Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 8 August 2011

Program 6P : Tindakan Berani Untuk Negara

Umumnya masyarakat terutama majikan sudah mengetahui apa itu Program 6P Klik Sini tapi adakah masyarakat Malaysia tahu kesannya jika Program 6P ini dilaksanakan dengan jayanya di masa hadapan. Semenjak hampir sedekad negara dihujani dengan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutama dengan kehadiran mereka ini telah merampas peluang pekerjaan penduduk tempatan atau pekerja asing yang bekerja secara sah dan mempunyai permit.
Kini, satu langkah berani dan belum pernah dibuat oleh sesiapa sebelum ini telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri dengan pengenalan dan database melalui kaedah Bio-Metrik yang lebih diyakini ketepatan data dan maklumat individu terbabit. Dalam masa yang sama semua PATI diminta untuk mendaftar dalam sistem 6P ini agar memudahkan mereka ditempatkan dalam industri pekerjaan yang sesuai.
Kenapa Kulaan katakan tindakan ini satu tindakan yang berani, apabila perlaksanaan Program 6P ini kelak berjaya terutama dengan kaedah penggunaan Bio-Metrik bagi PATI yang terdapat dalam negara ini yang hampir 4 juta didaftarkan seterusnya diberi taraf pekerja asing sah, secara tidak langsung ia bukan sahaja akan menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara tetapi pada masa yang sama mengekang jenayah antarabangsa yang serius seperti pemerdagangan manusaia dan ancaman keganasan.
Bukan mudah untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini. Pasti ada masalah dan kekurangan yang timbul, begitu juga dengan program ini. Namum jika dilihat dengan sambutan yang menggalakkan yang diberikan oleh pihak majikan, Kulaan rasa program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan akan dikembangkan lagi ke sektor pembantu rumah pulak selepas ini. 
Datuk Seri Hishammuddin
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan tidak akan membiarkan perkara buruk berlaku namun pada masa yang sama kita juga perlu mencari kaedah-kaedah lain yang tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat” Datuk Seri Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri.


Kulaan : Bila berjayanya kaedah Bio-Metrik ke atas Pati, kaedah yang sama boleh diaplikasikan oleh SPR semasa proses Pilihanraya yang akan datang. Mesti pembangkang mati akal nak cari isu pengundi hantu. Takkan hantu nak datang scan cap jari pakai Bio-Metrik kot… Perkara yang paling ditakuti pembangkang semakin hampir…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers