Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 1 January 2012

2012 Tahun Melawat Perak...


Tahun 2012 merupakan tahun yang menarik perhatian Kulaan yang merupakan anak kelahiran Perak. Tahun 2012 diiktiraf sebagai "Tahun Melawat Perak 2012" bermula hari ini. Promosi pelancongan ini dirasmikankan oleh MB Perak, Datuk Seri Zambry Kadir sambil diiringi oleh Exco Pelancongan, Datuk Hamidah Osman malam tadi ketika sambutan ambang tahun baru 2012 di Ipoh, Perak.

Kulaan berasa amat bangga kerana tahun ini berduyun-duyun pelancong dan rakyat Malaysia akan datang melawat tempat-tempat menarik dalam negeri Perak. Kulaan akan bawakan secara selang-seli atau selit-menyelit dalam blog Kulaan cerita-cerita menarik dan tempat-tempat yang boleh pembaca blog Kulaan ziarahi dan melawat dalam negeri Perak.


Apa pun tahniah kepada Perak sebagai destinasi pelancongan bagi tahun 2012 ini. Tahniah juga buat MB Perak dan Kerajaan Negeri Perak atas inisiatif yang baik ini. Pertumbuhan ekonomi Perak dan rakyat Perak dapat dinaikkan dan dipertingkatkan dengan perkembangan industri pelancongan di negeri Perak.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers