Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 12 August 2011

Riot in London : Polis Malaysia Jauh lebih Berhemah


“Ahli akademik dan NGO anggap Polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam selesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan termasuk berbanding apa yang berlaku di London ketika ini” Setiausaha Majlis Professor Negara, Prof Dr. Raduan berkata biarpun UK lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara yang terbaik di dunia namun mereka masih gagal halang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

Ketua Pemuda Kimma, Amir berkata polis di negara ini dilihat lebih bijak kawal situasi dan emosi. Rusuhan di UK harus jadi iktibar dan pengiktirafan terhadap kecekapan PDRM tangani perhimpunan Bersih bulan lalu. Rata-rata orang awam berpendapat kekacauan di London tunjukkan tindakan pantas dan profesional pasukan keselamatan penting kawal perusuh. Pekerja swasta, Hanani, 24, kata “rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana tindakan pantas polis berjayakekang insiden sama di negara ini ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu”. Pekerja bank, Abu Bakar, 39, kata beliau sokong tindakan diambil kerajaan melalui PDRM dalam kekalkan keamanan ketika perhimpunan Bersih kerana jika tidak dikawal ia boleh melarat dan membawa kemusnahan besar.

Polis Malaysia lebih berhemah
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.
"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.
"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.
Riot in Kuala Lumpur
Riot in London
Sony Centre Enfield - Hangus dijilat api angkara perusuh
Riot inTottenhem
Riot in Birmingham
 

Kulaan rasa kalo bukan kerana tindakan pantas dan cekap pihak polis mau 9 Julai hari tu jadi macam kat kota London... Bila dah jadi macam tu nak menyesal pun tak guna... Nak meruntuhkan sesuatu perkara memang mudah tetapi tidak semudah untuk membinanya... Berfalsafah pulak Kulaan… 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers