Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 4 August 2011

Edisi Terjah : Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Berkenaan Program 6P & Biometrik



Soalan : Boleh Datuk Seri jelaskan secara terperinci mengenai Program 6P & Biometrik?

Datuk Seri Hishammuddin

“Kita perlu laksanakan dengan segera sebab dokumen-dokumen perjalanan bukan sahaja boleh dipalsukan, tetapi ada pihak  yang boleh dapatkan yang tulen. Misalnya ada kes di mana seorang pengganas ada dokumen tulen dengan gambar, tetapi guna nama yang lain di atas pasport. Sukar kita pastikan siapa dia dengan mata kasar. Tetapi bila ada biometrik, mereka ini boleh dikesan."

"Kita lakukan ini  untuk menjaga nama baik negara kita. Alhamdullillah, kita bernasib baik sebab keadaan ekonomi negara kita masih baik dan negara aman. Sedangkan warganegara asing yang hendak datang ke sini terpaksa jual rumah dan gadai macam-macam. Sampai di sini, mereka dilayan dengan buruk, dijual dan sebagainya. Bayangkanlah jika warganegara Malaysia dilayan macam tu di luar negara. Selain nak jaga nama baik,  kita juga lakukan ini atas dasar kemanusiaan sebab tak mau sindiket mengambil kesempatan.”

Soalan : Dilaporkan Program Pendaftaran tidak berjalan dengan begitu lancar pada hari pertama. Apa komen Datuk Seri?

“Memang ada beberapa tempat yang mengalami beberapa masalah, tetapi secara keseluruhannya di seluruh negara program ini berjalan dengan lancar. Ini adalah satu “exercise” yang besar. Jika kita anggarkan pekerja yang sah ada 2 juta, dan andaian bahawa bagi setiap pekerja yang sah ada dua PATI, maka jumlah keseluruhan sudah 6 juta. Jumlah ini begitu ramai dan mungkin kita tidak sedar. Masalah ini sudah lama, cuma sebelum ini tidak ada penyelesaian yang baik. Tapi sekarang sudah ada iaitu melalui Program 6P termasuk penggunaan Biometrik. Walau bagaimana pun, dengan jumlah 6 juta warga asing ini, masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam satu malam.”
Program 6P
Soalan : Apa matlamat akhir yang hendak dicapai oleh KDN melalui Program 6P ini?

“Melalui Program 6P dan Biometrik ini, tentunya matlamat yang paling utama adalah untuk memastikan keselamatan negara. Keduanya, seperti saya sebutkan tadi kita ada matlamat kemanusiaan agar mereka ini tidak dianiayai oleh mana-mana pihak terutama sindiket. Yang ketiga, kita boleh menguruskan guna tenaga dengan lebih efektif. Dengan Program 6P, kita boleh mengenalpasti keperluan pekerja asing dalam industri yang benar-benar memerlukan mereka. Jadi penempatan pekerja asing dapat dilakukan dengan tepat tanpa menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan."

"Itu dalam keadaan negara kita aman. Kalau keadaan negara kita teruk, Na’uzubillah, kemungkinan besar mereka tidak akan balik ke negara asal. Sebab mungkin mereka ada masalah lain di negara asal termasuk masalah hutang dan sebagainya. Jika mereka terus tinggal di sini, kita takut mereka akan menimbulkan masalah-masalah sosial termasuk jenayah. Tanpa Biometrik, kita tidak mungkin dapat mengesan mereka.
Bagi saya, saya tidak saya tidak melihat soal jangka pendek dalam masalah warga asing ini tetapi masalah yang jauh lebih besar di masa depan jika kita tidak melaksanakan Program 6P ini dengan segera.”
Inilah sebahagian daripada penerangan yang diberikan oleh Datuk Seri Hishamuddin berkaitan isu “Pemutihan” yang heboh diperkatakan sama ada melalui media perdana atau di alam maya. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana dengan BERANI memperkenalkan satu polisi atau program baru iaitu satu tindakan untuk membersihkan masalah PATI yang sudah bertahun-tahun tidak selesai berpunca dari pengurusan yang tidak cekap sebelum ini yang menjadi topik hangat masyarakat Malaysia. Hasil idea Datuk Seri Hishammuddin ini juga secara tidak langsung dapat menghalang syarikat-syarikat sindiket serta individu yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dengan memperdagangkan manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers