Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 18 April 2014

Rekod Alphard Dinaiki Karpal Singh, Ada 29 Kesalahan Trafik, 15 Saman Belum Jelas??? @PDRMsia


Rekod ke atas kereta jenis MPV yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor Mendiang Karpal Singh, 74 tahun, yang terlibat dalam kemalangan awal pagi menunjukkan ada saman trafik yang belum dijelaskan.

Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Ng Kong Soon dalam laporan Bernama berkata, rekod MPV itu menunjukkan 29 rekod kesalahan lalu lintas iaitu memandu laju dan sejumlah 15 saman masih belum dijelaskan.



Karpal dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian berkenaan awal pagi tadi.

Kereta MPV itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori 5 tan ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara.

Sementara itu, Ng berkata ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu lori berkenaan dipercayai ada kesan dadah jenis ganja.

“Terdapat kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.

Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.

Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut.

Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian.

Thursday, 17 April 2014

Bodoh Betul La!!! Bila Anak Saudara Tuduh Kematian Karpal Singh Dirancang Kerajaan Malaysia???


Seorang pengguna Facebook yang didakwa anak saudara Karpal Singh telah memuat naik satu status Facebook seolah-olah menyalahkan kerajaan Malaysia atas kematian mendiang awal pagi tadi.


Status yang menyamakan kemalangan Karpal dengan kes Anwar Ibrahim dan pesawat MH370 itu berbunyi:

Anak Saudara Tuduh Kerajaan Rancang Kematian Karpal

Pengguna Facebook dengan nama Anil JS ini turut mencabar pihak berkuasa untuk menangkap dirinya.


Jika dilihat pada bahasa yang digunakan termasuk mencarut-carut, rasanya individu ini tak nampak langsung memiliki tahap pendidikan atau moral yang boleh dibanggakan.

Silap-silap tengah mabuk kot????

Persatuan Penternak Sangkal Harga Daging Akan Naik RM40 Sekilo??? @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini menyanggah laporan sebuah akhbar yang mendakwa harga daging lembu tempatan mungkin naik sehingga RM40 sekilogram akibat kekurangan bekalan yang dikatakan mencapai tahap krisis bermula Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Gabungan Persatuan Penternak Ruminan Malaysia memberi jaminan kepada beliau harga bahan tersebut tidak akan naik setinggi itu.

"Mereka maklumkan kepada saya dalam pertemuan hari ini, maklumat yang diperoleh oleh akhbar berkenaan bukan daripada mereka dan mereka beri jaminan tidak mungkin harga akan naik sebanyak itu," katanya dalam sidang media selepas pertemuan dengan persatuan tersebut.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata isu kekurangan bekalan daging lembu bukan perkara baharu dan pihaknya sudah mengambil beberapa langkah bagi memastikan bekalan sentiasa cukup.

Malaysia katanya sudah mengubah dasar dan tidak bergantung kepada import dari Thailand dan Vietnam semata-mata, sebaliknya mengimport dari negara lain seperti Amerika Selatan, Myanmar dan Kemboja.

Katanya, sebanyak 20,000 ekor lembu hidup dari Myanmar akan dibawa masuk ke negara ini setiap tahun manakala perbincangan dengan Kemboja pula di peringkat akhir.

"Bagaimanapun dasar kementerian adalah memperbanyakkan lembu tempatan dan mengurangkan lembu import. Sebab itu kita berbincang bagaimana untuk menambah lembu tempatan," katanya.

Permata Rosmah Solat Hajat Untuk #MH370 Depan Kaabah... @NajibRazak


Seramai 29 pelajar Permata Insan, yang sedang mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi sejak Jumaat lalu, turut mengadakan solat hajat di hadapan kaabah Masjidil Haram untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

“Solat hajat yang dipimpin Ustaz Muhammad Hafiz Saleh Al Hafiz dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendoakan moga pesawat itu diketemukan,” menurut kenyataan Permata di sini, hari ini.


Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pelajar Permata Insan itu, yang dalam lawatan belajar selama lapan hari ke Jeddah, Madinah dan Makkah, turut melawat beberapa universiti tersohor dalam bidang Sains Islam, antaranya Universiti Umm Al-Qura' di Makkah, Universiti Taibah di Madinah dan Universiti King Abdul Aziz di Jeddah serta American International School di Jeddah.


Semasa di sana, peserta program itu juga berpeluang menemui tokoh Islam yang disegani seperti Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdur Rahman As Sudais, mengadakan sesi bertalaqi di masjid di Madinah dan Makkah serta melawat tempat bersejarah dan menarik termasuk Menara Jam Diraja Makkah atau Abraj Al-Bait iaitu menara jam tertinggi dan terbesar di dunia.


Lawatan itu adalah projek perintis Permata Insan, yang juga satu cabang Program Permata yang ditubuh khas di USIM sejak 2010, bagi kanak-kanak seawal usia lapan tahun yang bertujuan melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. - BERNAMA

Gempar!!! Gambar-gambar Kemalangan Maut Karpal Singh!!!




 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers