Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

Monday, 21 April 2014

Siapa Karpal Singh Untuk Diberikan Pingat Dan Penghormatan Negara???? @NajibRazak


Selepas majlis memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh semalam di Dewan Sri Pinang milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang dibuat secara besar-besaran, Kematian Karpal penghina Islam dan Raja Melayu terus diratapi puak-puak DAP dan macai PR. Tapi yang kita persoalkan apa sumbangan Karpal Singh kepada negeri Pulau Pinang sehinggakan dibelanjakan duit rakyat negeri untuk majlis penghormatannya "State Funeral".

Contohnya, lihatlah sendiri Dewan Sri Pinang miliki kerajaan yang digunakan sepenuhnya untuk majlis ini. Adakah ia percuma oleh kerajaan negeri atau dibayar oleh parti DAP? Malah bendera negeri dikibarkan separuh tiang dan juga kena bertafakur di Stadium Bandaraya semasa Pulau Pinang menentang PDRM di Liga Perdana lepas. Kemudian  pemimpin Pakatan dengan macai-macainya mula melalak dalam segala bentuk media sosial yang ada menuntut agar mendiang Karpal diberikan pingat dan gelaran seperti gelaran "Tun" serta diberikan penghormatan negara.

Memang kita sebagai manusia boleh berasa simpati pada keluarga Karpal Singh tapi patutkah Kerajaan Malaysia memberikan penghormatan negara kepada Karpal Singh?

APAKAH JASA KARPAL UNTUK NEGARA?

APAKAH TARAF KARPAL UNTUK DAPATKAN PENGHORMATAN NEGARA?

ADAKAH KARPAL RAJA?

APAKAH KARPAL ADALAH PEJUANG YANG DIIKTIRAF OLEH NEGARA MALAYSIA? 

PENGHORMATAN NEGARA SEPERTI MANA RBFONLINE PINTA?


Baca selanjutnya di RBFonline dan Antarapos.online
"Karpal telah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual daripada menjadi pemimpin utama negara kita. Jika tidak kerana pendedahan dan asakan daripada Karpal tahun 1997 sudah tentulah pengamal homoseksual berkenaan yang telah dinamakan oleh Tun Dr M sebagai penggantinya akan menjadi pemerintah kita selepas Tun bersara. Dah hampir pun ketika itu. Nasib baik Karpal yang menjadi penghalang.

Kita kena ambil iktibar bagaimana hancurnya sebuah negara kaum Nabi Luth kerana homoseks. Dan Nabi cukup-cukup marah kepada pengamal homoseks sehingga Baginda tidak mengaku sebagai umatnya. Cuba anda bayangkan sekiranya orang begitu diangkat menjadi pemimpin kita, apa akan jadi kepada negara kita ? Sebab itu saya kata kita kena ambil iktibar apa yang pernah terjadi dalam sejarah islam hingga hancur sebuah negara."

Lagi cerita layakkah Karpal diberikan penghormatan negara... 
KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI

Friday, 18 April 2014

Rekod Alphard Dinaiki Karpal Singh, Ada 29 Kesalahan Trafik, 15 Saman Belum Jelas??? @PDRMsia


Rekod ke atas kereta jenis MPV yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor Mendiang Karpal Singh, 74 tahun, yang terlibat dalam kemalangan awal pagi menunjukkan ada saman trafik yang belum dijelaskan.

Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Ng Kong Soon dalam laporan Bernama berkata, rekod MPV itu menunjukkan 29 rekod kesalahan lalu lintas iaitu memandu laju dan sejumlah 15 saman masih belum dijelaskan.



Karpal dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian berkenaan awal pagi tadi.

Kereta MPV itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori 5 tan ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara.

Sementara itu, Ng berkata ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu lori berkenaan dipercayai ada kesan dadah jenis ganja.

“Terdapat kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.

Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.

Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut.

Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian.

Thursday, 17 April 2014

Bodoh Betul La!!! Bila Anak Saudara Tuduh Kematian Karpal Singh Dirancang Kerajaan Malaysia???


Seorang pengguna Facebook yang didakwa anak saudara Karpal Singh telah memuat naik satu status Facebook seolah-olah menyalahkan kerajaan Malaysia atas kematian mendiang awal pagi tadi.


Status yang menyamakan kemalangan Karpal dengan kes Anwar Ibrahim dan pesawat MH370 itu berbunyi:

Anak Saudara Tuduh Kerajaan Rancang Kematian Karpal

Pengguna Facebook dengan nama Anil JS ini turut mencabar pihak berkuasa untuk menangkap dirinya.


Jika dilihat pada bahasa yang digunakan termasuk mencarut-carut, rasanya individu ini tak nampak langsung memiliki tahap pendidikan atau moral yang boleh dibanggakan.

Silap-silap tengah mabuk kot????

Gempar!!! Gambar-gambar Kemalangan Maut Karpal Singh!!!




 



Tuesday, 11 December 2012

Karpal Dicabar Tarik Kenyataan Di Parlimen????...


Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar dan didesak agar menarik balik kenyataan yang pernah dibuat seperti direkodkan di dalam hansard di Parlimen pada Oktober 1997.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor, ini kerana Karpal telah berkata beliau mempunyai bukti yang kukuh bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan liwat.

"Karpal perlu buat perkara ini jika mahukan Anwar jadi calon Perdana Menteri.

"Jika tidak, maka nyata (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang yang layak jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.

Menurut beliau, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas, tidak mempunyai masalah moral seperti Anwar.

"Karpal sudah tentu tahu orang Melayu dan Islam tidak boleh mengangkat seorang kaki liwat atau ketagih liwat untuk menjadi Perdana Menteri.

"Maka Karpal perlu tarik balik kenyataan beliau dan minta maaf kepada semua orang Melayu dan Islam," katanya.

Friday, 6 January 2012

Tuduh Peliwat Tahun 1997, Jadi Ketua Pembelaan 2008… Apa Motif Karpal??


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi mengulangi persoalan pelbagai pihak sebelum ini mengenai tindakan Karpal Singh menjadi Ketua Pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari.

Ini kerana menurutnya Karpal Singh pernah menuduh Anwar sebagai peliwat dalam ucapan Dewan Rakyat tahun 1997.

“Mengapa Karpal menjadi Ketua pembelaan Anwar dalam kes Saiful? Ini mungkin kerana Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan inginkan segala rahsia Anwar berada dalam poket DAP dan akan diguna bila perlu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers