Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 5 January 2013

Rupa Macam Mana Kalo Maya Karin Jadi Patung???...


Pernah terfikir bagaimana rupa aktres, Maya Karin apabila menjadi patung?

Dalam majalah Esquire Malaysia, Maya Karin tampil dengan gambar dirinya yang menjadi patung.

Berikut adalah gambar-gambar Maya Karin selepas 'ditukar'kan menjadi patung ala-ala fantasi.

Layan…

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa Dosa Nureffa Sahira Hingga Diperlakukan Begini?


KEJAM… inilah perkataan terbaik boleh kita beri kepada penjenayah yang sanggup melakukan perbuatan paling hina seperti ini.

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, Semporna, Sabah kelmarin.

Harian Metro melaporkan, mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal hinggalah ia ditemui dalam tong dram tersebut.

Apa dosa Nureffa Sahira…apa yang kanak-kanak enam tahun ini mampu lakukan hingga dia diperlakukan sebegini rupa?

Semoga polis dapat segera mengheret pelakunya ke muka pengadilan, kalau ia boleh berlaku pada Nureffa Sahira, ia juga boleh berlaku pada anak kita semua, Nauzubillah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 4 January 2013

Kata Terakhir TunM sebelum meninggalkan kerusi Presiden UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO Ke-54...


KATA-KATA TERAKHIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD sebelum meninggalkan kerusi PRESIDEN UMNO ketika PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 54

"Sesungguhnya musuh UMNO tidak kuat. Mereka tidak mungkin mengalahkan UMNO. Tetapi UMNO boleh mengalahkan UMNO. Saya tidak perlu hurai perkara ini. Kita semua tahu. Parti lawan tidak menang. Hanya UMNO yang kalah.

Sesungguhnya UMNO tidak mungkin kalah jika kesetiaan kita kepada parti, pada bangsa dan agama tidak dilunturkan kerana kepentingan diri. Tidak ada parti politik di mana-mana yang lebih berjaya memulihkan maruah sesuatu bangsa, seperti UMNO. Daripada bangsa yang dijajah dan dihina, bangsa Melayu sekarang dianggap sebagai bangsa yang begitu berjaya sehingga menjadi contoh kepada ramai bangsa-bangsa lain di dunia. Jasa UMNO kepada orang Melayu, Bumiputera lain, bangsa Malaysia dan negara Malaysia amatlah jelas dan besar. Janganlah kekecewaan kita menghancur semula maruah bangsa kita

Tahukah Anda Justin Bieber Beragama Islam Dan Mazhab Hanafi???...


Bila anda baca tajuk di atas, perkara pertama terlintas di kepala ialah betul ke apa admin tulis ni.

Sebenarnya admin pun tak tahu…. namun sebuah akhbar arus perdana telah memberikan beberapa fakta baru mengenai Justin Bieber.

Percayalah…ramai yang tidak tahu fakta-fakta ini termasuk Justin Bieber sendiri. Lihat reaksi Justin bila mengetahuinya…

Selain itu, Justin Bieber adalah negara kesembilan terbesar di dunia.

Dia juga bebas dari cengkaman komunis Sejak 16 Disember 1991?

Selanjutnya anda tengoklah sendiri dalam keratan akhbar di bawah…

Sumber : MyNewsHub
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bodohnya Rafizi Percayakan Deepak????...


Dari awal lagi kita telah diingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak terlalu mempercayai ahli perniagaan berbangsa India bernama Deepak Jaikirshan ini.

Selain diketahui sebagai seorang yang begitu terdesak dan mencari pihak yang boleh membantunya menyelesaikan hutang berjumlah ratusan juta ringgit dengan beberapa institusi kewangan, Deepak juga kita tahu tidak konsisten dalam memberikan kenyataan berkaitan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansur'

Sekejap dia kata Rosmah baik dan dianggap sebagai kakak, sekejap dia kata Rosmah jahat dan tidak boleh dipercayai.

Disamping itu, ada juga rakaman video tersembunyi yang menunjukkan Deepak menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang dalam membabitkan Perdana Menteri dengan satu skandal perolehan tanah bernilai jutaan ringgit di Selangor.

Semua ini sepatutnya sudah jelas untuk menolak sebarang kenyataan Deepak dan seharusnya dijadikan panduan kepada pimpinan Pakatan Rakyat dalam mengendalikan orang terdesak seperti Deepak ini di masa hadapan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers