Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 8 November 2013

Kekalahan BN Di Sg. Limau Kerana Kelemahan NKPUM @AzwanBro??? @NajibRazak @KhairyKJ


Sudah tiga hari berlalu PRK Sg. Limau baru-baru ini dan keputusannya pun satu Malaya dah tahu. Pas masih mengekalkan kerusi DUN yang ditinggalkan oleh penyandang lama arwah Ustaz Azizan. Umum sudah tahu analisis kenapa Pas menang dan kenapa BN kalah.

Cuma kali ini bukan itu yang mahu gua kongsikan. Yang gua mahu kongsikan adalah beberapa kelemahan jentera BN yang gua lihat sendiri depan mata terutama jentera Pemuda Bahagian dan jentera Pemuda Pusat. Dari maklumat yang dikongsikan oleh beberapa orang sahabat, jentera Pemuda Pusat kali ini tidak diketuai oleh Ketua Pemuda, Khairy tetapi oleh Naib Ketua Pemuda (NKPUM) baru iaitu Khairul Azwan a.k.a wanbro bersama Exco Pemuda yang baru memenangi dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

Patut la ramai orang UMNO terutama dari kalangan Pemuda dok kata barisan exco yang ada kali ini agak lemah dan rapuh serta kurang berpengalaman. PRK Sg. Limau adalah medan tempur pertama Exco Pemuda baru untuk menunjukkan kebolehan kepimpinan mereka. Ditambah pula dengan kelemahan ketua jentera Pemuda yang juga NKPUM baru sehinggakan hari mengundi boleh dikira jentera Pemuda UMNO berbanding dengan jentera pemuda Pas.


Gua berkata bersandarkan pemerhatian gua selama 13 hari berada di sana sepanjang tempoh berkempen bermula hari penamaan calon. Dalam mesyuarat jentera Pemuda NKPUM Wanbro menjanjikan 2 ribu petugas Pemuda akan membantu kempen BN tapi sayang. Rasanya hanya ada 2 ratus kot itu pun belum tentu. Jentera bermotor hanya 2 3 PDM jer yang ada, belum lagi dengan jentera lain.

Gua tinggal menumpang di rumah sahabat di Taman Mahsuri yang terletak di belakang Bilik Gerakan Pemuda BN. Cuba korang tengok apa aktiviti yang ada. Jangankan aktiviti, petugas pun payah nak nampak muka. Cuba korang tanya berapa hari Wanbro berkampung kat Sg. Limau. Rasa-rasanya sebelah jari pun payah nak kira.

Ini jauh berbeza dengan jentera Wanita dan Puteri yang masuk sampai ke perkampungan nelayan tepi pantai, meredah tepi bendang untuk sampai ke rumah di tengah-tengah sawah bendang. Kalo setakat buat aktiviti main lumpur di tengah bendang tapi geng-geng tu jer sedangkan tiada partisipasi anak-anak tempatan macam mana. Itu belum lagi kalo nak sebut pasal Bukit Chorus, Bukit Besar, Sg. Daun, Padang Lumat antara kubu kuat Pas. Apa yang Pemuda sudah buat untuk menembusi kubu kuat Pas ini.

Paling gua kesian bila Wanita dan Puteri jer yang dok berperang dengan jentera Pas hari mengundi. Tengok sendiri beratus pemuda Pas bermotor dok pusing Pusat Mengundi, beratus pemuda Pas dok meraih undi, jentera Pemuda kita mana. Berapa kerat jer yang ada. Itu belum lagi cerita

Bukan gua sorang yang mempertikaikan peranan jentera Pemuda yang diketuai oleh Wanbro ni tapi ramai lagi sahabat blogger lain. Korang pi la check sendiri blog-blog lain, sama jer ceritanya dua tiga hari nie.


Bak kata omputih "1st task failed", task-task yang lain tu macam mana la pulak. Nak salahkan exco pun tak boleh jugak kalo kepala depa pun hancur. Gua ingat Ketua Pemuda YB Khairy yang menyambung 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers