelawan Gempur Kubu Kuat Pas!!! @NajibRazak #PRKSgLimau #BeraniHijrah



Petang tadi sewaktu gua pusing-pusing melawat PDM Kabu 10 dan PDM Sungai Limau di bawah tanggungjawab gua, tiba-tiba mata gua tertarik dengan sekumpulan anak muda seperti sedang membakar lemang. Lalu gua menghampiri dengan lebih dekat lagi. Memang benar rupa-rupanya ada aktiviti membakar lemang oleh Bilik Gerakan Bahagian Sik.



Sewaktu gua sampai di sana gua sempat tegur dan bersalaman dengan seorang breder di situ yang memakai vest tertera tulisan Briged Sukarelawan 1Malaysia Daerah Sik. Lantas gua tegur dan menanyakan apa sebenarnya yg berlaku bila membakar lemang lepas musim raya ni. Brader tersebut dengan ramahnya menjelaskan bahawa aktiviti membakar lemang bersama penduduk sekitar Bilik Gerakan adalah persediaan untuk program sebenar malam ini iaitu aktiviti lepak santai bersama Jentera Sik.

Beliau juga menjelaskan bahawa semua petugas ini adalah sukarelawan bagi Briged Sukarelawan 1Malaysia Daerah Sik yang bertugas secara "volunteer" tanpa ada sebarang bayaran. Tahniah kepada anak muda Sik yang sanggup bekerja tanpa mengharapkan bayaran atau upah. Malam ini lemang akan dihidangkan disamping beberapa juadah lain.


Briged ini juga mempunyai beberapa jentera asas untuk memberi khidmat kepada masyarakat secara percuma seperti lori dan van. Briged ini juga bertindak sebagai pasukan "back-up" jika berlakunya sesuatu bencana alam.

Setelah itu gua meminta kebenaran kepada brader tu untuk beransur kerana ingin melawat ke lokasi lain sambil dihulurkan sekeping "namecard" yang tertulis :



Y.B Mahadzir bin Abdul Hamid
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darulaman Kawasan N24 Jeneri


Terkejut beruk aku... Tak sangka brader yang aku sembang sempoi jer tu rupa-rupanya seorang YB. Begitu humble, mesra, ramah, sempoi macam orang biasa tanpa meminta untuk dipanggil YB pun. Memang brader nie layaklah menjadi seorang YB dan ini antara contoh serta sifat yang perlu ada pada setiap pemimpin UMNO dan BN sekarang. Bukan seperti semalam seorang pemimpin Johor bersama konvoi keretanya memandu dengan laju dan memotong "double line" di selekoh Sedaka hingga ke Kg. Kuala Sg. Limau konon nak cepat hingga membahayakan motosikal saya dan beberapa motosikal orang kampung lain. Nanti la, story siapa pemimpin tu bakal gua cerita detail di artikel lain.



p/s : Gua menulis pasal brader ni bukan kerana sudah dibayar atau ada apa-apa kepentingan peribadi cuma lahir dari rasa terharu dengan sikap rendah diri dan mesra rakyat seorang yang bergelar YB tapi gua panggil "BRADER". InsyaAllah kalo ada kelapangan gua akan memenuhi jemputan brader ni untuk merasai lemang sambil lepak santai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Pas Menghalang Anwar Ibrahim Datang Ke #PRKSgLimau??? #BeraniHijrah


Sudah retak menanti belah, sudah terang lagi bersuluh, itulah pepatah orang tua yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi sebenar hubungan Pakatan Rakyat antara Pas dan PKR iaitu Anwar Ibrahim. Pada PRK Sg. Limau ini ia diterjemah secara terang-terangan betapa penyokong Pas tidak lagi menyukai Anwar Ibrahim dengan melarang beliau menjejakkan kaki ke bumi Sg. Limau untuk berceramah.

Bukan satu tapi berpuluh kain rentang dan banner seperti ini sudah dinaikkan sejak malam tadi disekeliling kawasan Sg. Limau. Kain rentang seolah-olah menyambut kehadiran Anwar jika beliau masih berani menjejakkan kaki untuk berkempen.

Menurut maklumat Anwar dijangka bakal tiba ke sini pada hari ini bermula dengan sesi minum petang bersama beliau di Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan Kg Selengkoh jam 4 petang sebelum beliau memulakan sesi ceramah malam ini sehingga tamat tempoh berkempen.


Semua orang di Sg. Limau ini tau bagaimana Anwar menzalimi arwah Ustaz Azizan sewaktu hayat beliau menjadi Menteri Besar. Anwar letak orangnya untuk memerhatikan dan mengawal perbelanjaan kerajaan negeri. Bukan itu saja, Anwar juga sering menghentam dan mengkritik secara terbuka cara pentadbiran Ustaz Azizan mentadbir Kedah. Bahkan lebih dahsyat lagi bila Anwar meletakkan proksi beliau menentang Ustaz Azizan.

Kini tanpa rasa bersalah atau malu dengan menggunakan alasan mahu membantu Pas berkempen di Sg. Limau Anwar sanggup menjejakkan kaki di bumi insan yang beliau pernah anggap musuh walaupun dalam geng sendiri semuanya kerana gilakan kuasa dan ingin mengukuhkan lagi pengaruh beliau dalam Pas.

Tak sabar rasanya mahu menunggu masa beliau berceramah dan berkempen sebab nak lihat berapa puluh ribu yang bakal hadir atau hanya kerusi kosong lebih banyak daripada yang mendengar ceramah.

p/s : tak sabar rasanya nak pi tengok ceramah Anwar Ibrahim yang tak direstui oleh Pas Sg. Limau... "Mari kita lihat sapa yang kena..."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 31 October 2013

Puaka Niring : Misteri Pulau Bunting Di Yan Kedah... #PRKSgLimau


Siapa sangka di sebalik sawah padi yang terbentang luas di kawasan Kuala Sedaka, Sg. Limau, Yan, Kedah ada sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan jeti Kuala Sedaka, Yan yang digelar Pulau Bunting.

Kali pertama ku menjejakkan kaki ke kawasan ini pada hari pertama sewaktu waktu berkempen Pilihanraya Kecil DUN Sg. Limau, ku ingatkan ia sebuah bukit biasa jika dilihat dari pekan kecil Sg. Limau. Sewaktu berpusing-pusing sekitar kawasan ini hingga sesat ke jeti nelayan Kuala Sedaka, barulah dapat dilihat sebuat jambatan merintasi laut menghubungkan darat dengan Pulau Bunting ini.


Pulau ini di gelar Pulau Bunting jika dilahat dari pekan Yan ia seakan-akan menyerupai rupa paras wanita mengandung atau bunting. Menurut penduduk setempat dengan Pulau Bunting memang pulau ini mempunyai 1001 misteri. Di tengah-tengah pulau ini terdapat satu kawasan perkuburan orang melayu. Mengikut cerita orang-orang tua apabila ada kematian orang kampung di darat, jenazah akan dikebumikan di Pulau Bunting.

Terdapat juga dua tiga kubur bangsa cina yang juga disemadikan di situ. Pada tahun 2003 Majlis Agama Islam Kedah telah memindahkan kubur di Pulau Bunting ke tanah daratan. Namun tidak dapat dipastikan berapa banyak jumlah perkuburan yang dipindahkan. Sewaktu proses tersebut dikatakan terjadinya beberapa kejadian aneh antaranya ada antara petugas yang memindahkan jenazah tanah perkuburan tersebut di rasuk.


Beberapa kawasan di pulau ini juga menjadi lokasi yang digemari oleh kaki-kaki pancing untuk datang memancing kerana tarikan ikannya yang besar-besar serta "fighter". Menurut cerita beberapa kaki pancing tegar di situ mereka sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga hitam sewaktu memancing terutama waktu tengahari dan juga lewat malam.


Seorang pakcik bekas tentera bersara anak tempatan merupakan satu-satunya peniaga yang berani berniaga di atas Pulau Bunting juga ada menceritakan bagaimana beliau terpaksa memindahkan gerainya kerana tidak tahan dengan usikan makhluk halus dibelakang gerai kecil beliau.



Walaupun dengan pelbagai cerita misteri yang berlaku di Pulau Bunting, keindahan pulau tersebut memang sesuai untuk dijadikan pusat peranginan ditambah pula dengan pulau-pulau berhampiran yang juga cantik seperti Pulau Kelonsong dan Pulau Bidan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Bukti Pas Memanipulasi Kalimah Allah Di #PRKSgLimau??? #BeraniHijrah @NajibRazak


Sewaktu pusing-pusing sekitar kawasan Sg. Limau awal pagi terpandang satu kain rentang yang dipasang tidak jauh dari Pekan Sg. Limau menghala ke Kota Setar. Jika dilihat sekali imbas pasti kita menyangkakan kain rentang ini adalah kain rentang dari BN kerana tertera gambar PM, Datuk Seri Najib.

Tapi sebenarnya ini adalah fitnah yang cuba dibuat oleh pihak Pas yang sudah terdesak. Kata-kata pada kain rentang ini "..... Kalimah Allah boleh diguna oleh Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja" ayat ini sebenarnya tidak sempurna.

Pihak Pas cuba menggambarkan PM juga menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sedangkan UMNO dan NGO-NGO Islam lain menyokong keputusan mahkamah menghalang akhbar "Harold" menggunakan kalimah Allah bagi bukan kerajaan.

Sekali lagi di PRK Sg. Limau ini pihak Pas tergamak melakukan apa saja dalam berkempen demi untuk mendapatkan kuasa sehingga "matlamat menghalalkan cara" pun boleh. Sebab itu tidak hairan jika Pas sanggup menggunakan Islam sebagai perisai untuk mendapatkan dan mengekalkan kuasa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mahfuz Omar Ngan Din Pudu Mengamuk Program Naik "Gerek" Kat #PRKSgLimau Penyokong Pas Boikot??? #BeraniHijrah


Pagi tadi sekitar jam 10 pagi bertempat di Markaz Pas Kabu 10, Sg. Limau Pas di markaz tersebut telah mengadakan satu program berbasikal pemimpin Pas Pusat dan calon Pas DUN Sg. Limau, Mohd Azam bersama pengundi dan penduduk serta penyokong tegar Pas di kawasan berhampiran.

Tapi cuba korang tengok betul-betul gambar kat atas, berapa ribu orang penyokong Pas yang menyertai program ini. Kalo dari pesbuk atau blog pembangkang mesti depa kata paling kurang seribu orang punya. Kalo takat 20 30 orang nie tak main la. Bukan kita tak tau pembohongan pembangkang, benda kecik di besar-besarkan.


Kah kah kah kah kah pecah perut aku wei!!! (Sambil guling-guling atas bendang) Takda sambutan langsung. Penyokong Pas setempat pun tak mau join walaupun depa ada "gerek" depa sendiri bersepah kat rumah. Takat ada 10 20 yang join dia orang tu pun import dari luar.

Kat PDM Kabu 10 ni saja tak kurang dari seribu pengundi yang menjadi penyokong totok Pas sampai kita boleh katakan kawasan ini kawasan hitam BN tapi sekoq pun tak mau keluar support program ni. Pemimpin yang datang plak bukan pemimpin calang-calang atau cikai. Sapa tak kenal dengan Mahfuz Omar. Sapa tak kenal ngan Din Pudu.


Maka dengan muka kelat dan toya calon Pas, Din Pudu dan Mahfuz pun berkayuh dari markaz Pas ke Pekan Sg. Limau yang yang terletak jaraknya hanya 300 meter jer. Sampai di Pekan Sg. Limau yang pada masa yang sama ada Nat Pagi atau Pekan Sehari sudah tentu ramai orang kampung membeli barangan harian. Maka berhentilah mereka di situ sambil beramah mesra denga orang ramai sambil nak bagi tau depa nie dah berkayuh dari jauh macam baru sampai dari Alor Setar plak. Puuiiihh!!!

Yang kelakarnya ingatkan depa nak sambung berkayuh pusing satu DUN Sg. Limau tut tut basikal tu ada macai angkat plak atas Hilux. Laaaaaa!!! Apa motif kayuh gerek kalo takat 300 meter jer. Ini la tindakan terdesak pemimpin pembangkang yang sanggup membuat apa saja asalkan hajat mereka tercapai termasuk berlakon dalam membuat program.



Kalo ada pengundi dari Sg. Limau yang baca story ni terutama penyokong Pas tu pikiaq la beratus kali kalo still nak bagi undi kat calon kosmetik Pas nie. Ini semua pemimpin kosmetik sahaja bukannya pemimpin berjiwa rakyat yang sebenarnya. Bawak-bawak la berhijrah. #BeraniHijrah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Wednesday, 30 October 2013

Gempar : Kesian Ustaz Kazim Diugut Baling Telur Di #PRKSgLimau!!! #BeraniHijrah





Semalam bertempat di RTC Simpang 3 Sg. Limau telah berlangsung ceramah Ustaz Kazim yang dihadiri lebih dari 5 ribu penduduk setempat. Ceramah yang berlangsung lebih dari sejam ini menerima sambutan baik dari penduduk Sg. Limau termasuk pengundi dari kedua belah pihak.

Dalam ceramahnya beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik sekadar memenuhi jemputan sahaja dan menjadi sebahagian daripada tanggunggjawab beliau berdakwah dan berceramah sejak 23 tahun lepas. Ustaz Kazim juga melahir rasa kecewanya bila beliau dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang. Menurut beliau lagi, beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai.

Disebabkan ceramah beliau yang tidak mengikut selera penyokong pembangkang maka beliau dicop ustaz BN sehingga menerima pelbagai ugutan, cacian dan fitnah. Inilah sikap buruk penyokong pembangkang terutamanya Pas yang tidak boleh menerima hakikat jika ada ustaz yang memberi hujah dan pandangan yang tidak mengikut selera parti mereka.

Monday, 28 October 2013

Pengundi Cina #PRKSgLimau Tolak DAP Pilih MCA Kali Ini!!!






Pagi tadi bertempat di pekan kecil Simpang Tiga, Naib Presiden MCA Datuk Gan Ping Sieu membuat lawatan sambil beramah mesra dengan penduduk dan pengundi cina di Pekan Simpang Tiga salah satu kawasan penempatan kaum cina dalam DUN Sg. Limau ini.

Lawatan Datuk Gan Ping Sieu ini mendapat sambutan baik penduduk cina yang mula menyatakan sokongan terhadap MCA dan memberi sokongan kepada calon BN. Ini kerana hasil temubual dengan penduduk cina, mereka melahirkan rasa kecewa dengan DAP kerana termakan dengan penipuan dan fitnah yang disebarkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat.

Sewaktu PRU13 yang lepas, penduduk cina dijanjikan dengan 1001 janji jika mereka memangkah calon Pas iaitu Ustaz Azizan dengan moto IniKaliLah. Mereka dijanjikan jika menyokong DAP, kerajaan BN bakal bertukar kepada Pakatan Rakyat pada PRU kali ini. Tapi setelah menang, pengundi cina ini seolah-olah dipinggirkan dan dibiarkan. Ustaz Azizan yang telah menjadi wakil rakyat hampir 18 tahun tidak berjaya membawa apa-apa pembangunan kepada penduduk minoriti cina ini.

Walaupun pengundi cina hanyalah peratusan minoriti undi di Sg. Limau tetapi jika mereka memberi sokongan padu kepada calon BN sesuatu kejutan bakal berlaku di sini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kantoi!!! Pas Terdesak Sampai Sanggup Manipulasi Ayah Jamil Khir!!! #PRKSgLimau #BeraniHijrah


Ini satu lagi bukti tindakan terdesak Pas untuk meraih simpati pengundi DUN Sg. Limau yang sudah memperlihatkan penolakkan terhadap calon Pas, Ustaz Azam Samad Ketua Pemuda Pas Jerai. Jentera siber pembangkang mula memainkan cerita kononnya ayah kepada Ahli Parlimen Jerai, Jamil Khir sanggup mendoakan agar calon Pas memperolehi kemenangan.

Tapi cerita sebenarnya yang telah dimanipulasi adalah Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar datang ke rumah Haji Baharom bersama calon Pas Mohd Azam di Kampung Sedaka. Ketika ziarah tersebut Mahfuz dan Azam membaca doa kononnya untuk mendoakan semoga Haji Baharom disembuhkan dari sakit. Haji Baharom yang terlantar lumpuh akibat serangan angin ahmar hanya mampu mendoakan sahaja.

Apa lagi, gambar dan video peristiwa ini lantas di "spin" oleh macai jentera siber dengan membuat cerita yang bohong dan menipu demi untuk mengelirukan penduduk dan pengundi Sg. Limau.

Itu lagi satu cerita bohong yang dicipta Pas dengan harapan pengundi menyokong calon Pas apabila mereka merasakan sokongan pengundi kepada Pas semakin merosot kerana calon Pas adalan salah seorang dari kem Phahrolrazi yang banyak menghentam, memfitnah dan bermacam lagi dalam usaha menjatuhkan Ustaz Azizan semasa beliau sakit.

Inilah perangai sebenar Pas yang sanggup buat apa saja asalkan dapat menipu rakyat demi mengejar kuasa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring : Jentera Pemuda Putrajaya Bikin Pemuda Pas Angin??? @TengkuAdnanReal #BeraniHijrah





Saturday, 26 October 2013

Tanda-tanda Kekalahan Pas Di #PRKSgLimau!!! #BeraniHijrah


Tengah-tengah syok-syok pusing-pusing dalam kawasan DUN Sg. Limau, Yan, Kedah ternampak plak bendera Pas tunduk menyembah bumi di tengah-tengah sawah padi. Macam tanda-tanda bakal kekalahan Pas saja dalam PRK kali ini.

Walaupun semua maklum kawasan DUN Sg. Limau ini adalah kubu kuat Pas sejak Ustaz Azizan memenanginya pada tahun 1995 sehingga tahun 2013 setelah Uztaz Azizan meninggal dunia baru-baru ini. Hampir 20 tahun Pas mewakili penduduk Sg. Limau, ditambah pula kawasan pernah menjadi kawasan Menteri Besar Kedah.

Kini sudah ada tanda-tanda pengundi di sini mahukan perubahan dan pembangunan. Semua ini hanya boleh dilakukan jika DUN dan Parlimen seiring diwakili oleh wakil rakyat dari kerajaan BN. Ini kerana DUN Sg. Limau berada dalam Parlimen Jerai yang diwakili BN dan semolek-moleknya Sg. Limau ini diwakili oleh wakil rakyat dari BN.

Pada PRK kali ini gabungan Pakatan Rakyat menampakkan kerapuhannya apabila hanya membiarkan Pas berjuang berseorangan bila mana jentera dari PKR dan DAP tidak kelihatan membuka pondok panas mereka. Sedangkan Pas pasti akan menghantar bala tenteranya jika PRK berlaku di kawasan DAP.

Ini dibuktikan lagi dengan kurangnya sambutan yang diberikan pengundi dari penyokong Pas sewaktu ceramah-ceramah diadakan walaupun yang memberikan ceramah itu adalah pemimpin tertinggi Pakatan.

Mungkin kali ini satu kejutan besar bakal berlaku di negeri Kedah bermula dengan Sg. Limau. Mungkin rakyat sudah mula melihat bukti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Mukhriz Mahathir adalah manifestasi daripada janji yang telah BN nyatakan. Atau juga mungkin rakyat tempatan mula melihat bahawa pembangunan dari segi rohani dan jasmani itu amat perlu jika mahu melihat sesuatu kawasan itu terus maju seperti kawasan lain.

Sama-sama kita nanti 4hb nanti apakah ini semua bakal diterjemah oleh rakyat Sg. Limau melalui peti undi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bukti Kerajaan Pas Kedah Menolak Pembangunan Di DUN Sg. Limau!!! #PRKSgLimau #BeraniBerubah


Ini bukti kerajaan Pas Kedah menolak pembangunan!!! Ini adalah jambatan yang menghubungkan tanah besar Semenanjung di Kg. Kuala Sedaka, Yan, Kedah dengan Pulau Bunting sejauh 2.8 km panjangnya. Jambatan ini dibina semasa kerajaan BN memerintah negeri Kedah.

Tujuan jambatan ini dibina adalah sebagai jalan penghubung antara pulau dan tanah besar bagi memudahkan pengangkutan. Pada awalnya kerajaan BN pada ketika itu bercadang ingin membina loji penapisan minyak (Refinary) bagi memudahkan kapal-kapal tangki minyak berlabuh kerana lokasinya yang sangat strategik dari segi kedalaman.

Tapi projek ini tidak dapat diteruskan apabila Kedah jatuh ke tangan pembangkang yang diperintah oleh Pas. Segala rancangan baik kerajaan BN terpaksa ditangguhkan sebaik saja Pas memerintah dengan alasan kononnya projek ini membazir wang rakyat sedangkan projek ini dijangka bakal menjana pendapatan tambahan kepada penduduk setempat dan membuka peluang pekerjaan.

Sepanjang sepenggal kerajaan Pas memerintah Kedah tiada usaha untuk menyambung projek ini. Kesannya, projek ini menjadi projek gajah putih apabila mendapat banyak halangan terutama daripada kerajaan Pas Kedah.

Inilah sifat sebenarnya pemimpin Pas yang sanggup melihat rakyat menderita asalkan mereka berjaya memegang kuasa politik. Sekali lagi rakyat Kedah terutamanya di Sg. Limau mampu membawa perubahan landskap jika memilih wakil rakyat dari BN kerana kesinambungan ini dapat diteruskan jika wakil rakyat ADUN dan ahli Parlimen dari keranjaan BN yang memerintah.

Oleh itu, pengundi dan rakyat Sg. Limau harus dapat melihat apakah kesannya jika pembangkang masih memerintah atau menjadi wakil rakyat. Fikir-fikirkanlah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers