Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 28 October 2013

Pengundi Cina #PRKSgLimau Tolak DAP Pilih MCA Kali Ini!!!






Pagi tadi bertempat di pekan kecil Simpang Tiga, Naib Presiden MCA Datuk Gan Ping Sieu membuat lawatan sambil beramah mesra dengan penduduk dan pengundi cina di Pekan Simpang Tiga salah satu kawasan penempatan kaum cina dalam DUN Sg. Limau ini.

Lawatan Datuk Gan Ping Sieu ini mendapat sambutan baik penduduk cina yang mula menyatakan sokongan terhadap MCA dan memberi sokongan kepada calon BN. Ini kerana hasil temubual dengan penduduk cina, mereka melahirkan rasa kecewa dengan DAP kerana termakan dengan penipuan dan fitnah yang disebarkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat.

Sewaktu PRU13 yang lepas, penduduk cina dijanjikan dengan 1001 janji jika mereka memangkah calon Pas iaitu Ustaz Azizan dengan moto IniKaliLah. Mereka dijanjikan jika menyokong DAP, kerajaan BN bakal bertukar kepada Pakatan Rakyat pada PRU kali ini. Tapi setelah menang, pengundi cina ini seolah-olah dipinggirkan dan dibiarkan. Ustaz Azizan yang telah menjadi wakil rakyat hampir 18 tahun tidak berjaya membawa apa-apa pembangunan kepada penduduk minoriti cina ini.

Walaupun pengundi cina hanyalah peratusan minoriti undi di Sg. Limau tetapi jika mereka memberi sokongan padu kepada calon BN sesuatu kejutan bakal berlaku di sini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Boleh dipercayai sebab kalau cina sokong pas pun merika tak dapat apa apa dan tak memberi sebarang kesan pun .Jadi kali ini cina main wayang lagi....dung dung dung.....ayyyyya!

    ReplyDelete
  2. Cina tetap cina,takada cina pun BN tetap menang,wayang opra cina PM dah tahu jalan ceritanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers