Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 6 January 2012

Tuduh Peliwat Tahun 1997, Jadi Ketua Pembelaan 2008… Apa Motif Karpal??


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi mengulangi persoalan pelbagai pihak sebelum ini mengenai tindakan Karpal Singh menjadi Ketua Pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari.

Ini kerana menurutnya Karpal Singh pernah menuduh Anwar sebagai peliwat dalam ucapan Dewan Rakyat tahun 1997.

“Mengapa Karpal menjadi Ketua pembelaan Anwar dalam kes Saiful? Ini mungkin kerana Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan inginkan segala rahsia Anwar berada dalam poket DAP dan akan diguna bila perlu."


“Sementara itu sudah tiada peguam Islam yang berada dalam team Anwar.. Sekarang pula dia ingin menyeret rakyat dalam masalah peribadi beliau yang menampakkan betapa dia terdesak”, katanya dalam Majlis Penerangan Isu Semasa & Bajet 2012 yang dihadiri lebih seribu orang di DUN Sri Serdang malam tadi.

Ceramah malam tadi itu adalah siri 20 ceramah seluruh Selangor yang dikendalikan oleh Sekretariat ADUN BN & Penerangan yang telah selesai di sepuluh kawasan.

Turut berceramah dalam majlis itu ialah Ketua Pembangkang BN DUN Selangor, Datuk Satim Diman.

Pada masa yang sama beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Bajet 2012 yang memberi bantuan persekolahan RM100, bantuan RM500 merentasi rakyat semua kaum dan parti yang sekaligus melambangkan keadilan kerajaan BN.

“Adakah ini duit pilihanraya? Pada saya segala yang dibuat oleh BN segalanya tak kena di mata pembangkang dan kita tak perlu kisah apa yang mereka kata asalkan yang penting rakyat mendapat kebaikan dari usaha-usaha BN”, katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers