Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 8 April 2014

Panas!!! Teori Setahun Sebelum Peristiwa #MH370 Akan Berlaku Telah Diramalkan???


Teori konspirasi lagi - seperti biasa yang berminat saja baca yer... yang tak minat jangan baca nanti pening sebab teori konspirasi ini memerlukan pemikiran yang kuat.

SETAHUN SEBELUM PERISTIWA MH370


Bismillahir Rahmanir Raheem..2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.

Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.

Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.

Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.

Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.

Apa hubungkaitnya dengan krisis Russia-Ukraine-US?

Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.

Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :

1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.

2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.

3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.

Sergei Glaziev, pemikir ekonomi dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan. Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.

Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.

Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu beliau mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.

Tiada siapa pernah berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun lebih awal daripada Glaziev. Yang membezakan Tun Dr. Mahathir dengan Glaziev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin berfikiran jauh dari sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera untuk memastikan setiap apa yang diutarakan dapat dijalankan tanpa perlu takut dengan ugutan negara kuasa besar. Tetapi beliau tidak pernah takut untuk mengutarakan idea tersebut berulang kali.

Berbeza dengan Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuclear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.

Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.

Monday, 7 April 2014

Tian Chua Ditaja SUARAM Bertanding Jawatan Timbalan Presiden PKR???


Semakin hampir dengan hari pembuangan undi bagi pemilihan pucuk pimpinan PKR, semakin hangat isu yang timbul dan diperdebatkan. Sudahlah dunia dikejutkan dengan peristiwa yang julung-julung kali berlaku dalam dunia apabila suami isteri bertanding jawatan presiden dalam parti yang sama apa bila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding menentang isterinya yang juga Presiden PKR, Wan Azizah. Kini dikatakan pula pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden PKR ditaja oleh pihak-pihak tertentu. 

Seperti yang dinyatakan oleh penulis yuseriyusoff.blogspot.com dalam artikel terbaru beliau KLIK SINI menyatakan bahawa salah seorang calon Timbalan Presiden iaitu Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu ditaja oleh sebuah ngo yang dikenali dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Ini sebahagian daripada tulisan beliau :

Menurut sumber dalaman PKR, perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR lebih panas selepas Tian Chua turut menawarkan diri untuk bertanding kerana Tian Chua dikatakan bakal mendapat bantuan sepenuhnya dari SUARAM.
SUARAM mahu Tian Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana keupayaan yang dimiliki oleh Tian Chua dalam menghasut dan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat.
Tian Chua antara peranan penting yang membantu SUARAM dalam memfitnah kerajaan konon terdapat perbicaraan di Mahkamah Perancis berkaitan pembelian Scorpene.

Malah SUARAM dikatakan akan membantu dan membiayai sepenuhnya kempen Tian Chua sepanjang pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April hingga 11 Mei 2014.
Nampaknya selain perlu melepasi halangan yang dibina dari kem Khalid Ibrahim, Azmin Ali terpaksa berhempas pulas merobohkan tembok yang dibina oleh Tian Chua dengan bantuan SUARAM yang dibiayai oleh Open Society Institute (OSI) yang diasaskan oleh Soros.
Sumber : yuseriyusoff.blogspot.com

Pada 28 Ogos 2012, Kua Kia Soong selaku Pengarah Suaram terpaksa mengaku bahawa NGO itu menerima dana dari negara asing seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan sumbangan daripada individu Malaysia. Pada Julai 2012, Suaram dipersoalkan kerana menerima peruntukan tahunan dari 'National Endowment for Democracy' (NED) , Amerika Syarika sebanyak RM1,218,328.65 bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.

Organisasi lain termasuklah International Republican Institute, National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for Independent Journalism, Open Dialogue Centre, Mkini Dot Com dan beberapa yang lain.

Suaram tidak pernah didaftarkan sebagai NGO dengan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagai sebuah syarikat atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta.

Sumber : Wikipedia

Apakah penyokong-pengokong PKR masih buta hati dari melihat permainan kotor dalam kepimpinan PKR. Inikah parti yang sebelum ini memomokkan kepada rakyat bahawa parti mereka adalah parti rakyat yang membawa suara rakyat kononnya. Tetapi hakikat sebenarnya, parti PKR dijadikan sebagai platform kepada Anwar Ibrahim hanya untuk kepentingan peribadi beliau sahaja. Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PKR yang lain turut menggunakan Anwar Ibrahim dan parti PKR untuk memenuhi kepentingan peribadi dan tembolok sendiri. 

Apa lagi yang mau dilihat oleh penyokong PKR jika semua bukti sudah ada dihidangkan didepan mata. Seperti yang sering dilaungkan oleh pemimpin PKR elok rasanya ahli PKR sendiri membuat perubahan pada pemilihan kali ini dengan slogan yang mereka sering laungkan "INI KALILAH". Gunakan kuasa anda sebagai ahli yang boleh mengundi untuk menentukan perubahan pucuk pimpinan parti (kecuali la jawatan Presiden sebab dah laki bini bertanding, confirm salah seorang menang punya).

Panas!!! Ada Pemimpin Belia Negeri Maki "Sial" Kat Anak Muda Kelab Gabungan Majlis Belia????


Panas!!! Memang panas.... cerita terbaru yang gua dengar pasal seorang pemimpin dalam Majlis Belia Negeri  (tak perlu gua dedahkan Majlis Belia dari negeri mana buat masa ni) yang maki anak muda yang hadir dalam mesyuarat dengan perkataan "sial" serta menggunakan nada yang kurang menyenangkan hanya kerana anak muda kelab gabungan itu tidak bersependapat dengan pemimpin Majlis Belia Negeri tersebut. 

Insiden ini berlaku dengarnya ketika dalam meeting baru-baru ini, kira-kira dalam minggu dua lepas. Dengar cerita Majlis Belia Negeri tersebut berebut "event" yang dianjurkan oleh sekumpulan kecil anak muda. Dengar kata pemimpin Majlis Belia Negeri ni dah kemaruk dengan peruntukan RM20,000 yang telah diberikan oleh kerajaan kepada anak muda Kelab Gabungan atas inisiatif anak muda ini membuat "event" yang lain dari yang lain. Berdasarkan maklumat sahih ketika dalam mesyuarat tersebut, pemimpin Majlis Belia yang juga seorang pegawai khas kepada pegawai khas menteri telah mengeluarkan kata-kata kesat hanya kerana kemahuan beliau tidak dapat dipenuhi oleh anak muda Kelab Gabungan ini.

Gua ada bukti kukuh dalam bentuk audio tapi gua rasa tak perlulah gua gua kongsikan ketika ini sekadar memberi amaran jangan rasa diri tu dah cukup besar sebesar jawatan anda. Nanti bila keadaan sesuai gua akan kongsikan dengan pembaca. 

Jadi, kepada "siapa yang makan cili akan rasa pedasnya" ini amaran dari gua. Jika anda masih besar kepala fikir anda sudah cukup "power" baru duduk kerusi "Pengerusi Majlis Belia Negeri" dah rasa bongkak dan takbur, tunggulah masa anda telah tiba. Baru duduk kerusi Pengerusi Majlis Belia Negeri bukan jadi Perdana Menteri atau menteri pun dah berlagak bodoh sombong. Inikah ciri-ciri seorang pemimpin belia yang boleh dijadikan contoh teladan kepada anak muda dan belia. Elok ler kepimpinanan macam ni ditukarkan dengan orang yang lebih berkaliber.

p/s : jangan lupa belajar-belajar la mintak maaf kalo dah buat salah... jangan besar kepala sangat baru duduk kerusi tak tinggi mana... macam ni ker contoh yang baik kepada anak muda dan belia...


Sunday, 6 April 2014

Gempar!!! Gambar-gambar Letupan Bom Di Dannok Thailand!!! @PDRMsia





Gambar-gambar ini diperolehi daripada beberapa orang sahabat melalui wassap yang melaporkan kononnya gambar ini adalah gambar kejadian letupan bom yang baru berlaku pagi tadi di pekan Dannok, sempadan Thailand. Kesahihan gambar-gambar ini masih dikaji kesahihannya. 

Jika pembaca mempunyai butiran yang lebih terperinci mengenai peristiwa ini sudi kiranya dikongsikan bersama-sama.

Panas!!! Akhirnya Syed Saifullah Yang Hina Rosmah Tidor Dalam Lokap!!! @NajibRazak


Laporan atau "report" polis tangkapan terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah datin seri rosmah mansor - seri iskandar rpt 591/2014@ 0554
Pada 6 apr 2014 lebih kurang jam 0010 sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai oleh insp mohd hanis bin abd wahab - pegawai jsj ipd sentul, kuala lumpur bersama sepasukan D9 Ipk perak dan Ipd perak tengah, perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat no. 29, jalan U 18, bandar universiti, seri iskandar, perak berkaitan sentul repot no 5181/2014.
Ringkasan kejadian
Bertindak atas maklumat sentul repot 5181/2014 pada 6 apr 2014 pengadu bersama sepasukan pegawai dan anggota dari jsj ipd sentul, sepasukan D9 ipk perak dan sepasukan jsj ipd perak tengah telah pergi di alamat no.29, bandar universiti, seri iskandar, perak. Apabila sampai di alamat tersebut pengadu telah memgetuk pintu dan dibuka oleh 1 (p) melayu. Seterusnya pengadu memperkenalkan diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta butir pengenalan diri diberi ialah laila bt arden kpt no 620512-10-5664 alamat no. 29 jalan bandar U18, seri iskandar, perak. Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1 (L) melayu yang dikenali dengan nama 'Syed Saifullah'. Kemudian (P) melayu tersebut telah memberitahu (L) melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu. Pengadu kemudiannya telah menyuruh (p) melayu tersebut menelefon anaknya. Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah 'Syed Saifullah' dan (1) L melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut. Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama sony x peria warna hitam/putih no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan. Pengadu telah membuat pemeriksaan dibilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. Tangkapan dan rampasan adalah seperti berikut:-
Saspek
Nama: syed ahmad saifullah bin hashim
No. Kpt : 890620-10-5311
Jantina : lelaki
Warganegara : malaysia
Tarikh lahir : 20 jun 1989
Keturunan : melayu
Taraf perkahwinan : bujang
Alamat : no. 29 jalan bandar U 18, seri iskandar, perak.
Butir2 rampasan
1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,
Ulasan
Saspek ditangkap bersangkut sentul rpt
5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad. Setakat ini okt berada di Lokap Berpusat Jinjang dan hari ini akan diambil reman .

Sumber : BlackPanther TenteraMaya 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers