Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 11 October 2012

Kerana Kamera "AES" Kerajaan BN Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat???... @NajibRazak @KLroadblock


Korang kenal tak gambar kat atas tu. Itulah kamera 'speedtrap' terbaru JPJ yang dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES) yang heboh diperkatakan rakyat Malaysia daripada kedai-kedai kopi hinggalah kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Kamera ini diperkenalkan baru-baru ini dan menurut Ketua Pengarah JPJ, Dato' Solah Mat Hassan, keberkesanan kamera ini terbukti bila mana hanya dalam masa dua hari sahaja telah merakamkan 2952 kesalahan memandu melebihi had laju.

Itu baru dua hari, kalo dalam masa dua bulan bersamaan 60 hari x 1450 kesalahan (secara purata) = 87,000 kesalahan dicatatkan oleh kamera pintar ni. Kalo setahun beroperasi, 365 hari x 1450 kesalahan = 529,250 kesalahan dicatatkan. Dekat 1/2 juta saman bakal dikeluarkan dan sampai ke pintu rumah kita. 

Itu tak termasuk hari cuti perayaan seperti Hari Raya, Raya Cina, Deepavali dan sebagainya di mana limpahan kenderaan bertambah di atas jalan raya terutamanya di lebuhraya. Tolak pi tolak mai mai dekat 1 juta saman bakal dikeluarkan. Itu belum lagi dengan saman kesalahan lalulintas yang lain. 

Sudah la sebelum ni JPJ buat banyak benda-benda bodoh dan mengarut macam pasang talipinggang belakang penumpang dan saman ekor yang banyak menyusahkan rakyat hingga buat rakyat bukan marah kat Dato' Solah tapi kerajaan sekarang yang jadi mangsa dek kebangangan pihak atasan JPJ membuat dasar dan keputusan yang akhirnya boleh menyebabkan rakyat tidak menyokong kerajaan. Dah la tu, laksakannya dekat-dekat nak Pilihan Raya Umum Ke-13 plak tu. Bengong...

20%... jangan lupa ana punya 20%...
Banyak persoalan yang timbul dengan perlaksanaan AES ni seperti benarkah keberkesanannya mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalanraya atau ia dilakukan kerana "ada masuk" kot oleh pihak-pihak tertentu.

Kat sini ada beberapa kupasan mengenai isu perlaksanaan AES oleh YuseriYusoff [KLIK SINI] dan APA [KLIK SINI]

M. Nasir Difitnah Kononnya Menyanyikan Lagu PKR???


Blogger artis rotikaya mendedahkan M. Nasir menyanyikan lagu Panji Keadilan, iaitu lagu rasmi PKR... Erm... Biaq pi la depa... Apa nak herankan... Sama la jugak macam that so called sasterawan negara tu... Orang Singapore... So, tak ada apa yang nak diherankan... At anytime without regret dia orang boleh je nak khianati Malaysia... Sedangkan orang yang berwarganegara Malaysia pon ada yang bebal khianati Malaysia... Betul x???

Cuba korang dengar dan amati betul-betul... Betul ker suara M. Nasir????

Walaupun tidak dinyatakan pada penerangan video, ianya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir serta lagu tersebut dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan kepada pencipta bagi lagu Awan Nano.

Kita sendiri tidak mengetahui tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung bersama Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini hanya sekadar projek seni beliau yang lainnya.

Wednesday, 10 October 2012

RAKYAT SELANGOR MENUNTUT HAK AIR PERCUMA.....


"Pemberian bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pemilik kediaman di seluruh Selangor ini memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan Raya umum 2008.

"Perkara ini bukannya seperti ungkapan 'kami akan bagi, kami akan beri'. Itu subjektif tapi ini jelas dan terang memang disebut, jadi perkara ini adalah hak seluruh rakyat dan penduduk yang tinggal di Selangor, tak ada diskriminasi sama ada anda guna atau tidak meter air pukal."

Itulah sebabnya Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor(GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan menggerakkan inisiatif membantu mereka yang menuntut hak berkenaan daripada kerajaan PKR Selangor yang turut diterajui sekutu mereka daripada DAP dan Pas.

"Sebelum ini mereka tak kisah dan mungkin tak bersatu, tapi hati inginkan air percuma. Ada yang pada awalnya mengatakan ah! berapalah sangat kalau RM50 dikalikan (darab) dengan 11 bulan, baru RM550, tapi kalau diteliti balik, rugilah," kata Sohaimi ketika ditemui di Shah Alam kelmarin.

Pada Jun 2008, kerajaan negeri Selangor yang mengambil alih pentadbiran BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12), Mac tahun itu, memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.

Namun, bagi rumah yang menggunakan meter pukal tidak tertakluk di bawah program itu sehingga mengundang kemarahan rakyat negeri itu. Ini kerana diyakini pihak kerajaan negeri masih dapat menentukan penggunaan air dan mengeluarkan bil mengikut setiap isi rumah.

Dan sehingga Jumaat lalu, sejumlah 4,000 saman termasuk daripada orang perseorangan telah dikeluarkan terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim tersebut.

Setakat ini, tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara, Puchong, Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410, manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270.

Manifesto adalah perkataan Latin yang dipopularkan di Itali yang maksudnya jelas tanpa was-was. Dan daripada catatan sejarah, istilah itu telah digunakan dalam penulisan Inggeris pada tahun 1620.

Manifesto secara umumnya adalah satu deklarasi awam yang dibuat secara bertulis untuk melahir sesuatu hasrat, motif atau aku janji tentang sesuatu pandangan, isu oleh seseorang individu, kumpulan, kerajaan atau pun parti politik.

"Justeru, sama juga dengan tindakan-tindakan politik yang secara keseluruhannya melibatkan pemilih atau pengundi, kaedah pemasaran yang baik telah digunakan secara meluas demi mencari kemenangan dalam pilihan raya.

"Apa lagi perkataan manifesto itu secara asasnya sejak daripada awal lagi penggunaannya lebih menjurus untuk tujuan politik. Lantas apabila kita menyebut istilah tersebut, kita akan bayangkan janji-janji orang politik. Apabila berkempen pada setiap pilihan raya, para calon sebagai 'produk' akan menyediakan manifesto yang terbaik bagi memancing undi," kata Sohaimi.

Menurut Sohaimi, rakyat Malaysia sudah 12 kali menggunakan autoriti memilih 'produk' yang difikirkan berkualiti dan berkelayakan untuk memimpin negara. Tidak lama lagi, pastinya rakyat akan sekali lagi membuat keputusan memilih satu produk yang berkualiti untuk dibayar dengan harga satu undi.

"Persoalannya, apakah selepas pilihan raya yang ke-13 itu nanti, produk yang kita pilih itu akan berfungsi seperti mana yang kita inginkan sewaktu memilih untuk membeli mereka," kata beliau.

Pada PRU 12 yang lalu, kata beliau, pengundi telah disogokkan dengan pelbagai janji atau manifesto parti-parti dan individu yang bertanding.

"Pada hemat saya, manifesto Barisan Nasional lebih fleksibel dan berpijak di bumi nyata. Sementara manifesto pakatan pembangkang pula sarat dengan janji-janji manis, tidak ubah seperti 'menabur gula-gula kepada kanak-kanak'.

"Telah ditakdirkan pakatan pembangkang menang di Selangor Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kemenangan di Selangor misalnya, kerana rakyat terpesona dengan manifesto yang dilaungkan mereka. Sudah tentu harapan itu tinggi kerana janji-janji yang dilaungkan itu ibarat mencapai bulan dan bintang.

"Sementara Barisan Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi, sebab itulah janji-janji dalam manifesto yang ditulis adalah berpada-pada dan fleksibel kerana pemimpinnya berhati-hati dalam mengukur keupayaan dan kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu," katanya.

Walaupun tidak menaburkan janji manis dalam manifesto, kata beliau, Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program untuk membangunkan rakyat. Dengan berslogankan "1Malaysia: Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan", Kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Penyelarasan Harga, Bantuan Pelajar RM100, Baucar Buku RM200, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1MALAYSIA), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), dan pelbagai lagi.

JumpaA Peguam Di Paris Bukti Anwar Dalang Pembohongan SCORPENE...


Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam. Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut.

Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal ‘komisyen’ yang terlibat dalam urusniaga itu.

Lalu, kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar, bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar.

Langsung tidak terlintas di fikiran mereka tentang apa kena mengena Anwar dengan pembelian scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam urusniaga tersebut?

Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi kepada sesiapa? Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelian tersebut, atau apakah Anwar melihat sendiri ‘wang komisyen’ bertukar tangan, atau apakah Anwar berada di tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya?

Atau apakah Anwar sekadar diperlukan untuk memberi pendapat mengenai kredibiliti saksi atau sikap orang yang disyaki? Jika benar, layakkah beliau? Jika layak, atas dasar apa pula kelayakan tersebut? Sebagai musuh? Sebagai rakan subahat? Sebagai pasangan intim?

Tidak mungkin peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar untuk meminta penjelasan beliau tentang kes liwat, chinadoll atau Shamsidar yang tiada kena mengena scorpene?

Jika benar mahkamah Perancis sedang membicarakan kes scorpene, yang mana mereka menafikannya, antara perkara yang perlu sebagai subjek penyiasatan selain saksi dan alibi, adalah barang bukti iaitu dokumen-dokumen kontrak, spesifikasi barangan, dokumen pengesahan syarikat-syarikat dan individu yang terlibat, butiran komunikasi antara pihak yang terlibat, butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan dan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak yang terbabit.

Selain dari semua ini, tidak ada peguam atau penyiasat yang akan mengambilkira individu atau perkara atau benda atau kejadian yang tidak bersangkut-paut dengan saksi, alibi atau bukti, sepertimana yang tersenarai dalam proses penyiasatan.

Justeru, di manakah signifikannya kewujudan individu bernama Anwar Ibrahim yang kebetulan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia, dengan pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat Perancis?

Hanya satu saja kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang disebutnya sebagai ‘skandal scorpene’ ini, iaitu beliau adalah dalang yang mereka-reka kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini. Maka, pertemuan beliau dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip baru atau arahan baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang pilihanraya.

Jangan sekali-kali lupa bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor Azilah yang dituduh membunuh Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar mengarahkan beliau agar menukar strategi pembelaan Azilah dengan ‘mencipta dan memalsukan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebut’. Bertitik tolak dari itu, maka Zulkifli telah menarik diri dan akhirnya meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara ini.

Jika Anwar pernah mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah yang menghalang beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam Perancis yang ditemuinya?

Jika Anwar sanggup merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang beliau untuk merancang atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri?

Persoalan ini membawa kita kembali menyorot dua ‘kemalangan langgar-lari’ berasingan melibatkan kematian isteri seorang Dato’ yang menjadi orang pertama membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu, dan juga kematian isteri kepada mangsa dalam kes tersebut, Azizan.

Mengambilkira semua fakta ini, maka pertemuan antara peguam-peguam Perancis yang kononnya mengendalikan kes scorpene, dengan Anwar Ibrahim yang ‘tiada kena mengena’ dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada dua kesimpulan iaitu 1. ‘semakin banyak persoalan’ atau mungkin juga sebenarnya adalah 2. ‘sebuah jawapan’.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers