Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 13 October 2013

Info Terkini!!! Shahrizat & KJ Kekal Jawatan, Mas Ermieyati Ketua Puteri

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masing-masing mengekalkan jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno susulan pemilihan sayap-sayap Umno yang berlangsung Sabtu.

Kemenangan mereka diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, pada 3.30 pagi Ahad.

Beliau turut mengisytiharkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Puteri Umno yang baharu.

Ketika pengumuman itu dibuat, Shahrizat telah memperoleh 100 undi, Khairy 97 undi dan Mas Ermieyati 96 undi, daripada 191 bahagian sayap masing-masing.

Shahrizat mengetepikan cabaran Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suleiman Palestin manakala Khairy mengungguli saingan lima penjuru.

Khairy dicabar Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Mas Ermieyati pula menewaskan Jamilah Hanim Othman.

Mampukah Gabungan Pemuda Putrajaya Mengharungi 3 Tahun Mendatang??? @KhairyKJ


Hari ini perwakilan Pemuda Bahagian Putrajaya telah menunaikan kewajipan mereka dengan membuang undi bagi memilih Ahli Jawatankuasa peringkat Bahagian dan juga peringkat nasional.

Beberapa keputusan mungkin sudah diketahui terutama keputusan yang dinanti-nantikan iaitu keputusan siapakan yang menjadi Naib Ketua Pemuda Putrajaya kerana jawatan ini dipertandingkan antara 2 penjuru iaitu Nasru Syazwan dan Mohd Syarel yang melihatkan kemenangan berpihak kepada Nasru Syazwan.

Manakala jawatan Ketua Pemuda Putrajaya telah secara rasminya dimenangi oleh Ahmad Faisal atau Tom apabila tiada pertandingan berlaku walaupun pada awalnya ada desas-desus jawatan ini juga menarik minat seorang lagi pemuda Putrajaya berpangkat Datuk untuk mengisinya. Mungkin kerana kehebatan Tom ini membuatkan calon tersebut berfikir untuk tidak meneruskan hasratnya.

Persoalan di sini adakah gabungan ini boleh dikatakan mantap dan dapat bertahan serta mengharungi tempoh sepenggal sehingga pemilihan yang akan datang. Jawapan ini tergantung kepada keputusan yang mereka berdua lakukan sama ada diterima Pemuda Putrajaya atau sebaliknya.

Hanya masa sahaja yang akan menentukannya tetapi tempoh 7 hari yang getir bakal dilalui...

p/s : saja gua tak habiskan artikel nie sama ada mahu meyambungnya atau tamat di sini saja...

Apa pun tahniah buat Ketua Pemuda Putrajaya dan Naib Ketua Pemuda Putrajaya dari anak muda marhaen Putrajaya...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 11 October 2013

Pesanan Calon Naib Ketua Pemuda Malaysia.. @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @azwanbro @tunfaisal




"Selepas PRU yang lalu, kita dapat saksikan sokongan kepada BN tiris di kawasan yang rata-rata nya urban. Langkah yang lebih segar dan kritis harus dinilai bagi UMNO dan Parti BN itu sendiri untuk memikat kembali golongan di kawasan ini.

Bukan sahaja dari segi pendekatan yang rasional, tetapi kaedah penyelesaian yang lebih efektif harus diimplentasi dengan cekap dan pantas seiring dengan pembangunan kawasan urban yang progressif.

Oleh itu seharusnya lebih ramai pemimpin yang bijak, kritis, dan mahir ekonomi dari parti UMNO & BN diletakkan di kawasan-kawasan ini bukan yang berperanan bukan hanya sebagai medium penyampai, tetapi juga sebagai pemimpin yang hadir untuk menyelesaikan masalah.

Tiang kepada pembangunan sesuatu bangsa dan negara adalah pada berapa kuatnya asas pendidikan di dalam setiap individu. Sasaran untuk melahirkan 6000 graduan PhD menjelang 2023 seperti yang digesa YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, harus disambut baik oleh rakyat. Manfaatkan sehabis baik peluang yang ada dan jangan mudah berpuas hati." - Azwanbro

"KDN dan PDRM telah menegaskan bahawa mereka tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas NGO atau persatuan yang cuba membangkitkan isu sensitiviti yang berkait dengan agama dan kaum di Negara ini. Kehadiran NGO adalah untuk membawa unjuran positif dalam pembangunan sosial masyarakat serta memupuk semangat berpersatuan dikalangan individu ke arah masyarakat yang harmoni, bukannya untuk memecahbelahkan, memperlekehkan dan memainkan sentimen perpecahan di antara kita. Jika terdapat NGO dan persatuan yang mempraktikkan budaya tidak sihat ini, laporkan segera kepada pihak berkuasa, tunaikan tanggungjawab dan peranan anda!" - Azwanbro

Siapa Kata Kapten Kapal Terbang Tak Layak Jadi Exco Pemuda Malaysia??? @KhairyKJ @razaliibrahim @tunfaisal


Bila gua terima sekeping kad calon Exco Pemuda Malaysia tiba-tiba mata gua tertumpu pada pakaian seragam yang dipakai pada name card calon. Pakaian yang dipakai sangat unik dan berbeza dengan pakaian yang dipakai oleh calon-calon Exco Pemuda lain seperti baju melayu, baju kod atau casual. Beliau memakai baju kapten kapal terbang tu.

Tak caya!!! Cuba tengok kad calon yang gua lampirkan. Betul ka dia nie seorang kapten kapal terbang sebenar atau ini hanyalah gimik pemilihan. Risik punya risik memang benarlah beliau seorang kapten kapal terbang yang mempunyai lesen penerbangan yang sah.

Nama beliau adalah Kapten Mohd Fairuz Mohd Sakirin yang menawarkan diri menjadi calon Exco Pemuda Malaysia dengan nombor calon 55. Dengan latarbelakang yang agak baik pernah menjadi Presiden UMNO Melbourne tahun 2000, Exco Pemuda UMNO Bahagian Kelang Klang, Sekreteriat NGO Pemuda UMNO Malaysia dan sebagai Duta Keamanan Dunia (AEWP) UN sudah tentu menjadi sandaran kepada beliau untuk menawarkan diri sebagai Exco Pemuda.

Dengan pengalaman luas beliau terutama di peringkat antarabangsa sudah tentu memberi nilai tambah kepada merit pencalonan beliau. Pemuda UMNO boleh menggunakan segala pengalaman yang beliau ada untuk memberi satu demensi baru kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Calon seperti ini yang harus ada dalam barisan pemimpin atas Pemuda.

Bukannya seperti calon kosmetik yang hanya pandai berlakon atau berpura-pura. Bukan seperti calon yang hanya timbul ketika musim pemilihan sahaja. Bukan seperti calon yang menggunakan pangkat dan wang ringgit dalam membeli undi. Bukan seperti calon yang menggunakan seluruh pengaruh yang mereka ada.

Pemuda UMNO seharusnya bertuah dan berbangga jika mempunyai seorang exco yang profesional bagi mengimbangi pemimpin muda dari Pakatan Rakyat. Perwakilan yang mempunyai kuasa memilih seharusnya menimbang faktor-faktor yang dinyatakan di atas demi survival parti UMNO dan kredibiliti Pemuda UMNO.


Oleh itu gua harap kepada pembaca yang membaca artikel ini agar dapat mengkongsikannya dengan orang lain. Dan jika pembaca adalah terdiri daripada salah seorang pengundi yang dapat menterjemahkan undi anda esok hari, maka pilihlah calon bernombor 55 ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Thursday, 10 October 2013

Panas!!! Nama Mukhriz Bakal Bikin Perwakilan Pening Kepala Nak Pangkah??? @NajibRazak

Datuk Ahmad Muhriz

MUKHRIZ!!! Nama yang tak asing lagi buat perwakilan atau ahli UMNO bila mana disebut sahaja nama MUKHRIZ maka muka yang terlintas di ruang kotak pemikiran kita adalah Datuk Mukhriz Mahathir anak kepada mantan Perdana Menteri yang kita segani Tun M. Tambahan pula Datuk Mukhriz kini memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Namun, nama beliau sekali lagi menjadi "terhangat di pasaran" bila beliau menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang. 

Erwin Mukhriz 

Tapi bukan Datuk Mukhriz Mahathir ini yang ingin diperkatakan tapi dua insan yang juga mempunyai nama yang sama dengan Datuk Mukhriz Mahathir iaitu Datuk Ahmad Mukhriz dari Bahagian Pekan dan Erwin Mukhriz dari Bahagian Ipoh Timor apabila kedua-dua individu menawarkan diri menjadi calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 

Apa pun diharapkan perwakilan yang dok pening-pening kepala nak pilih MUKHRIZ mana satu memangkah jer dua-dua nama senang sebab "confirm" salah seorang yang menjadi pilihan hati sangkut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers