Macam-macam hal la Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru dilantik ni. Baru jer pegang jawatan nombor dua Pemuda UMNO Malaysia dah mula "sound-sound" blogger. Pada mulanya gua malas nak ulas panjang artikel sahabat gua Sangkakalajari9 (Baca Di Sini) tapi bila ada cerita dalam tu pasal "dah maki dia (AzwanBro) kena la salam sebab kita orang Islam..." gua nak syer skit apa ayat beliau yang sebenarnya, "kalo ya pun ko maki aku takkan salam pun tak boleh... kita orang Islam kena salam..." Mungkin ada yang kata gua mereka-reka cerita bukan tengok depan mata. Kalo macai PR dah tentu nak suruh bawak empat orang saksi.
Kenapa gua berani cakap pasal benda ni. Pasal individu yang kena sound tu gua ngan seorang lagi rakan gua. Peristiwa ini berlaku pagi tadi di PWTC ketika gua terserempak dengan beliau ketika mahu keluar dari Laman Media. Kalo nak mintak saksi bersama gua ada dua orang lagi sahabat dan beberapa individu yang gua tak kenal geng NKPUM ni la kot. Mula-mula gua terkejut jugak bila gua dengar dia sound gua macam tu. Lantas gua jawab "ini antara kita berdua bro..."
Mungkin kata-kata beliau menuduh gua maki dia berdasarkan tweet-tweet gua kepada beliau kebelakangan ini tapi sepanjang gua tweet dia belum pernah sekali pun gua maki beliau menggunakan ayat-ayat kesat. Boleh rujuk ler tweet-tweet gua dengan beliau. Sekali lagi gua tegaskan TIDAK ADA SEKALI pun yang gua maki dia guna kata-kata kesat atau perkataan yang tidak sepatutnya. Mungkin beliau hilang sabar dan berang dengan gua pasal tweet-tweet gua seolah-olah dia ada berhutang dengan gua. Soal hutang tu biarkanlah dulu walaupun ada blogger Sangkakalajari9 turut membangkitkan soal hutang dengan beliau.
Juga gua nak jelaskan kepada beliau berkaitan HashTag #WanBeruk bukanlah gua orang yang memperkenalkan HT tersebut. Kalo beliau seorang yang mesra media sosial terutama twitter mesti beliau boleh lihat siapa dulu yang dok main HT tu. Bukan gua seorang saja bahkan ramai lagi hingga beliau naik angin lantas menuduh seorang sahabat gua yang mahu mengambil gambar beliau bersama exco Pemuda lain sebagai "musuh" beliau. Betul-betul nak cari musuh ka bro.
p/s : untuk nak tau cerita detail pasal asal polemik ni SILA BACA DI SINI
