Kita berasa marah dan terhina apabila dua rakyat kita yang kini sedang menuntut di Singapura, Alvin dan Vivian bertindak merakamkan aksi seks mereka di dalam blog tanpa rasa malu dan rasa bersalah.
Malah di republik itu sendiri, mereka berdua bakal berhadapan dengan tindakan daripada pihak universiti yang kesal dengan perbuatan mereka.
Tetapi sebaliknya berlaku di negara kita sendiri.
Mereka berdua kini dilayan bagai selebriti, siap diwawancara oleh tiga buah stesen radio tempatan!
Apa sudah jadi???
Adakah kita juga hendak menyatakan sokongan secara langsung kepada kedua mereka ini?
Untuk pengetahuan anda, Alvin dan Vivian telah ditemubual oleh Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9).
Malah pendengar juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8).
Oh maaf…kita mungkin sudah moden, kita mungkin sudah liberal justeru kita perlu bersikap 'terbuka'.
Ya, kita perlu bersikap terbuka….wawancaralah lagi, temubual lah lagi, lepas ni apa kata kita 'angkut' kedua-dua mereka untuk muncul secara 'live' pula di TV.
Kemudian kita minta syarikat-syarikat korporat ambil mereka sebagai duta produk, atau macam mana?
Di bawah ini adalah artikel mengenai wawancara itu yang disiarkan oleh The Star.
Anda nilailah sendiri.
———————————–
PETALING JAYA – Mereka telah menjadi sangat terkenal dalam masa seminggu akibat mempunyai blog seks, tetapi Alvin Tan dan Vivian Lee berdepan beberapa kemungkinan.