Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

Eksklusif!!! Rakyat Edar “Report Card” Menteri Besar Selangor Pasal Air???... @khalidibrahim


Mentang-mentanglah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru saja diumumkan, tiba-tiba saja rakyat Selangor menghadiahkan "report card air" (kad laporan) kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sudah tua bangka pun dapat "report card" lagi?

Mungkin kad laporan itu diedarkan oleh rakyat yang majoritinya kini sedar dan tidak berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar itu berhubung sikapnya yang dilihat gagal menyelesaikan masalah gangguan air sejak lima tahun memerintah negeri tersebut.

Kami turut menerima "report card air" untuk Menteri Besar itu dan ia membuat kami tercengang-cengang sebelum berderai ketawa. Nampaknya rakyat Selangor "baru kenal" siapa Khalid yang sebenar…

Menariknya,"report card" tersebut telah diedarkan secara meluas di sekitar Cheras, Ampang, Gombak, Petaling Jaya, Klang dan bandar-bandar utama di seluruh negeri berkenaan khususnya di kawasan yang sering menhadapi masalah gangguan bekalan air.

Sebagai sebahagian dari rakyat yang tinggal di sekitar Selangor, kami yakin ramai warga Lembah Klang lain seperti kami yang telah menerima salinan "report card" untuk Menteri Besar itu, bukan?

Terpampang di helaian "report card" itu tentang janji, tarikh janji, bukti kenyataan yang dibuat melalui media massa dan tindakan sama ada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengotakan janji yang ditabur atau tidak.

Sejurus selepas Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Khalid berjanji untuk mengotakan manifesto Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu untuk memberikan "air percuma" kepada seluruh rakyat di negeri itu.


Bagaimanapun, tidak semua rakyat dapat menikmati "janji" tersebut apabila dianggarkan lebih 170,000 unit kediaman dan premis perniagaan di Selangor tidak mendapat hak bekalan air percuma sebagaimana yang diwar-warkan.

Beribu-ribu rakyat yang dinafikan hak mereka itu telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kes masih lagi diteruskan di mahkamah.

Berdasarkan "report card" tersebut, sudah hampir lima tahun berlalu, Khalid masih lagi belum menunaikan segala yang disarankan – penstrukturan semula industri air, pemindahan air dari Terengganu, penggunaan air lombong, pembersihan air Sungai Kelang, penggunaan Teknologi Membran, kaedah 'portable treatment' plant.

Wednesday, 30 January 2013

Selangor Ugut Bubar DUN Selepas Tahun Baru Cina???...


Kerajaan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri DUN Selangor selepas Chap Goh Meh jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.

Khalid Ibrahim kata kerajaan negeri kena berbincang dulu dengan majlis pimpinan tertinggi PR pasal ini.

"Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal iaitu selepas Chap Goh Meh " kata Khalid.

Khalid kata dulu dia enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

"Tetapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat " kata Khalid.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Khalid itu sendiri hairan dengan tindak tanduk MB Selangor itu.

Katanya, dulu tidak mahu cepat, sekarang hendak cepat pulak.

"Kerajaan negeri memang ada hak bubar DUN bila-bila masa dengan perkenan sultan, tetapi tarikh pilihanraya hanya SPR yang boleh tentukan" kata Abdul Aziz.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 18 September 2012

Bendera Baru Berkibar Di SelangorR Sambut Hari Malaysia...


Siapa dibelakang orang yang bertanggungjawab mengibarkan bendera baru untuk Malaysia pada malam sambutan Hari Kebangsaan 30 Ogos yang lepas bukan lagi rahsia.

Individu yang bertanggungjawab adalah seorang pemimpin muda PKR yang memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan AMK yang juga pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Najwan Halimi.

Pengakuan yang dibuat Najwan Halimi adalah satu tamparan yang cukup hebat kepada Anwar Ibrahim yang sebelum itu menuduh perkara itu adalah mainan politik UMNO untuk memburukkan pembangkang. 

Walaupun PKR cuba menafikan mereka terlibat dan menafikan mereka akan menukar bendera jika memerintah negara ini, namun sehingga ke hari ini belum ada satu larangan yang dikeluarkan oleh PKR yang meminta orang-orangnya agar tidak lagi mengibar bendera tersebut sebagai ganti kepada bendera Malaysia.

Wednesday, 7 March 2012

Panas!!! : Pengakuan Ikhlas Pengurus Besar Yayasan Selangor Lemah!!!...



"inilah antara kelemahan-kelemahan tatacara di Yayasan Selangor..."

"saya mengaku dan saya bersetuju saranan YB... ini adalah satu amalan kurang sihat..."

Wednesday, 9 November 2011

PRU13 Dugaan Buat Khalid Ibrahim


SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu mesyuarat ketika penggal keempat membuka tirainya hari ini. Sidang akan berlangsung hingga 18 November ini.

Bagi pemerhati politik, ini merupakan sidang DUN yang begitu penting sama ada di pihak kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta Pas manakala Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang.

Ini kerana sidang DUN kali ini diadakan ketika gendang Pilihan Raya Umum (PRU) semakin kuat dipalu. Ada yang menyatakan mungkin ini adalah sidang terakhir sekiranya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih untuk membubarkan Parlimen sebelum Mac tahun depan.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada pakatan PKR, DAP dan Pas akan turut serta membubarkan DUN atau mahu terus menunggu mandat tamat pada 2013.

Setelah Kerajaan Pusat membentangkan bajetnya yang dilihat memberi pukulan kepada parti-parti pembangkang, kini giliran kerajaan negeri pula akan membentang bajetnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pasti menghadapi laluan sukar kerana pasti banyak perkara yang perlu ditawarkan kepada rakyat terutama dari sudut kebajikan.

Beliau pasti terbeban dengan tuduhan-tuduhan negatif penyokong parti dan sekutunya yang menganggap Bajet 2012 adalah gula-gula politik sedangkan Abdul Khalid pula mahu menawarkan apa ketika rakyat menanti-nanti imbuhan daripada kerajaan PKR, DAP dan Pas.

Abdul Khalid sudah pasti akan memastikan bajetnya tersebut memberi impak positif menjelang PRU-13 termasuk menjamin populariti kepimpinannya tidak merudum.

Ini kerana Menteri Besar itu sedar beliau hanya mempunyai cengkaman pentadbiran sahaja tetapi cengkaman dan penguasaan politik dibayangi oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Belum tentu beliau akan terus kekal menerajui negeri ini sekiranya PKR berjaya mengekalkan kerusi yang banyak pada PRU akan datang kerana Pas dan DAP juga sudah pasti mengintai tempat kerusi panas Menteri Besar.

Bajet kali ini menjadi tapak ujian pada Abdul Khalid untuk memastikan ekonomi Selangor akan terus mantap. Beliau turut menghadapi masalah besar sekiranya pertumbuhan ekonomi Selangor tidak mantap selain prestasi anak-anak syarikat terus merudum.

Apatah lagi tahun depan dikatakan kerajaan negeri mahu memperkenalkan skim gaji minimum yang acap kali mereka laung-laungkan sebagai modal politik dan pilihan raya. Kalau prestasi ekonomi tidak mantap bagaimana mereka mahu melaksanakan skim tersebut.

Justeru, menjadi tugas besar BN selaku pembangkang di negeri ini untuk melakukan proses 'semak dan imbang' terhadap pelbagai janji-janji pilihan raya umum 2008 setelah genap tiga tahun tujuh bulan tempoh pentadbiran pakatan PKR, DAP dan Pas di negeri ini selain strategi bajet mereka sejak 2009 iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Negeri Maju Rakyat Sejahtera (2010) dan Hasil Negeri Untuk Rakyat (2011).

Isu-isu yang berlaku sepanjang tempoh tersebut akan memberikan impak kepada setinggi mana tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan parti pembangkang di Selangor berdasarkan bidang-bidang tumpuan yang diberikan iaitu dari segi kredibiliti, efektif, keberkesanan dan tadbir urus.

Sebenarnya memang mudah membuat pelbagai janji yang manis-manis tetapi apabila sudah mendapat tampuk kuasa dan menghadapi realiti politik dan masalah akar umbi ia tidak semudah dijangkakan.

BN yang mendapat suntikan daripada Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beberapa kali melengkapkan pusingan program turun padang ke negeri selain pukulan Bajet 2012 yang sekali gus menenggelamkan sinar 'Buku Jingga' harus mengambil peluang ini untuk menampilkan perdebatan yang berkualiti dalam sidang kali ini bagi mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri di bawah teraju PKR, DAP dan Pas.

Isu terbaru berkaitan laporan Ketua Audit Negara 2010 dijangka menjadi topik hangat. Jangan pembangkang hanya menghalakan peluru bagi memburukkan Kerajaan Pusat dengan bermodalkan laporan audit tersebut sedangkan kerajaan negeri juga perlu melihat kepincangan yang didedahkan dalam laporan yang sama.

Jangan menjadi paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ini termasuk membabitkan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB). Pengauditan yang dijalankan antara Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.

Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta.

Menurut laporan itu lagi, selain itu, terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak diadakan mengikut kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi. KDEB juga, jelas laporan itu, tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri.

Kerajaan memberikan alasan bahawa program pemberian air percuma 20 meter padu tidak mempunyai kaitan dengan kerugian KDEB. Namun setakat ini tiada sebarang sebab pula diberikan tentang faktor kerugian kalau bukan sebab air. Adakah faktor ketidakcekapan pengurusan baru KDEB?

Kerana berdasarkan perjanjian dengan kerajaan negeri pada September 2008, KDEB telah diberikan pinjaman RM200 juta dengan faedah empat peratus setahun.

Difahamkan kerugian KDEB pada 2009 kerana menanggung kos program air percuma bernilai RM131.47 juta di samping perbelanjaan penajaan gaji Persatuan Bola Sepak Selangor sebanyak RM4.1 juta sedangkan kedua-duanya bukan aktiviti KDEB.

Program air percuma sepatutnya perlu diperjelaskan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor. Pinjaman KDEB daripada kerajaan negeri adalah tidak wajar kerana syarikat tersebut perlu berhutang. Namun demi janji PRU-12, kerajaan negeri terpaksa meneruskan program air percuma meskipun tidak mampu dalam tempoh jangka panjang. Akhirnya KDEB tidak dapat bertahan dan pembayaran perlu diberhentikan. Kalau tidak anak syarikat kerajaan negeri itu akan terus mengalami kerugian.

Pendedahan Laporan Audit Negara terhadap anak syarikat kerajaan negeri, Woldwide Holdings Bhd., PKPS Agro Industries dan Tourism Selangor Sdn. Bhd. juga memerlukan satu bedah siasat secara terbuka dalam sidang kali ini.

Selain itu, kepimpinan Abdul Khalid juga tidak dapat lari daripada kepincangan yang pernah didedahkan sendiri oleh laporan audit dalaman kerajaan negeri berkaitan Yayasan Selangor dan juga kemelut yang menimpa Universiti Selangor (Unisel).

Isu-isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar termasuk melibatkan pelantikan pasukan penasihat dan perunding luar dengan gaji lumayan hingga mengetepikan kemampuan pegawai sedia ada.

Soal pengurusan hasil pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. juga sebenarnya masih menjadi tanya tanya. Sedangkan rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran hasil pasir yang dilombong secara agresif itu benar-benar masuk ke kantung rakyat. Ini kerana membincangkannya pada masa ini menjadi sub judice sementalah ia masih dalam pendengaran Jawatankuasa SELCAT.

Mungkin dalam sidang DUN kali wakil-wakil rakyat BN akan menimbulkan kembali isu pasir. Seharusnya kerajaan negeri bersikap telus sejajar dengan Enakmen Kebebasan Maklumat yang telah diluluskan pada tahun lalu. Diharapkan persidangan kali ini tiada wakil rakyat yang terpaksa diarahkan keluar dewan persidangan sekiranya perdebatan menjadi hangat.

Dari segi program pembasmian kemiskinan pula, langkah kerajaan negeri menaikkan paras pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM1,500 sebulan membuatkan kadar kemiskinan rakyat negeri ini berada pada paras 30 peratus iaitu melibatkan kira-kira 1.56 juta orang daripada keseluruhan 5.2 juta rakyat negeri ini. Selama tiga tahun tujuh bulan berapa peratuskah kadar itu dapat diturunkan?

Soalnya setakat ini tidak kelihatan lagi program pembasmian secara agresif dilakukan sama ada di bandar atau luar bandar selain jumlah rumah kos rendah yang dibina terlalu jauh daripada mencukupi.

Rakyat juga sering gusar dengan suasana politik di negeri yang dirasakan tidak selesa. Banyak isu sebenarnya dicipta oleh sikap kepimpinan parti-parti pembangkang tetapi sering kali BN dan UMNO yang menjadi kambing hitam.

Tiga parti yang berlainan ideologi selain mempunyai kepentingan berbeza meliputi agama, bahasa, budaya dan kepentingan etnik - menyebabkan banyak isu yang dibangkit hingga menjadikan suasana negeri ini tidak tenteram.

Bermula isu penjualan arak, isu kalimah Allah, bercambahnya hotel-hotel bajet, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang didakwa sebuah gereja di Petaling Jaya dan akhirnya momokan terhadap Perhimpunan Selamatkan Akidah di Stadium Shah Alam. Kesemuanya menyaksikan pelbagai percanggahan di kalangan rakan-rakan dalam barisan Exco.

Sampai sekarang Abdul Khalid tidak berani mendedahkan apakah status premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang membuatkan JAIS telah dihentam kiri dan kanan.

Dalam konteks Bajet 2012, rakyat sedang menunggu sejauh semua realistiknya tawaran-tawaran yang ingin diberikan oleh Abdul Khalid. Sebab itu pentingnya rakyat menilai sejauh mana janji-janji yang dahulu terlaksana sebelum janji-janji baru ditaburkan kerana ini mungkin juga merupakan bajet pilihan raya bagi parti-parti pembangkang.

Kerajaan negeri juga perlu memastikan selepas bajet ini diluluskan, tiada permohonan peruntukan tambahan yang terlalu tinggi. Jika tidak strategi pengurusan perbelanjaan cekap dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri bakal menjadi retorik semata-mata.

Ingatlah rakyat sudah semakin sedar dan celik jika terdapat sebarang pembohongan dan tipu daya. Tunggu saja PRU-13.

Tuesday, 18 October 2011

Sultan Selangor : Tindakan JAIS Ikut Peraturan



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang yang berkuatkuasa di negeri ini.

Bagaimanapun, baginda bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak, selepas meneliti secara mendalam laporan JAIS selain mendapat nasihat pakar agama dan undang-undang.

Terdapat keterangan ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

"Tindakan JAIS selaras bidang kuasa yang diperuntukan mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988," titah baginda dalam satu kenyataan di sini, semalam.

"Sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor, Beta amat mengambil berat dan amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu untuk melemahkan akidah umat Islam di Selangor"

Baginda bertitah, sebagai sebuah jabatan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam di negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat bagi memastikan agama Islam sentiasa terpelihara dan dimartabatkan.

Titahnya, ini selaras kedudukan agama Islam sebagai agama negeri Selangor mengikut Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh kerajaan Selangor,


Kulaan : apa boleh Khalid Gagap kata lagi... tergagap-gagap bila bertemu dengan Sultan Selangor...

Thursday, 25 August 2011

Khalid Ibrahim Bengang Bila Sultan Selangor Tak Perkenan Majlis Syura!!!!



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak pernah memperkenankan penubuhan Majlis Syura atau majlis berbentuk dialog berkaitan agama dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya, 3 Ogos lalu.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani,"Apa yang berlaku ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyembah maklum kepada Sultan Selangor berhubung hasrat beliau memanggil dan berjumpa dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan isu pemeriksaan JAIS di gereja itu."

"Beliau bercadang membawa bersama Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Sultan Selangor pula tidak menghalang hasrat Menteri Besar memanggil pihak gereja bersama Mufti Selangor tetapi baginda menasihatkan Abdul Khalid menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor untuk memberi nasihat perkara berkaitan hukum-hakam syariah dan tidak meyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS"


Kulaan :  Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana berhubung dengan isu yang dicadangkan oleh Khalid Ibrahim apabila Khalid Ibrahim berhajat besar hendak menjadi hero  kepada penganut Kristian dengan mempertahankan pihak gereja bukannya mempertahankan tindakan JAIS dalam isu ini.

Berang dengan teguran Sultan Selangor, hari ini Khalid dan kerajaan pakatan bertindak menukarkan nama Majlis Syura dengan nama Jawatankuasa Pendengaran walhal konsepnya masih sama hanya nama sahaja yang berbeza.  Matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama.  Jadi, tindakan ini seolah-olah memperlihatkan perangai jahat Khalid dan kerajaan pakatan rakyat yang tetap hendak mengadakan jawatankuasa dengan sekadar menukar nama "Rebranding" atas desakan sebahagian besar ADUN Kristian yang berselindung disebalik jawatankuasa ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers