Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 25 April 2014

"BERJUDI" Adalah Tuduhan Tak Berasas Menteri Wilayah Kepada Penerima BR1M!!! @NajibRazak


Tuduhan Menteri Wilayah, Tengku Adnan Mansor atau Ku Nan terhadap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menggunakan wang yang diberi oleh kerajaan untuk "BERJUDI" adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan lebih kepada tuduhan mengikut perasaan sahaja. Tujuan sebenar pemberian BR1M kepada rakyat adalah untuk rakyat menggunakannya bagi mengurangkan beban masalah seperti kenaikan harga barang dan mengembalikan pengurangan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan kembali kepada rakyat.

Adalah tidak adil jika Ku Nan menuduh seolah-olah hampir semua penerima BR1M itu menggunakan wang yang diterima untuk berjudi. Atas asas dan statistik manakah Ku Nan membuat rujukan. Adakah rujukan ini diperolehi dari Polis DiRaja Malaysia atau beliau sekadar memperolehinya daripada pegawai beliau sahaja yang mungkin buat kerja seperti "melepaskan batuk di tangga". Daripada berpuluh ribu penerima BR1M pada tahun ini bolehkah Ku Nan "TOLONG" bagi statistik berapa ramai penerima BR1M yang menghabiskan bantuan tersebut untuk berjudi. Berapa peratus yang menghabiskan duit tersebut untuk berjudi???? Memang tidak dinafikan mungkin terdapat segelintir kecil bahkan mungkin kurang dari 1% penerima BR1M yang menyalahgunakan bantuan tersebut dengan berjudi kerana "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain" mana mungkin semua buat baik. Tapi jika majoriti penerima BR1M menggunakan wang bantuan tersebut dengan cara baik dan secara tidak langsung menjana perkembangan ekonomi negara adalah TIDAK BENAR sama sekali dakwaan dari seorang yang bergelar Menteri kerana sepatutnya setiap kenyataan beliau adalah bersandarkan fakta bukan auta.

“Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).

“Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut,”


#MH370 : Teori Tentera AS Mungkin Dalang Sebenar????


Hari ini, kehilangan MH370 masuk hari ke 50.

Di saat kisah tentang pesawat MAS ini kian pudar sementara menanti perkembangan terbaru hasil carian di Lautan Hindi, satu lagi teori konspirasi tiba-tiba muncul.

Penulis dan bekas Pakar Ekonomi John Chuckman berkongsi pendapatnya di OpEdNews, MH370 kemungkinan telah menjadi salah satu mangsa bidikan senjata tentera Amerika Syarikat.

Menurut Chuckman, ini adalah punca mengapa bangkai pesawat begitu sukar ditemui – ia dikatakan bagi mengelak bukti fizikal terbongkar.

Dia mempertikaikan mengapa AS yang diketahui mempunyai satelit risikan paling canggih di dunia yang dipanggil ‘keyhole’ memilih untuk mendengar sahaja penemuan yang dilakukan negara dengan teknologi satelit lebih rendah dari mereka seperti China dan Perancis.

Dari satu segi dia faham bahawa itu adalah rahsia ketenteraan namun terdapat banyak cara maklumat boleh disalurkan secara tidak langsung jika AS benar-benar mahu membantu demi nyawa lebih 200 manusia.

Turut dipertikaikan, radar tentera AS paling canggih di dunia dikatakan berada di kem tentera AS di Diego Garcia namun yang peliknya, tiada sebarang data dikongsikan.

“Saya tiada idea mengapa (juruterbang atau penculik) pesawat MH370 mematikan saluran komunikasi, mengubah laluan dan terbang rendah tapi saya amat pasti mustahil mata dan telinga risikan ketenteraan AS tidak tahu apa telah berlaku,” tulis Chuckman.

Setakat ini, tiada bukti bahawa AS terbabit namun teori lebih kurang serupa sudah beberapa kali bertebaran terutama di media siber.

Daripada pesawat mendarat di San Diego hinggalah penglibatan makhluk asing, semuanya ditulis dan dikongsikan di internet tanpa pengesahan bukti kukuh.

Malaysia Sedia Jadi Pengeluar Gamat Utama Dunia... @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


Malaysia bersedia menjadi negara pengeluar gamat (Holothuria scabra) utama di dunia, khususnya bagi memenuhi permintaan China, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Dubai dan beberapa negara Arab yang lain.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keyakinan itu bersandarkan kepada potensi besar yang ditunjukkan tiga kawasan ternakan gamat yang dikenal pasti di Langkawi.

Katanya, bagi tujuan itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk memulakan projek perintis ternakan gamat di Teluk Yu, Langkawi.



Thursday, 24 April 2014

Puaka Niring : Hantu Dirakamkan Lari Tembusi Tembok Stadium Bolasepak????


Bolivia – Peminat bola sepak di negara ini telah dihantui dengan `hantu stadium’ yang dirakamkan oleh televisyen ketika pertandingan bola sepak diadakan di Stadium Hernando Siles di La Paz, minggu lepas.

Imej yang dirakamkan itu menunjukkan bagaimana `hantu’ itu berlari laju menembusi penonton dan juga tembok di stadium berkenaan.

Rakaman tersebut telah tersebar di internet dengan pelbagai teori telah diberikan.

Apa pun ia merupakan situasi yang tidak dapat dijelaskan.

Perkara ini bukan kali pertama berlaku di stadium bola sepak di negara Amerika Selatan.

Sebelum ini di Venezuela, dalam pertandingan bola sepak antara Venezuela menentang Colombia, imej `hantu’ dirakamkan berjaya menampan bola menyebabkan bola terkena tiang gol.

Sesetengah penduduk percaya ia adalah roh kepada Presiden Hugo Chavez yang berjaya menyelamatkan beberapa cubaan gol tersebut.

Pilihan Raya Bukit Gelugor 25 Mei, Penamaan Calon 12 Mei??? #PRKGelugor


Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang ditetapkan pada 25 Mei, penamaan calon, 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 yang digabungkan dengan daftar pemilih 2013 suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat.

“Sebanyak 21 pusat pengundian akan dibuka, 17 daripadanya untuk pengundian biasa dan selebihnya untuk pengundian awal” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan kerusi berkenaan di sini.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh, dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh, 74, menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

Abdul Aziz berkata bagi Pilihan raya kecil (PRK) itu, Dewan Sri Pinang, Georgetown dipilih sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

“Bagi tujuan PRK kali ini juga seramai 1,095 orang petugas akan dilantik dan membabitkan kos perbelanjaan RM1.9 juta,” katanya.

Sebanyak 82,431 pemilih berdaftar terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK itu akan mula dijual pada 6 Mei.

Pengundi yang ingin membuat semakan boleh melayari laman sesawang www.spr.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas SPR SEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888 mulai tarikh sama. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers