Jadilah Sahabat Kulaan...
SEWA
TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Thursday, 25 April 2013
[Video] Tahniah Kepada Guru Agama Dan Pendakwah Agama Di Johor... @razaliibrahim #P146
Tahniah kepada guru-guru agama dan pendakwah agama di atas intensif istimewa yang diumumkan oleh Datuk Razali...
Siapa kata UMNO dan BN tidak mengangkat martabat golongan ahli agama dalam negeri Johor...
[Video] @razaliibrahim Tunaikan Janji Penduduk Cina Muar #P146...
Datuk Razali Ibrahim ketika berkempen bersama masyarakat cina di kawasan Muar telah menunaikan hampir kesemua janji beliau dalam manifesto PRU12 yang lepas. Cuma terdapat beberapa masalah kecil lain yang masih belum dapat beliau selesaikan semasa beliau menjadi ahli parlimen Muar di penggal lepas.
Beliau bukanlah Superman yang dapat menyelesaikan semua masalah sekelip mata atau dalam sehari, beliau juga manusia biasa yang punya kekangan waktu dan tenaga. Namun, ini antara janji beliau jika sekiranya masyarakat cina Muar memberi peluang sekali lagi kepada beliau untuk menaburkan bakti kepada masyarakat cina Muar, beliau akan cuba selesaikan semua masalah berkaitan masyarakat Muar.
Ini jauh berbeza dengan janji calon PR dari orang PKR yang suka menipu macam pemimpin tertinggi mereka. Calon PKR akan menabur 1001 janji manis ibarat menabur janji di bibir tapi apa bila mereka sudah mendapat kuasa, mereka tidak akan menunaikan janji-janji mereka kerana manifesto bagi mereka adalah bukan janji. Lihat saja apa yang berlaku dengan parlimen jiran Muar di bawah pimpinan PKR Chua Jui Meng. Itulah janji dicapati.
p/s : chua tu dalam bahasa cina maknanya ular... kan kaki belit... tolak calon PKR...
[Video] Biar Betul Razali Ibrahim Mintak Maaf Dengan Penduduk Muar!!! @razaliibrahim #P146
Hari ini Datuk Razali Ibrahim yang merupakan calon BN bagi Parlimen Muar membuktikan beliau juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Sebagai manusia biasa yang beragama Islam dengan berbudayakan bangsa melayu yang penuh sopan santun, Datuk Razali dengan randah diri meminta maaf dengan penduduk Muar.
Ini jauh berbeza dengan pemimpin Pakatan Rakyat terutaman dari PKR yang seringkali melakukan kesalahan dan kesilapan dari segi perkataan, pertuturan dan perbuatan dengan angkuh dan ego tidak pernah pun meminta maaf. Bahkan lebih teruk lagi terus menerus mempertahankan tindakan silap dan salah mereka ibarat menegakkan benang yang basah.
Kalo pemimpin mereka boleh berbuat sedemikian, apatah lagi pemimpin bawahan dan ahli-ahlinya. Adakah pemimpin sebegini yang dimahukan oleh penduduk Muar. Adakah pemimpin begini yang dimahukan oleh rakyat Muar memimpin Parlimen Muar.
Tepuk dada tanya selera....
Gempar!!! Blogger Terkenal Dr. Mim Kemalangan Jalanraya Di Behrang Perak!!!... @tunfaisal
Dr Novandri yang terkenal dengan blog Dr. Mim dan sahabatnya Che Wan kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Behrang pagi ini sekitar jam 7.30 pagi...
KN difahamkan Dr. Novandri sudah dihantar ke hospital berdekatan iaitu Hospital Slim River Perak...
Sahabat Dr. Novandri, Che Wan masih berada di lokasi kemalangan dan sedang di bawa keluar daripada kereta oleh pihak bomba dan kemungkinan besar juga akan dihantar ke hospital yang sama...
Mohon pertolongan kepada sesiapa yang berada berdekatan untuk memberi bantuan...
Bersama kita doakan keselamatan Dr. Novandri dan Che Wan... Amin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Labels:
Blogger
Subscribe to:
Posts (Atom)
The True Brothers