Pas yang menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam bukan sahaja gagal menyatakan pendirian tegas mengenai isu hudud sebaliknya terus berdolak-dalik dalam usaha yang dilihat mahu menjaga hati DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh.
Meskipun dihina Pengerusi DAP dalam isu hudud, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi tetap berkata, Pas tidak pelik dengan penentangan Karpal dan beliau memberi alasan DAP hanya sebuah parti pembangkang bukan kerajaan yang memerintah.
Beliau juga secara berterusan cuba berdalih mengenai kegagalan Pas menjawab kritikan pedas Karpal dan sebagaimana yang lepas-lepas, Abdul Hadi menyalahkan UMNO dan BN pula.
Hadi juga langsung tidak berani menyentuh mengenai penolakan Anwar Ibrahim terhadap hasrat Pas apabila Ketua Pembangkang itu menegaskan hudud tiada dalam agenda pembangkang dan hanya dilaksanakan jika mendapat persetujuan DAP.
Kalau dulu Karpal kata langkah mayat dia dulu, sekarang ini tak kata lagi dah. Dia cuma kata dia menentang dan tidak setuju. Itu hak dia, itulah demokrasi dan Pas menyokong demokrasi."
Karpal bukan sahaja menempelak Pas tetapi mengulangi pendirian keras menentang hudud dan menyifatkan undang-undang Islam itu mustahil dipraktikkan di Malaysia malah menyatakan hudud tidak mampu membantu membasmi jenayah di negara ini.
