Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 18 September 2012

Bendera Baru Berkibar Di SelangorR Sambut Hari Malaysia...


Siapa dibelakang orang yang bertanggungjawab mengibarkan bendera baru untuk Malaysia pada malam sambutan Hari Kebangsaan 30 Ogos yang lepas bukan lagi rahsia.

Individu yang bertanggungjawab adalah seorang pemimpin muda PKR yang memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan AMK yang juga pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Najwan Halimi.

Pengakuan yang dibuat Najwan Halimi adalah satu tamparan yang cukup hebat kepada Anwar Ibrahim yang sebelum itu menuduh perkara itu adalah mainan politik UMNO untuk memburukkan pembangkang. 

Walaupun PKR cuba menafikan mereka terlibat dan menafikan mereka akan menukar bendera jika memerintah negara ini, namun sehingga ke hari ini belum ada satu larangan yang dikeluarkan oleh PKR yang meminta orang-orangnya agar tidak lagi mengibar bendera tersebut sebagai ganti kepada bendera Malaysia.

Monday, 17 September 2012

Mesti Tengok!!! Chopper 1Malaysia By Orange County Chopper OCC... Part 1






Gelaran Mat Rempit Akan Digantikan Dengan Nama???... @RempitUnited

Penunggang motosikal atau Mat Rempit di kalangan golongan muda perlu dijenama semula selepas sekian lama disalah anggap oleh segelintir pihak.
Ini berikutan golongan berkenaan memiliki semangat, aspirasi, kemahuan dan keistimewaan tersendiri yang sepatutnya menjadi rakyat Malaysia yang boleh dibanggakan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, generasi muda pelapis masa depan dan harus dididik dan dibimbing supaya menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Menurutnya, penubuhan persatuan seperti Rempit United (RU) satu inisiatif yang dialu-alukan dan sebuah persatuan yang mewakili 239,000 penunggang motosikal adalah satu kekuatan.
"Kerajaan dan rakyat mengiktiraf pembabitan anak muda menyumbang tenaga dengan kerajaan untuk membantu memajukan negara. Kita mahu mereka bukan saja sebagai pemerhati, tetapi menjadi 'pemain' dalam proses pembangunan negara.
"Pendaftaran RU sebagai ahli Koperasi Belia 1 Malaysia (KOB1M) satu langkah bijak. Saya secara peribadi dan kerajaan akan memberi sokongan penuh kepada anak muda yang ingin melakukan perubahan, bersama-sama memainkan peranan membantu memajukan negara," katanya.
Beliau berkata, tidak sepatutnya orang kita memberi alasan tiada pekerjaan, sedangkan ramai rakyat Indonesia dan Bangladesh datang ke sini untuk mencari rezeki.
"Hampir tiga juta masyarakat dari negara luar mencari rezeki di sini, kenapa kata tiada kerja tetapi (kita perlu) sanggup cari kerja, menyara diri dan keluarga," katanya ketika menghadiri majlis rumah terbuka anjuran RU di Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam. Majlis dihadiri lebih 5,000 penunggang motosikal dan orang awam.
Presiden Rempit United, Wazi Abdul Hamid yang juga bekas jaguh lumba motosikal negara berkata, RU sebuah pertubuhan yang komited untuk menyemai nilai aspirasi tinggi di dalam budaya rempit.
"Tidak adil jika kita melabel semua Mat Rempit sebagai penjenayah, sedangkan kebanyakan mereka hanya anak muda yang ingin berseronok dan berekreasi.
"Ingin saya tegaskan diri sini, Mat Rempit bukan penjenayah. Penjenayah tetap penjenayah, tidak kira rempit atau tidak. Ahli RU harus menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa," katanya.
Wazi menyerahkan petisyen kepada Presiden KOB1M, Mohd Eddy Casmady Che Husin sebagai tanda RU mendaftar dan menjadi ahli KOB1M sebagai langkah menyahut seruan kerajaan membentuk masyarakat berkoperasi dan bermutu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Sunday, 16 September 2012

Puaka Niring : Misteri Haiwan Aneh Dan Ganjil Dapat Dirakamkan...

Gambar Separuh Bogel Kate Middleton Tersebar!!!!

Ketika rakyat Malaysia begitu teruja dan sibuk dengan kehadiran Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia, lain pula ceritanya di Eropah.
Keadaan di sana kecoh dengan berita tersebarnya gambar separuh bogel isteri Putera William ketika pasangan diraja itu bercuti di selatan Perancis awal bulan ini.
Sebuah majalah bertajuk Closer di Perancis didakwa telah menceroboh ruang privasi Putera William dan Kate ketika mereka sedang berehat di sebuah rumah di negara itu.
Seorang jurufoto majalah itu telah secara rahsia menangkap gambar Kate yang ketika itu hanya memakai 'bra' dan seluar dalam sahaja.
Turut didedahkan adalah sekeping gambar ketika Putera William sedang menyapu losyen di belakang badan isterinya itu.
Walaupun berada di Malaysia pada waktu ini, Putera William ternyata berang dengan tindakan paparazi di Perancis yang begitu berani memalukan dia dan isterinya.
Menurut jurucakap pegawai Istana St James, mereka sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat majalah itu termasuk jurufoto berkenaan.
"Pasangan diraja berkenaan amat sedih dan marah kerana satu penerbitan Perancis dan seorang jurugambar menceroboh privasi mereka secara melampau dan tanpa sebarang justifikasi.
"Insiden itu mengimbau kembali perbuatan melampau media cetak dan jurugambar paparazi semasa Diana masih hidup," kata jurucakap Istana St James yang dipetik dari laman Gawker.com, semalam. (Mynewshub.my)
Hari ini, menurut laporan TMZ, keluarga diraja tersebut termasuk Putera William dan Kate telah bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah Closer dan juga editornya.
Pihak syarikat Closer bakal disaman oleh pasangan diraja itu.
"Tindakan prosiding mahkamah untuk menyaman telah pun dibuat di Perancis hari ini," kata jurucakap Istana St. James.
Bagaimanapun, editor majalah Closer tetap dengan pendirian itu mengatakan pendedahan gambar itu hanyalah untuk hiburan dan bukan menjatuhkan maruah atau nama Kate.
Penyiaran gambar kontroversi itu merupakan cabaran getir pertama yang dicetuskan oleh media cetak terhadap pasangan diraja itu selepas mendiang Diana mati dalam satu kemalangan kereta di Paris ketika beliau dikejar beberapa paparazi.
Sebelum ini, satu lagi kontroversi melibatkan keluarga diraja itu apabila gambar adik kepada Putera William, Putera Harry yang sedang berbogel dengan seorang perempuan didedahkan oleh akhbar The Sun di Britain kepada umum.
Putera Harry berbogel dengan seorang wanita semasa mereka berada di dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers